Thursday, 30 May 2013

Kinabalu

Penerbangan dari johor bahru ke kinabalu selamat mendarat pada jam 2.38pm..kota kinabalu..satu bandar yang asing bagi rakyat semenanjung.

Esok adalah harinya..puncak gunung kinabalu seperti sudah memanggil2 namaku..

Perjalanan dari kota kinabalu ke gunung kinabalu mengambil masa kira2 2jam..untuk ekspedisi kali ini,aku ditemani kira2 10 orang pendaki..jambatan tamparuli adalah antara monumen popular ketika melintasi perjalan ke kaki gunung..

Selesai mendaftar untuk mendaki,kami dibekalkan 2 org renjer hutan untuk bersama kami..chris & alex nama mereka..pendakian akan dimulakan di pintu masuk melalui jalan / laluan yang dinamakan timpohon..

"hey pertama kali mendaki ke?"..

Seorang lelaki lewat 40an bertanya padaku..lantas salam dihulur..

"ohh..ya..saya hariz"..balasku ringkas..

"nama abang osman..selamat berkenalan..ada masa,kita jumpa kat atas nanti"..

Diukir senyum dibibir osman..pendaki2 disini kebanyakkannya ramah2 belaka..

Pendakian hari ini akan berakhir di laban rata..sebuah tempat utk makan,berehat & mengumpul tenaga..kami perlu tidur sebelum kembali mendaki pada pagi esok utk ke puncak..

Kurang lebih 9 check point / pondok yg perlu dilalui sebelum sampai ke laban rata..antara nama pondok ialah timpohon,layang-layang,vilosa,paka dan lain2..

Sekitar jam 4 petang,aku sampai ke laban rata..perut mulai berkeroncong..lapar yg teramat..aku mencari tempat duduk..

"boi!!..sini!!"..abang osman bangun melambai ke arah aku..

"haa..cantik..fuhhh sampai jugak kat sini"..beg yg aku bawak aku letak dipenjuru meja..kaki seperti tak bermaya..penat..

"ko gi amik makanan dulu..makan kenyang2"..

Wow..makanan yg disediakan memang class..ade lamb stew,ayam panggang,nasi,mee,sup cendawan..ohh man!!..awesome..

"makan kat sini,jgn tinggal sisa..kesian dorang pikul berat2 nak bawak naik sini"..ujar abang osman..

Betul kata dia..sepanjang pendakian tadi,aku berselisih dgn ramai pendaki yg memikul bakul2 besar..dalam bakul tu lah ada kambing,ayam,beras & makanan2 mentah utk dibawa ke laban rata..selain tu,tong2 gas juga mereka pikul bawak naik sini..

"burppp..alhamdulillah..inilah kali pertama saya bersyukur minum air panas..cuaca sejuk gila nie bang..agak2 berapa belas darjah celsius suhu hari nie?"..

"3 darjah celsius"..

"Tiga????..oh man..crazy!!"..

"hahha..biasa lah tu..nie tambah lg cuaca macam nak hujan..boleh jadi lagi sejuk"..abg osman cakap macam dah banyak pengalaman..

"abang selalu ke panjat sini?"..

"nie dah kali ke 15..sehun sekali abg akan ke sini"..

"wow..giler ah..15 kali tu..tak bosan ke asyik dtg sini?..gi r gunung everest..lagi tinggi..hahahha"..gelak tawa aku memeriahkan lagi suasana hingar bingar dalam kantin laban rata tu..

"abg panjat bukan sebab nak cabaran..arwah isteri abg meninggal dunia 10 tahun lepas..kami berkenalan disini..jadi,setiap kali abg panjat kinabalu,abg akan teringatkan arwah isteri abg..paling best,abg melamar dia kat puncak gunung"..

"owh..begitu..perghh..romantik giler..best tu melamar kat puncak gunung..dah macam dalam filem"..aku rasa seronok dengar cerita abg osman..

"Setiap tahun,kami akan kesini utk panjat gunung..kami akan makan dimeja ini,setiap tahun..meja yg sama..spot yg sama..tapi sayang,umur dia x panjang..5 tahun je abg sempat bersamanya..tapi,abg masih buat benda yg sama setiap tahun..abg akan naik gunung sorang2..duduk makan kat meja nie..masuk tahun nie,dah 10 tahun abg makan tanpa arwah isteri abg kat sini"..

Bergenang air mata dikelopak  mata abg osman..

"Saya respect dgn abg..abg x cari pengganti ke?"..

"Hmm..tak..arwah isteri abg tu cinta pertama abg..dan dia juga cinta terakhir abg"..

Alam seperti merasai suasana sedih ketika itu..dengan tidak semena2,hujan turun dengan sangat lebat..

"seronok borak2 dengan abg..esok pagi apa kata kita naik puncak sama2?"..

"tengok keadaan cuaca..kalau hujan sampai pagi,xde rezeki lah..bahaya panjat waktu hujan"..

"Harap2 hujan berhenti..k bang jumpa lagi..saya nak masuk bilik..nak rest"..

"ok boi..jumpa esok"..

