Thursday, 23 May 2013

Amy si penjual bunga.

Ini kisah benar..cuma faktanya sahaja yang diubah..

Suatu petang yang cerah..kurang lebih pukul 2petang..halim & alfa baru selesai menonton wayang cerita melayu..cerita bertajuk 8jam..kisah seorang lelaki yg terlalu cintakan kawan karibnya..namun,kawan karibnya itu akan dinikahi oleh lelaki lain..lalu dia mengambil keputusan untuk membunuh wanita yang dicintainya itu..cerita itu bagus..
Halim & alfa nyata berpuas hati dengan kualiti filem sedemikian..

Lalu dalam perjalanan pulang,mereka melewati kedai2 didalam shopping complex itu..kelihatan berhampiran pintu keluar,terdapat sekumpulan gadis menjual bunga..halim mendekati meja tempat bunga2 itu disusun..

"berapa harga yang ini?"..halim merujuk pada 3 kuntum bunga mawar merah yang dibungkus cantik..

"yang itu rm10 je bang..kalau nak tambah kad ucapan,rm12"..ujar salah seorang gadis yang menjual bunga itu..manis orangnya..berketurunan iban..rambut paras bahu dibiarkan tidak berikat..

"hmm..boleh lah..saya nak yang ini siap kad ucapan sekali"..lalu dihulurkan duit kertas bernilai rm12..ringkas sahaja jual beli gadis itu dengan halim..

"ok bang,terima kasih"..sangat sopan tutur kata gadis tersebut..

"hmm..boleh saya tau nama awak?"..spontan soalan itu keluar dari mulut halim..

"hmm..saya amylia banau..panggil saja amy"..tersipu malu dia..merah pipinya..

"owh ya..saya halim..selamat berkenalan"..dihulur tangan lalu mereka berjabat salam..salam perkenalan..

Halim berlalu pergi..namun baru beberapa langkah,dia berpatah balik..seperti ada tertinggal sesuatu..

"ya encik,ada tertinggal apa2 ke?"..tanya amy yang agak terkejut..

"hmm..saya terlupa tadi..boleh saya mintak nombor telefon awak?..mana tahu nanti saya nak tempah bunga lagi"..halim buat muka konfiden..sikit saja senyum halim..

"eeee..nakal"..sambil tersenyum meleret..merah pipi amy..dihulurkan kertas tertera nombor telefon kepada halim..

"awak kerja kedai bunga ke?"..alfa tiba2 mencelah..dari tadi duduk memerhati mungkin dia ragu2..

"tak lah..kitorang tolong jual bunga nie untuk church..sempena hari ibu je kita jual nie..nak tempah bunga kat kedai bunga..hehe"..tutur amy sambil menjeling kearah halim yang tersengih..

Halim & alfa pun berlalu pergi..sempat juga halim menoleh kearah amy sambil melambai tangan..bangang sungguh perangai halim petang tu..

-----

"wei bro,ko buang bunga tu"..

"kenapa?..mahal nie aku beli..rm12 beb"..

"ko tak dengar tadi?..diorang jual bunga untuk church!"..

"Yaa..so?..ko ade masalah ke?"..

"Mane boleh beb..tu maknenye kita bantu church diorang..mane boleh..tak elok"..

"ustaz mana ajar ko nie?..dorang jual untuk church ke ape ke,ade masalah ke?..tu hak dorang..aku beli bunga nie,untuk mak aku"..

Alfa seperti menahan marah..halim masih berlagak selamba..namun halim tahu alfa marah..

"susahlah cakap dengan ko..ko xpaham..macam nie,ko buang bunga tu,aku bayar ko rm12..ganti duit ko tu"..

"tak payah..bro,nie aku nak cakap kat ko..ko tau x budak amy tu,lagi bagus,lagi alim,lagi warak dari kita..ko sedar x?"..kali nie halim nampak serius..tiada senyum langsung dibibirnya..

"buktikan ape yang ko cakap nie"..alfa rasa tercabar dengan kenyataan halim..

"amy tu,jual bunga utk bantu church..maknanya dia korban waktu hujung minggu dia untuk agama dia..maknanya dia dekat dengan tuhan dia..
Kita?"..

Alfa diam..tidak menjawab..

"sepatutnya,kita respect dia..walaupun pegangan kita berbeza dgn dia,tapi kita kena hormat dia..bukan benci dia..islam tak ajar kita utk benci agama lain..ko kena ubah sikit bro..jangan macam tu"..

"betul jugak..thanks r bro..aku tau aku silap"..

Perbualan panjang itu berakhir di mesin tiket automatik..

"haa..so sekarang bagi aku rm8"..

"ko nak buat apa?..beli bunga lagi?"..

"tak..bayar parking kereta..rm8..hehhe"..

"rm8??..pundek mahal giler!"..

Alfa kena lagi..terkekek2 halim ketawakan alfa..mana tak mahal tiket..dari pagi sampai petang kat situ..

-ridzuanroslan-

No comments:

Post a Comment