Tuesday, 7 May 2013

Solidariti anti racism

Sakit hati.
Sakit hati melihat perpecahan yang seakan retak menanti belah...
Hari ini diutusan,terang2an tertulis "APA CINA MAHU?"..kurang lebih begitu tajuk muka depannya..remuk hati aku..nampak sangat pemerintah akhbar tersebut masih ego & tak mahu belajar..
Kalau bukan kerana pecahan2 kawasan undi yang memihak barisan,mungkin 6 mei utusan nalaysia tutup kedai..
Utusan memang melampau.
Seperti minyak yang minta disambar api..

Mujur,bila buka facebook,ramai yang
bersolidariti menjulang kehormatan antara kaum..
Ramai yg post,share, gambar2 atau post 'anti racism'..syukur..
Malaysia ini masih ramai yg suci hatinya..
Yang tulus jiwanya..
Yang sanggup ketepikan kepentingan diri,untuk kepentingan bersama..

Seharian ini..
Bait2 lirik lagu 'laskar cinta' dendangan Dewa19 berulangkali berlegar dalam kepala aku..
Antara bait liriknya berbunyi :

"Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..
Yang menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda..
Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati..
Bukan untuk saling bercerai berai dan berperang angkat senjata"

Terkesima aku akan lirik tulisan ahmad dhani nie..lalu aku mengkaji..
Berbekalkan rasa sangsi & jari jemari menaip papan kunci..
Aku lungsuri enjin carian google..
Aku ketemu jawapan disebalik lirik hebat itu..

Ahmad dhani tidak hebat..
Dia hanya memetik salah satu ayat Al-Quran lalu diletak dalam lagu yang menjadi satu hasil seni yang cukup indah..
Ayat tersebut diambil dari surah Al-Hujraat..surah ke 49,ayat ke 13..

Lalu,aku baca terjemahan keseluruhan surah..
Aku terdiam..
Surah ini bercerita tentang politik!
Dengan jelas dalam surah ini menyebut tentang adab bila bersama pemimpin (nabi muhammad)..
Adab apabila mendapat & menyebarkan sesuatu berita yg tidak pasti (khabar angin)..
Adab bila dua bangsa bertelagah(bergaduh) & keperluan mendamaikan kedua2nya..
Larangan mengaib & memanggil orang dengan panggilan buruk..
Adab sesama manusia berlainan bangsa..
Dan banyak lagi..

Aku diam lagi..
Ya..
Surah ini cerita pasal politik..secara keseluruhan cerita politik,ada dalam surah ini..
Aku x mampu ulas lebih lanjut kerana ilmu agama aku hanya setebal kulit bawang..
Namun,perkongsian ini sedikit sebanyak membuka mata aku..

Aku petik kata2 tuan guru nik aziz dalam satu temuramah..kurang lebih begini katanya :
"tuhan sengaja jadikan kita pelbagai bangsa..untuk apa?..untuk kita saling kenal antara satu sama lain"

Aku bukan orang alim..
Aku bukan ahli agama..
Aku cuma seorang malaysian..
Seorang malaysian yang masih mencari keamanan & kedamaian..

-ridzuanroslan-

No comments:

Post a Comment