Semalaman cerita abg osman berlegar2 difikiranku..betul2 steady r abg osman nie..cinta dia memang agung r..

Aku terjaga pukul 3.15pagi..aku bersiap2 untuk pendakian ke puncak..jika mengikut jadual,jam 4 pagi pendakian akan bermula..jadi jangkanya kami akan sampai ke puncak waktu matahari terbit..

Keadaan tidak berapa baik..hujan masih lebat..pihak pengurusan gunung datang memberi taklimat di kantin..

"pendakian ke puncak tidak boleh dilakukan atas faktor keselamatan..cuaca tidak mengizinkan..segala kesulitan amat dikesali"..

Lelaki itu membuat pengumuman dalam 2 3 bahasa berbeza..aku dah puluhan pendaki2 lain mengeluh..kecewa..ku lihat abg osman di meja hanya tersenyum..

"Adoy bang..kecewa..xbole panjat"..

"haa ok r tu..hujan mana boleh panjat..bahaya"..

"tapi rasa terkilan jugak lah..sikit je lagi nak sampai..pastu xboleh panjat pulak"..aku betul2 kecewa..

"sabar..cuba lagi lain kali..nak berjaya,jangan berhenti berharap..lain kali kan ada"..

"hmm"..jawabku ringkas..

"dalam hidup nie kadang2 macam tu..kita buat satu2 benda,sikit je lagi nak siap..tiba2 benda tu rosak lah,hilang lah,n macam2 lagi..kita jangan putus asa..cuba lagi"..

"tahun depan saya nak return lagi..bagi saya nombor telepon abg bole?..tahun depan kita panjat gunung sama2"..

"hahha..macam nie r baru betul...ok xde masalah..next year,kita panjat sama2"..

Aku bertemu seorang yg steady di kinabalu..abang osman..seorang lelaki yg setia pada cintanya & penuh dengan motivasi..

Dalam hidup,kita bisa jatuh,bisa bangun..

Yang buat kita berjaya adalah semangat untuk terus mencuba..

-ridzuanroslan-

Monday, 27 May 2013

Ayam & anjing

Petang yang agak mendung..perut berkeroncong..sepanjang jalan ke pusat bandar belum lagi nampak kedai makan yang menepati citarasa,suasana & emosi petang tu..

Haaaa!...NASI LEMAK!!!!

Kereta diparking betul2 tepi jalan..enjin dimatikan..

"bang,nasi satu..sambal letak atas nasik eyh"..

"Nak tambah ape dik?..paru,sambal sotong,telur puyuh,ikan?"..

"takpayah..letak telur mata & ayam goreng je..hmm..kacang lebih,timun lebih..air teh o kurang manis"..

"ok dik..siap..semua skali rm6.50"..

"ok nie duit die"..

"saya jual ye"..

"ok saya beli"..

Suapan demi suapan mengisi petang yang kosong..aroma daun pandan pada nasi & kehangatan ayam goreng berempah membangkitkan mood petang itu..dikiri dan kanan meja kelihatan pelbagai warna..pelbagai bangsa..semua makan nasi lemak..

"oh mak kau!!!..anjing..shuhhh!!!"..

Anjing liar yang tempang kakinya dihalau oleh kakak meja sebelah..
Nampak kesian anjing tu..kaki satu tempang..kena pukul dengan gangster anjing agaknya..

Ayam baru separuh dimakan..nasi dah habis..ayam nie kalau diratah,mesti sedap..

"hey dog..mari"..

Melambai2 tangan memanggil anjing..kalau2 anjing tu paham cakap manusia..anjing datang mendekati meja..dijengket2 kakinya seperti nak tengok apa ada atas meja..

"nah ayam..ade separuh..makan smpai habis tau"..

Dicampak ayam jauh sikit dr meja..anjing mengejar..
Benar..anjing itu menurut kata..dimakan smpai habis..tinggal tulang sikit je..
Anjing memandang si pemberi dengan satu pandangan yg ikhlas..seperti berterima kasih..

"dah..ayam dah habis..nanti mintak org lain ye?"..

Anjing itu pun beredar..

Tanpa disedari,meja2 sebelah memandang kejadian ayam & anjing sebentar tadi..

"hmm..anjing nie ciptaan tuhan..kita kena kesian dengan dia..dia lapar..mane anjing ade duit nak beli ayam goreng kan?"..

"hahahah..betul"..

Ramai yang disekeliling bersetuju..ada yang seperti terkesima..mungkin ada sesuatu yang dipelajarinya petang ini..

Hujan renyai2 mula turun..enjin kereta dihidupkan..lalu beredar..

"hujan rahmat nie"..bisik hatinya

-ridzuanroslan-

Macha & pangkat.

"dey macha..kau sihat ke?..lama tak jumpa nie"..

"dey pundek..hahha..sihat..kau?"..

"aku ini macam jugalah macha..sekarang aku kerja kat singapore..kau kerja mana?"..

"aku kat tempat lama lagi..weh family kau sihat?..lama aku tak dengar khabar diorang"...

"dorang ok..bapak aku sakit sikit..biasalah kuat minum..hahha"..

