Monday, 27 May 2013

Ayam & anjing

Petang yang agak mendung..perut berkeroncong..sepanjang jalan ke pusat bandar belum lagi nampak kedai makan yang menepati citarasa,suasana & emosi petang tu..

Haaaa!...NASI LEMAK!!!!

Kereta diparking betul2 tepi jalan..enjin dimatikan..

"bang,nasi satu..sambal letak atas nasik eyh"..

"Nak tambah ape dik?..paru,sambal sotong,telur puyuh,ikan?"..

"takpayah..letak telur mata & ayam goreng je..hmm..kacang lebih,timun lebih..air teh o kurang manis"..

"ok dik..siap..semua skali rm6.50"..

"ok nie duit die"..

"saya jual ye"..

"ok saya beli"..

Suapan demi suapan mengisi petang yang kosong..aroma daun pandan pada nasi & kehangatan ayam goreng berempah membangkitkan mood petang itu..dikiri dan kanan meja kelihatan pelbagai warna..pelbagai bangsa..semua makan nasi lemak..

"oh mak kau!!!..anjing..shuhhh!!!"..

Anjing liar yang tempang kakinya dihalau oleh kakak meja sebelah..
Nampak kesian anjing tu..kaki satu tempang..kena pukul dengan gangster anjing agaknya..

Ayam baru separuh dimakan..nasi dah habis..ayam nie kalau diratah,mesti sedap..

"hey dog..mari"..

Melambai2 tangan memanggil anjing..kalau2 anjing tu paham cakap manusia..anjing datang mendekati meja..dijengket2 kakinya seperti nak tengok apa ada atas meja..

"nah ayam..ade separuh..makan smpai habis tau"..

Dicampak ayam jauh sikit dr meja..anjing mengejar..
Benar..anjing itu menurut kata..dimakan smpai habis..tinggal tulang sikit je..
Anjing memandang si pemberi dengan satu pandangan yg ikhlas..seperti berterima kasih..

"dah..ayam dah habis..nanti mintak org lain ye?"..

Anjing itu pun beredar..

Tanpa disedari,meja2 sebelah memandang kejadian ayam & anjing sebentar tadi..

"hmm..anjing nie ciptaan tuhan..kita kena kesian dengan dia..dia lapar..mane anjing ade duit nak beli ayam goreng kan?"..

"hahahah..betul"..

Ramai yang disekeliling bersetuju..ada yang seperti terkesima..mungkin ada sesuatu yang dipelajarinya petang ini..

Hujan renyai2 mula turun..enjin kereta dihidupkan..lalu beredar..

"hujan rahmat nie"..bisik hatinya

-ridzuanroslan-

No comments:

Post a Comment