Monday, 6 May 2013

Pasca-PRU13

PRU13 tamat.
Hari ini aku bangkit tidur dengan udara & persekitaran baru..
Johor jaya lebih 30 tahun ditadbir oleh wakil barisan nasional kini berubah..
Mulai hari ini,kami dipimpin oleh seorang YB baru yang entah ape namenye..aku hanya panggil dia YB ahmoi chantek..
Ya..dia seorang ahmoi..yang agak cantik..
Jadi,ya dari segi kepimpinan politik ia berubah..aku tidak terkesan dgn keputusan di johor jaya kerana yang pertama,aku tidak menyebelah mana2 parti politik..kedua,aku rasakan yang mana2 YB mentadbir johor jaya nie,keadaannya tetap sama..johor jaya akan tetap mengukir nama sebagai antara 'kawasan hitam' paling popular di johor bahru..dari segi kegiatan kongsi gelap,lambakkan rumah2 urut & kelab malam,semuanya akan kekal sama..cuma apa jenis 'ubah' yang dicanangkan,kita tunggu & lihat..

Seperti yang aku jangkakan,keputusan PRU13 takkan henti dibincangkan semalam..maknanya,selepas keputusan diumumkan,kisah pilihanraya takkan henti dibincangkan..
Melalui facebook,aku ade buat sesi 'hentikan sebentar politik'..aku post video2 lagu dr youtube in order tu kurangkan post2 politik di timeline facebook aku..namun,usaha aku gagal..ternyata rakyat malaysia kini sangat serius membincangkan isu politik..

Semasa dan selepas pilihanraya,aku berhubung terus dgn dua sahabat karib aku..seorang berbangsa cina & seorang berbangsa india..
Kami berbincang tentang keputusan PRU13..ternyata telahan aku tepat..daripada 2 orang kawan,dua-dua mahukan malaysia yang lebih baik..begitu juga aku..
Kami mahukan malaysia yang lebih baik..dan kami telah lakukan tugas kami..namun,keputusan masih x memihak kepada kami..
Dua2 sahabat aku tadi nie,meluahkan kekecewaan & rasa marah..
Aku melihat keputusan PRU13 nie dari sudut yang lain..bagi aku,aku gembira dengan apa yang jadi..benar,pakatan kalah diatas kertas..namun,hakikatnya pakatan dilandasan terbaik di hati rakyat malaysia..
Jangan terburu2 & jangan selalu nak result yang on the spot..
Istiqamah.
5 tahun bangkit terus nak jahanamkan regim yang berkuasa 55tahun?
Sabar..
"kota Rome tidak dibina dalam sehari"..:)

Darah muda biasanya cepat menggelegak.
Katalis yang ada dalam darah orang muda sangat mudah diusik..
"Bilamana kita buat tindakkan dalam keadaan marah,kita kurang gunakan akal"..
Sebab itu dizaman nabi,setiap kali sebelum perang,tentera mestilah bersolat & digalakkan berpuasa.
Ini kerana bila bersolat,hati akan tenang..bila berpuasa,nafsu marah mudah dibendung..perang bukan kerana bencikan musuh,perang kerana tegakkan kebenaran..

Aku selalu ingatkan diri sendiri..
"buat sesuatu,jangan ikut2 orang"..
Hari nie,ramai yang tukar profile picture facebook,twitter,whatsapp & etc jadi warna hitam,biru,hijau & dll..
Ini kerana 'ikut2' r nie..
Bukan aku kata salah,bukan..
Cuma..sampai bila?
Bila benda dah jd x trending,kita tukar balik profile picture duckface kita..
Lepas tu tanya diri sendiri "macam mana dengan perjuangan 'blackout' aku tempoh hari?"
Haaa..sebab tu aku x tukar profile picture aku..yang pertama,sebab aku x suka zahirkan perjuanganku untuk tatapan umum.
Kedua,sebab aku rasa rugi tak letak gambar aku yg hensem jadi profile picture..:)

Cuma,aku terkilan dengan kesan pasca PRU13..
Akibat rasa marah,ramai yang bertindak luar kawalan akal..
Bermula dengan provokasi2 melampau..
Hingga lupa kata2 yang dilontarkan itu kepada sahabat sendiri..situasi berlaku di twitter..apabila dua orang sahabat aku berbalah dek kerana fahaman politik yang berbeza..tanpa berlengah,aku sindir dua2 dgn ayat "dah r tu..senyum sikit..member en..:) "..kemudian mungkin akibat terasa,dua2 senyap..
"politik ini umpana pisau yang tajam"..

Selain itu,bila buka facebook,aku kecewa..pasca PRU13...patriotik yang dicanangkan..namun hanya berlindung disebalik nama 'patriotik'..
Rakyat sudah tak ada adab..maki pemimpin..maki ulama..maki ahli2 agama..
Rakyat sudah tak ada adab..
Selain itu,aku terbaca keratan2 risalah parti politik yang rasis..yang mana dalam keratan itu tertulis ayat2 seperti "mari hapuskan bangsa ******..kini kita berkuasa..biar bangsa ****** & ***** berada dibawah kaki kita"
Sentimen2 seperti itu dicanang disebalik nama 'patriotik'..aku sangat2 kecewa..
Aku tahu ada diluar sana yang kononnya patriotik..konon boleh sama makan & minum satu meja..namun hakikatnya,mereka masih berselindung disebalik topeng..

Aku malaysian.
Aku hanya mahukan malaysia yang lebih baik..
Aku mahu bersama rakan berbangsa cina & india..
Bersama mereka tanpa rasa sangsi..
Tanpa rasa curiga.
Berbual minum makan bergurau senda,seperti saudara sendiri..
Namun,senyum orang kita nampak,hati orang kita tak tahu..:)

Malaysia.
Tanah tumpah darah kita.
Disini aku lahir,disini aku akan mati.
Pray for Malaysia.

-ridzuanroslan-

No comments:

Post a Comment