"Owh..yeke..jaga sikitlah bapak kau tu..abang kau si viknesh tu dah kawin?"..

"vicky dah kawen..abang aku punya bini sudah beranak"..

"lu betul2 pundek cha..cakap kau dah dapat anak sedara kan senang"..

"abang aku punya bini panggil apa?"..

"KAKAK IPAR..dol"..

"haa..kakak ipar..hahhaha"..

"Kalau abang kau punya bini punya adik?"..

"mana aku tau cha"..

"tu panggil biras..hahha..

"kalau abang kau punya bapak punya bini"..

"hmm..cibai..tu mak aku bodoh!!..hahhaha..ko nie cilaka betul cha..lama xjumpa aku pun kacau aku macam dulu lagi"..

"hahhahah..jangan marah cha..kita kan kawan"..

------

Begitulah..kawan2 kita especially yg berketurunan india..diorang susah nak explain pangkat dlm family..
Contohnya 'kakak ipar' diorang sebut 'abang aku punya bini'..
Kalau 'anak buah' diorang selalu sebut 'abang aku punya anak'..

Maksud sama..tapi nak sebut jadi susah..

Adik aku punya bapak punya bini = MAK

:)

-ridzuanroslan-

Saturday, 25 May 2013

Siapa si tua itu?

Pagi yg sibuk disebuah hentian bas..saat manusia berpusu2 keluar bekerja..burung2 keluar sarang..seluruh bumi ini bergerak..saat itu,anak muda yang tampak kusut itu termenung ditepi lorong..ditangan kanannya ada sebungkus kopi o..

Entah dari mana datangnya,lelaki separuh abad berbangsa indonesia duduk merapati anak muda itu..terbit senyuman diwajah anak muda tersebut..seperti dia memang sedang menantikan seseorang untuk diajak berborak..dari saat salam perkenalan diberi,mereka terus rancak berbual..kisah malaysia & indonesia,kisah kehidupan rakyat marhaen,politik,sukan,seni dan macam2 lagi..

"Anak,kamu bisa percaya pada mimpi?"..

"iya..kadang2"..

"mimpi itukan mainan tidur..enggak bisa di ambil sirius..
Hmm..ok baik..bapak ingin bertanya..apa mimpi kamu semalam?..

"hmm..saya mimpi seseorang..kawan baik saya..saya mimpi dia hantar mesej bergambar pakai whatsapp"..

"Whatsapp?..owh yang kiriman mesej free itu kan?..ya bapak pernah dengar..kemudian?"..

"saya terus terjaga..saya tengok telepon saya..tak ada mesej..cuma alarm saja yg bunyi"..

"itu tandanya kamu merinduinya nak"..

"Hmm..selalu"..

"beginilah..pesan bapak,itu hanya khayalan saja..jangan dipercaya pada mimpi"..

"Bukan terlalu percaya pak..cuma bagi saya,mimpi itu menarik..mimpi boleh bawa kita kemana2..kita boleh jadi siapa2 pun dalam mimpi"..

"iya betul..cuma selalunya,bangun saja dari tidur,kurang lebih 5 menit,kita bisa lupa apa mimpi kita..itu selalu jadi pada bapak..hahha..hmm..eyh itu bas bapak..oklah nak,bas bapak pun sudah sampai tu..bapak mintak diri dulu..semoga jumpa lagi ya?"..

"insyallah,doakan saya ya pak..seronok borak sama bapak"..

"baik..bapak juga senang bicara pada kamu..cuma ingat satu pesan bapak..jangan terlalu mencintai seseorang..sebab belum tentu dia itu untuk kita..assalamualaikum"..

"waalaikumsalam"..

Ditenung susuk tua itu sehingga hilang dari pandangan..

"apa maksud orang tua nie?"..bisik hati kecilnya

-ridzuanroslan-

Thursday, 23 May 2013

Amy si penjual bunga.

Ini kisah benar..cuma faktanya sahaja yang diubah..

Suatu petang yang cerah..kurang lebih pukul 2petang..halim & alfa baru selesai menonton wayang cerita melayu..cerita bertajuk 8jam..kisah seorang lelaki yg terlalu cintakan kawan karibnya..namun,kawan karibnya itu akan dinikahi oleh lelaki lain..lalu dia mengambil keputusan untuk membunuh wanita yang dicintainya itu..cerita itu bagus..
Halim & alfa nyata berpuas hati dengan kualiti filem sedemikian..

Lalu dalam perjalanan pulang,mereka melewati kedai2 didalam shopping complex itu..kelihatan berhampiran pintu keluar,terdapat sekumpulan gadis menjual bunga..halim mendekati meja tempat bunga2 itu disusun..

"berapa harga yang ini?"..halim merujuk pada 3 kuntum bunga mawar merah yang dibungkus cantik..

"yang itu rm10 je bang..kalau nak tambah kad ucapan,rm12"..ujar salah seorang gadis yang menjual bunga itu..manis orangnya..berketurunan iban..rambut paras bahu dibiarkan tidak berikat..

"hmm..boleh lah..saya nak yang ini siap kad ucapan sekali"..lalu dihulurkan duit kertas bernilai rm12..ringkas sahaja jual beli gadis itu dengan halim..

"ok bang,terima kasih"..sangat sopan tutur kata gadis tersebut..

"hmm..boleh saya tau nama awak?"..spontan soalan itu keluar dari mulut halim..

"hmm..saya amylia banau..panggil saja amy"..tersipu malu dia..merah pipinya..

"owh ya..saya halim..selamat berkenalan"..dihulur tangan lalu mereka berjabat salam..salam perkenalan..

Halim berlalu pergi..namun baru beberapa langkah,dia berpatah balik..seperti ada tertinggal sesuatu..

"ya encik,ada tertinggal apa2 ke?"..tanya amy yang agak terkejut..

"hmm..saya terlupa tadi..boleh saya mintak nombor telefon awak?..mana tahu nanti saya nak tempah bunga lagi"..halim buat muka konfiden..sikit saja senyum halim..

"eeee..nakal"..sambil tersenyum meleret..merah pipi amy..dihulurkan kertas tertera nombor telefon kepada halim..

"awak kerja kedai bunga ke?"..alfa tiba2 mencelah..dari tadi duduk memerhati mungkin dia ragu2..

"tak lah..kitorang tolong jual bunga nie untuk church..sempena hari ibu je kita jual nie..nak tempah bunga kat kedai bunga..hehe"..tutur amy sambil menjeling kearah halim yang tersengih..

Halim & alfa pun berlalu pergi..sempat juga halim menoleh kearah amy sambil melambai tangan..bangang sungguh perangai halim petang tu..

-----

"wei bro,ko buang bunga tu"..

"kenapa?..mahal nie aku beli..rm12 beb"..

"ko tak dengar tadi?..diorang jual bunga untuk church!"..

"Yaa..so?..ko ade masalah ke?"..

"Mane boleh beb..tu maknenye kita bantu church diorang..mane boleh..tak elok"..

"ustaz mana ajar ko nie?..dorang jual untuk church ke ape ke,ade masalah ke?..tu hak dorang..aku beli bunga nie,untuk mak aku"..

Alfa seperti menahan marah..halim masih berlagak selamba..namun halim tahu alfa marah..

"susahlah cakap dengan ko..ko xpaham..macam nie,ko buang bunga tu,aku bayar ko rm12..ganti duit ko tu"..

"tak payah..bro,nie aku nak cakap kat ko..ko tau x budak amy tu,lagi bagus,lagi alim,lagi warak dari kita..ko sedar x?"..kali nie halim nampak serius..tiada senyum langsung dibibirnya..

"buktikan ape yang ko cakap nie"..alfa rasa tercabar dengan kenyataan halim..

"amy tu,jual bunga utk bantu church..maknanya dia korban waktu hujung minggu dia untuk agama dia..maknanya dia dekat dengan tuhan dia..
Kita?"..

Alfa diam..tidak menjawab..

"sepatutnya,kita respect dia..walaupun pegangan kita berbeza dgn dia,tapi kita kena hormat dia..bukan benci dia..islam tak ajar kita utk benci agama lain..ko kena ubah sikit bro..jangan macam tu"..

"betul jugak..thanks r bro..aku tau aku silap"..

Perbualan panjang itu berakhir di mesin tiket automatik..

"haa..so sekarang bagi aku rm8"..

"ko nak buat apa?..beli bunga lagi?"..

"tak..bayar parking kereta..rm8..hehhe"..

"rm8??..pundek mahal giler!"..

Alfa kena lagi..terkekek2 halim ketawakan alfa..mana tak mahal tiket..dari pagi sampai petang kat situ..

-ridzuanroslan-

Tuesday, 21 May 2013

Semalam bersama mama & abah

Bukan mudah nak duduk semeja dgn abah..almaklum anak lelaki memang camtu kot...so tadi aku,abah n mama dok makan..niat hati nak jamah2 je..huhuhuhu..
Mase makan abah mcm biase,bual2 dgn mama..aku dok diam je r..
Tiba2 mama lontarkan soalan umum..

"u rase kawan perempuan yg abg bawak abah & mama jumpe aritu ok x?"..

Aku xtau nak respon mcm mane..aku juz cakap "hmmm..sedap mata memandang"..
Then aku saje alihkan soalan tu kat abah..aku ckp "abah rase mcm mane bah?..ok x?"..

Abah senyum..jawapan abah singkat je..abah cakap "yang nk kawin dia,biar dia selami hati perempuan tu"..

"dulu abah mase dating dgn mama,abah ade jugak kenal dgn perempuan lain..tapi bila dgn mama,abah rasa macam 'inilah perempuan yg aku nak'..abah niat dalam hati supaya mama nie first & last"..

"u niat macam tu bila?"..mama mencelah..

"mase kita kawan dulu r"..

"owh..i pun niat macam tu,after u lafaz akad nikah i niat dlm hati supaya u jadi suami first & last"..

Aku senyum je r..dlm hati cakap "shoooo shuwittttt"..hahaha

Abah sambung lagi..

"Tengok macam abah & mama..walau gaduh macam mana pun,langgar sana,langgar sini,tak retak pun..tak berpecah pun...cuma benjol je..hahahah"..

Mama & abah gelak..aku rase dorang comel malam nie..

"dulu abah nak gi jumpa tok yam (mama punye mak),nak bagitau abah berhajat nk jadikan mama isteri,tok yam punyelah garang..rambut ikat tocang..kain tuala 'good morning' atas bahu..abah gi umah die,bukan dapat bual dengan mama,tok yam yang layan abah!"..

"u nak datang dulu,mak pesan kat i..mak kata
"mak taknak tengok awak mengada2 bila orang datang..awak duduk dekat dapur..jangan sibuk2 tayang muka"

"Tok yam memang garang"..abah mencelah..

"tok yam dulu memang strict..tapi abah rase ok lah..abah tengok tok yam,pak long,mak ngah & adik beradik mama yg lain..abah tengok family mama memang bagus..so abah pun rase abah buat pilihan yg tepat"..

"nak kawin macam tu lah..kena selidik betul2..kawin bukan main2"..

Diorang pun sambung bual2 sambil habiskan makanan kat dalam pinggan..

Usia hubungan mama & abah dah 31tahun klu xsilap..tahun aku lupa..yg aku tau dorang kawin 17 april..

Menurut cerita mama,abah pandai pikat hati tokyam..lelaki lain yg mama kawan semua takut jumpa tok yam..abah bukan main kamcheng lg dengan tok yam..tiap2 kali datang melawat,siap abah bawak buah tangan..buah lah,sayur lah..macam2..

Abah memang steady..seumur hidup aku,belum pernah aku tengok abah 'naik tangan' kat mama..dengan anak2 pun macam tu..seumur hidup aku belum pernah abah jentik aku..pukul lagi lah x pernah..bila dia marah,dia akan cakap..tapi dengar kata2 die je da boleh meleleh air mata..:)

-ridzuanroslan-

6kepala 1meja

Waktu aku tengah keje tadi,ade sesuatu yg menarik perhatian aku..
Sewaktu aku asyik mengelap cermin,telinga aku curi2 dengar perbualan sekumpulan lelaki..
Mereka duduk 1 meja..ada 6 orang..
Semua lelaki..melayu & cina..ceritanya pasal bisnes..

Tengah2 aku asyik lap cermin,aku terdengar..

"ini benda,paling kurang mau ada 150ribu"..
Aku buat bodoh je r..
Buat keje aku..

"Lu percaya sama saya..tengok ini saya punya kawan,dahi hitam tau!!..kuat sembahyang punya orang..takkan dia mau tipu"..

Wah..makin rancak..

"Kalau takda itu barang,itu surat takda laku..mesti mau itu barang"..

Apelah agaknye yg dibualkan tu??..fikir aku..
Aku toleh dorang..curi2 pandang..dorang perasan aku tengah tengok dorang..aku pun senyum..senyum paling manis..
Pastu aku buat taktau lg..

"dalam dunia nie,jangan tipu baik punya orang..sebab nanti satu hari,lu mau mintak tolong itu orang,susah maa..sebab dulu lu pernah tipu dia..ini dunia banyak susah mau carik orang baik"..

Terkedu sekejap aku dengar ayat tu..kata2 dia betul..

Aku terasa macam nk cakap something kat lelaki2 tu semua..tapi aku pendam..

Aku xdapat nak bagitau dorang..sebenarnya kat meje tu,semua tak jujur..semua ada kepentingan..semua nak amik kesempatan..dorang semua cuma buat2 baik untuk bisnes je tu..
Dari raut wajah masing2 aku boleh baca..

Hmm..

"Ya Allah,jika suatu hari aku berada ditempat mereka,kau bantulah aku..bantulah aku agar tidak tersasar..cukupkanlah bagi aku supaya aku tak meminta lebih"..

Amenn..

-ridzuanroslan-

Monday, 20 May 2013

Massa masalah..

Benda paling tak best..
Bila keluarga kita ada masalah..
Tapi kita tak mampu nak bantu..

Benda paling tak best..
Bila kawan kita ada masalah..
Tapi kita tak tahu apa nak bantu..

Benda paling tak best..
Bila kita ada masalah..
Tapi kita tahu orang lain tak nak tahu..

Benda paling tak best : masalah.

Masalah akan selalu ada untuk kita..

Dari kita bukak mata,sampai kita tutup mata..

-ridzuanroslan-

Sunday, 19 May 2013

Jangan pergi


Masih segar diingatan ini..
Saat anak itu berlari pergi..
Saat mungkin semua ketawa memandangnya..
Lari kearah jalan besar yang asing baginya..
Berteman beg selempang warna krim usang..seluar hitam tiga suku tengah malam..
Menangis..
Ya anak itu menangis dipondok bas usang..
Lalu datang angin malam berbisik..
"jangan berhenti berharap"

Anak itu hanya mampu menangis..
Berkaca matanya..hanya mampu diucapkannya..
"jangan pergi" ..

-ridzuanroslan-

Friday, 17 May 2013

Jangan puja sampai kecewa

Senja kian merah..
Lydia teringin menyaksikan matahari terbenam..lama sudah dia tinggalkan malaysia..rindu dendam pada mentari malaysia sangat menebal..berkelana dinegara orang timba ilmu penuhkan dada..cuti singkat kali ini ingin digunakannya sebaik mungkin..
Seperti selalu,Lydia akan ditemani oleh Hariz..
Berbekalkan beberapa botol air buat & kacang ngan nyin,mereka berborak lepaskan rindu..

"Babe,ape benda ko paling sayang dalam dunia?..tahap sayang giler2 punye"..

"hmm..banyak riz..aku sayang family aku..anjing aku..kawan2 aku..cikgu2 aku..handbag baru aku nie..heheh..haa,kasut converse yg ko bagi dulu..aku sayang gak..smpai sekarang aku pakai..tengok nie,dah buruk..hehhe...hmm ape lagi eyh..banyak..banyak benda yg aku sayang gile"..

"hmm..bagus r..ko memang penyayang..sume benda ko sayang..eyh ape name anjing ko tu?..laili eyh?"..

"bukan laili!!..lily lah..hahahha..takkan ko xingat..name anjing tu dekat dgn name aku..Lydia,Lily..haa tu pun ko lupe..nampak sangat ko x sayang aku..heheh"..

"ye r aku lupe..sorry..hmm.."..

"riz..ko sayang aku x?"..

"sikit"..

"kenapa sikit?"..
mencebik bibir Lydia..sedikit kecewa mungkin..

"hmm..macam nie babe..aku bagitau ko something..
Bagi aku,dalam dunia nie semua xkekal..so semua benda,kita x boleh sayang gila2"..

"kenapa pulak x boleh?"..

"sebab kalau kita sayang gila2,then tiba2 benda tu hilang dari kita,kita akan kecewa"..

"hmm..terangkan lagi..aku xberapa paham maksud ko riz"..

"semua benda didunia nie x kekal..tuhan je yg kekal abadi..
Kita sayang family,family akan mati..
Kita sayang kereta,one day kita jual..
Kita sayang handbag,oneday kita buang bila dah buruk"..

"so semua benda kita x bole sayang?..maksud ko begitu riz?"..

"bukan mcm tu babe..boleh sayang..tapi berpada2..jangan kita puja sampai kecewa"..

"hmm..tapi aku sayang ko gila2 riz..sumpah..ko bestfriend aku forever..hehe"..

"betul?"..

"betul riz"..

"Berani ko berjanji atas nama tuhan ko yg ko takkan tinggalkan aku?"..

"hmm..emm"..

Digenggamnya tangan Lydia yang sejuk itu lalu berkata "kita dah dapat jawapan kan?"..

Matahari semakin membenam hilang dari pandangan..Lydia dan Hariz menikmati saat itu bersama..akan mereka coretkan gambaran dan saat itu dalam memori masing2..

-ridzuanroslan-

Tuesday, 14 May 2013

Bohong.

Bila kita ada masalah..
Selalu kita disuruh tidur..
Harap2 lepas bangun kita akan ok..
Tipu..
Betul kata fynn..
Tipu..
Bohong..



Bohong!

-ridzuanroslan-

Monday, 13 May 2013

Tebu & kasih sayang.

Aku ada soalan.."apa yang kita boleh buat untuk gembirakan hati yg bersedih?"..
post..
Hariz post status di facebook..

Hariz log out & tinggalkan facebook sehari..

Keesokkan harinya,hariz kembali online..mau dilihat jawapan2 dari rakan..
Terdapat kurang lebih 40 comment..ada dari kawan lelaki,ada dari perempuan..
Hariz baca satu persatu..
-shopping!!
-holiday kat pulau!!
-gi jalan2 dengan awek hang..
-jom belanja aku makan kat TGI Friday..
-ikot aku party malam nie..
-gi bandung jom?
Dan banyak lagi..hariz senyum..

Hariz update lagi status.."terima kasih atas jawapan2 kalian..aku menghargainya"..

Petang tu,hariz duduk sorang2 kat taman bunga..dibelinya sebungkus air tebu sejuk berharga rm1 di tepi tempat dia parking kereta..
Hariz duduk di tengah2 bukit..berseorangan..
Ditangannya ada handphone & air tebu..
Hariz berwhatsapp dengan teman baiknya Lydia..
Diceritakan segala masalahnya pada lydia..
Terkadang ketika menaip mesej,berlinang air mata hariz..
Namun dia x kesah..kerana dia jauh berseorangan diatas bukit..jauh dari pandangan orang..
Lydia juga jauh..lydia kini belajar di russia..
Habis air tebu ditangan,matahari pun mula melabuhkan sayapnya..

Babe,kau baca x status fb aku semalam?

Ya,kenapa?

Aku hanya perlukan rm1 untuk gembirakan hati aku..rm1 tu hanya untuk beli air tebu..:)

Wow..hahha..yang member2 lain suggest bukan main lagi kan?..holiday,shopping,makan kat friday..last2 air tebu je yg ko perlukan..hahhaha..:-P

Sebenarnya bukan air tebu je..

Selain beli air tebu,ape lg ko buat?

Borak dgn ko..:)
Aku happy bila borak dgn ko..walaupun ko jauh,tapi kita dekat..thanks babe..:)

Awww..ala jgn r cakap cmtu riz..terharu aku..:')

Thanks tau..aku sayang ko babe..:)
Kbye aku nak drive balik umah..

Weh!!!!..nape baru kali nie ko kate ko sayang aku?!?!..nape sebelum2 nie ko xpernah kate?!?!

Sebab kali nie,betul2 sayang..:)

------------

Malam tu,hariz kembali ceria..
Hariz tinggalkan kesedihannya diatas bukit petang tadi..dibiarkan disitu xdibawa pulang..

Hariz log in facebook..hariz update status..

Aku xde duit nak pergi shopping,holiday or makan tempat mahal2..
Untuk gembira,aku hanya perlukan rm1 & seorang yg aku sayang..

-----tamat-----

Bahagia tak mampu dinilai dengan duit.

-ridzuanroslan-

Tuesday, 7 May 2013

Solidariti anti racism

Sakit hati.
Sakit hati melihat perpecahan yang seakan retak menanti belah...
Hari ini diutusan,terang2an tertulis "APA CINA MAHU?"..kurang lebih begitu tajuk muka depannya..remuk hati aku..nampak sangat pemerintah akhbar tersebut masih ego & tak mahu belajar..
Kalau bukan kerana pecahan2 kawasan undi yang memihak barisan,mungkin 6 mei utusan nalaysia tutup kedai..
Utusan memang melampau.
Seperti minyak yang minta disambar api..

Mujur,bila buka facebook,ramai yang
bersolidariti menjulang kehormatan antara kaum..
Ramai yg post,share, gambar2 atau post 'anti racism'..syukur..
Malaysia ini masih ramai yg suci hatinya..
Yang tulus jiwanya..
Yang sanggup ketepikan kepentingan diri,untuk kepentingan bersama..

Seharian ini..
Bait2 lirik lagu 'laskar cinta' dendangan Dewa19 berulangkali berlegar dalam kepala aku..
Antara bait liriknya berbunyi :

"Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..
Yang menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda..
Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati..
Bukan untuk saling bercerai berai dan berperang angkat senjata"

Terkesima aku akan lirik tulisan ahmad dhani nie..lalu aku mengkaji..
Berbekalkan rasa sangsi & jari jemari menaip papan kunci..
Aku lungsuri enjin carian google..
Aku ketemu jawapan disebalik lirik hebat itu..

Ahmad dhani tidak hebat..
Dia hanya memetik salah satu ayat Al-Quran lalu diletak dalam lagu yang menjadi satu hasil seni yang cukup indah..
Ayat tersebut diambil dari surah Al-Hujraat..surah ke 49,ayat ke 13..

Lalu,aku baca terjemahan keseluruhan surah..
Aku terdiam..
Surah ini bercerita tentang politik!
Dengan jelas dalam surah ini menyebut tentang adab bila bersama pemimpin (nabi muhammad)..
Adab apabila mendapat & menyebarkan sesuatu berita yg tidak pasti (khabar angin)..
Adab bila dua bangsa bertelagah(bergaduh) & keperluan mendamaikan kedua2nya..
Larangan mengaib & memanggil orang dengan panggilan buruk..
Adab sesama manusia berlainan bangsa..
Dan banyak lagi..

Aku diam lagi..
Ya..
Surah ini cerita pasal politik..secara keseluruhan cerita politik,ada dalam surah ini..
Aku x mampu ulas lebih lanjut kerana ilmu agama aku hanya setebal kulit bawang..
Namun,perkongsian ini sedikit sebanyak membuka mata aku..

Aku petik kata2 tuan guru nik aziz dalam satu temuramah..kurang lebih begini katanya :
"tuhan sengaja jadikan kita pelbagai bangsa..untuk apa?..untuk kita saling kenal antara satu sama lain"

Aku bukan orang alim..
Aku bukan ahli agama..
Aku cuma seorang malaysian..
Seorang malaysian yang masih mencari keamanan & kedamaian..

-ridzuanroslan-

Monday, 6 May 2013

Pasca-PRU13

PRU13 tamat.
Hari ini aku bangkit tidur dengan udara & persekitaran baru..
Johor jaya lebih 30 tahun ditadbir oleh wakil barisan nasional kini berubah..
Mulai hari ini,kami dipimpin oleh seorang YB baru yang entah ape namenye..aku hanya panggil dia YB ahmoi chantek..
Ya..dia seorang ahmoi..yang agak cantik..
Jadi,ya dari segi kepimpinan politik ia berubah..aku tidak terkesan dgn keputusan di johor jaya kerana yang pertama,aku tidak menyebelah mana2 parti politik..kedua,aku rasakan yang mana2 YB mentadbir johor jaya nie,keadaannya tetap sama..johor jaya akan tetap mengukir nama sebagai antara 'kawasan hitam' paling popular di johor bahru..dari segi kegiatan kongsi gelap,lambakkan rumah2 urut & kelab malam,semuanya akan kekal sama..cuma apa jenis 'ubah' yang dicanangkan,kita tunggu & lihat..

Seperti yang aku jangkakan,keputusan PRU13 takkan henti dibincangkan semalam..maknanya,selepas keputusan diumumkan,kisah pilihanraya takkan henti dibincangkan..
Melalui facebook,aku ade buat sesi 'hentikan sebentar politik'..aku post video2 lagu dr youtube in order tu kurangkan post2 politik di timeline facebook aku..namun,usaha aku gagal..ternyata rakyat malaysia kini sangat serius membincangkan isu politik..

Semasa dan selepas pilihanraya,aku berhubung terus dgn dua sahabat karib aku..seorang berbangsa cina & seorang berbangsa india..
Kami berbincang tentang keputusan PRU13..ternyata telahan aku tepat..daripada 2 orang kawan,dua-dua mahukan malaysia yang lebih baik..begitu juga aku..
Kami mahukan malaysia yang lebih baik..dan kami telah lakukan tugas kami..namun,keputusan masih x memihak kepada kami..
Dua2 sahabat aku tadi nie,meluahkan kekecewaan & rasa marah..
Aku melihat keputusan PRU13 nie dari sudut yang lain..bagi aku,aku gembira dengan apa yang jadi..benar,pakatan kalah diatas kertas..namun,hakikatnya pakatan dilandasan terbaik di hati rakyat malaysia..
Jangan terburu2 & jangan selalu nak result yang on the spot..
Istiqamah.
5 tahun bangkit terus nak jahanamkan regim yang berkuasa 55tahun?
Sabar..
"kota Rome tidak dibina dalam sehari"..:)

Darah muda biasanya cepat menggelegak.
Katalis yang ada dalam darah orang muda sangat mudah diusik..
"Bilamana kita buat tindakkan dalam keadaan marah,kita kurang gunakan akal"..
Sebab itu dizaman nabi,setiap kali sebelum perang,tentera mestilah bersolat & digalakkan berpuasa.
Ini kerana bila bersolat,hati akan tenang..bila berpuasa,nafsu marah mudah dibendung..perang bukan kerana bencikan musuh,perang kerana tegakkan kebenaran..

Aku selalu ingatkan diri sendiri..
"buat sesuatu,jangan ikut2 orang"..
Hari nie,ramai yang tukar profile picture facebook,twitter,whatsapp & etc jadi warna hitam,biru,hijau & dll..
Ini kerana 'ikut2' r nie..
Bukan aku kata salah,bukan..
Cuma..sampai bila?
Bila benda dah jd x trending,kita tukar balik profile picture duckface kita..
Lepas tu tanya diri sendiri "macam mana dengan perjuangan 'blackout' aku tempoh hari?"
Haaa..sebab tu aku x tukar profile picture aku..yang pertama,sebab aku x suka zahirkan perjuanganku untuk tatapan umum.
Kedua,sebab aku rasa rugi tak letak gambar aku yg hensem jadi profile picture..:)

Cuma,aku terkilan dengan kesan pasca PRU13..
Akibat rasa marah,ramai yang bertindak luar kawalan akal..
Bermula dengan provokasi2 melampau..
Hingga lupa kata2 yang dilontarkan itu kepada sahabat sendiri..situasi berlaku di twitter..apabila dua orang sahabat aku berbalah dek kerana fahaman politik yang berbeza..tanpa berlengah,aku sindir dua2 dgn ayat "dah r tu..senyum sikit..member en..:) "..kemudian mungkin akibat terasa,dua2 senyap..
"politik ini umpana pisau yang tajam"..

Selain itu,bila buka facebook,aku kecewa..pasca PRU13...patriotik yang dicanangkan..namun hanya berlindung disebalik nama 'patriotik'..
Rakyat sudah tak ada adab..maki pemimpin..maki ulama..maki ahli2 agama..
Rakyat sudah tak ada adab..
Selain itu,aku terbaca keratan2 risalah parti politik yang rasis..yang mana dalam keratan itu tertulis ayat2 seperti "mari hapuskan bangsa ******..kini kita berkuasa..biar bangsa ****** & ***** berada dibawah kaki kita"
Sentimen2 seperti itu dicanang disebalik nama 'patriotik'..aku sangat2 kecewa..
Aku tahu ada diluar sana yang kononnya patriotik..konon boleh sama makan & minum satu meja..namun hakikatnya,mereka masih berselindung disebalik topeng..

Aku malaysian.
Aku hanya mahukan malaysia yang lebih baik..
Aku mahu bersama rakan berbangsa cina & india..
Bersama mereka tanpa rasa sangsi..
Tanpa rasa curiga.
Berbual minum makan bergurau senda,seperti saudara sendiri..
Namun,senyum orang kita nampak,hati orang kita tak tahu..:)

Malaysia.
Tanah tumpah darah kita.
Disini aku lahir,disini aku akan mati.
Pray for Malaysia.

-ridzuanroslan-