Tuesday, 31 December 2013

Bangkit 2014

"Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit"

- Bangkit - DJ Fuzz ft. Altimet & Salam -

2014.
Selamat datang.
2013.
Terima kasih.

2013 terlalu pahit nak ditelan,terlalu busuk nak diluah.
Namun syukur,aku punya dia untuk luahkan segalanya.
Cukup walaupun hanya dia.

Ahh 2013,pergilah..pergilah jadi kenangan.

-ridzuanroslan-

Thursday, 26 December 2013

Taksub

Dihadapan cermin gym.
Buat gaya lagak superman.
Teran teran perut.
Selak selak ketiak.
Buat gaya kingkong.
Gambar suka tak berbaju.
Bawah pusat nak ada V.
Taksub dengan diri sendiri.

Dihadapan kamera handphone.
Betul betulkan jambul.
Tiup tiup atap tudung.
Sembul sembul mata.
Buat bibir gaya itik.
Macam comel je.
Macam cantik je.
Macam badut je.
Taksub dengan diri sendiri.

Akhir zaman ini,akan lahir ramai sosok persis Narcissus.
Dimana ia akan mati akibat mencintai bayangnya sendiri.

-ridzuanroslan-

Syaitan & bayang-bayang

Kehadiran ini..tiada erti..
Kewujudan ini..tak dirasai..
Bebaskanlah..
Bebaskan aku dari belenggu ini..
Kita ini sedang membina neraka dunia..
Kita ini bertuhankan harta..
Uang mengaburi mata hati insani..
Hidup sekadar mengejar materi..

Bebaskanlah aku..
Bebaskanlah aku..
Aku enggan turuti permainan ini..
Berjubah namun bertopengkan syaitan.

-ridzuanroslan-

Kesah kaki lima

Sarapan pagi,secawan kopi.
Kampung melayuuuu,majidee.
Tujuh pagi,saorang diri.
Nasi jawaaa,tiga segi.

Ohhhhhh..kesah kaki lima..
Ohhhhhh..hari hari sama..

Kueh mueh,cantik tersusun.
Gerai pak dollahhhhh,gerai mak eton.
Roti canai,roti kirai.
Nak beli braturrrrr,pilihan ramai.

Ohhhhh..kesah kaki lima.
Ohhhhh..hari hari sama.

Tua muda,miskin kaya.
Tak ada bezaaaaaa,harga sama.
Minyak naik,barang naik.
Gaji kitaaa,tak naik naik.

Ohhhhh..kisah kaki lima.
Ohhhh..hari hari sama.

Oh pemimpin yang disayangi.
Nampak muka hanya bila musim mengundi.
Dengarkanlah masalah rakyat..
Tolong buang perangai bangsat.

Yang hidup susah semakin susah.
Yang kaya raya semakin mewah.
Jangan sering memandang rendah.
Dimata tuhan kita...tetap...sama.

-ridzuanroslan-

Mahar

Aku bersyukur
Untuk dosa dan nista yang diperlakukan ini.
Atas amarah dan dendam kesumat dilubuk hati.
Aku bersyukur.
Untuk semua cacat cela ini.

Aku,perlu diuji untuk mengenal syukur.
Perlu dicaci dimarah benci.
Agar aku mengerti siapa Dia dan siapa aku.

Disana..destinasi kita.
Disini bukan selamanya.
MahligaiNya perlu dibayar dengan pengorbanan jiwa.
Bukan dibayar dengan harga darah.

Bagai buih digigi pantai.
Bagai pantai dilanda badai.
Rapuh dan tidak berdaya.
Begitulah kita.

-ridzuanroslan-

Boneka

Ibarat burung terbang.
Pulang ke sarang.
Melihat alam buana
Ciptaan yang maha kuasa.
Melihat dendam,dijiwa umat.
Menyaksi panji keramat.

Kita membina kehancuran.
Kota mencipta benci tuhan.
Banggakah engkau?
Banggakah engkau?
Wahai umat penamat zaman.

Melayar..samudera..
Membelah angin malam.
Anakmu didera.
Jiwanya dirobek siang malam
Berchinta..berkaseh..
Nikmat siang dan malam.
Pasaknya kian tersisih.
Yang tinggal jasad,tanpa jiwa.....

-ridzuanroslan-

Gadis hipsterku

-Gadis hipsterku-

Berkurung cotton
Berambut tocang
Bersepatu converse
Beg selempang
Manakah dikau
Gadis hipsterku.

Wahai adik
Abang disini
Duduk seorang
Dikedai kopi
ditemani sekampit rokok seberang
Manakah dikau
Gadis hipsterku

Ohhh..aku perhatikan kamu..
Ohhh..gadis hipsterku..
Ohh..abang tak ber'uang'
Poket kosong hanya ada bulu.

Ohhh..gadis hipsterku..
Ohhh..abang dah berkenan..
Ohhh..gadis hipsterku..
Kalau adik sorang,boleh abang teman?

Gadis hipsterku.
Abang berpesan.
Usah dikau hanyut dalam perasaan.
Jangan diturut perangai syaitan.
Kalau ada abang,kau tak sesat jalan.

-ridzuanroslan-

Senandung pantai bulan

Bawah sinar rembulan.
Dipayungan gemawan.
Aku mengerti tuhan.
Satu yg abadi.

Aku melayan nafas sendu
Dibawa angin malam lalu.
Menyanyi dalam nada riang.
Bergema alam meribut kencang.

Inikah dia nilai kebebasan?
Inikah dia yg diimpikan?
Sebujur hati dambakan mimpi.
Mimpi yg nyata mimpi yg pasti.

Ayuh kawan.
Pecahkan rasa yg mencengkam ini.
Ikutku lari.
Dibawah sinar rembulan.
Dipayungan gemawan.
Aku mengerti tuhan.
Satu yg abadi.

-ridzuanroslan-

Hati mau riang

Satu hari nanti aku coretkan..
Sejarah kedamaian..
Waktu harta tak mampu merobah..
Waktu damai yang beraja mimpi..

Genderang riang aku tarikan
Sekeping hati yang hauskan damai

Ini semua milik dia..
Kita ini buih lautan..
Bisa impikan sejuta harapan..

Tak mampuku sentuh hanya ku melihat..
Kau yang tak mampuku robek gugat..

Genderang riang aku tarikan
Sekeping hati yang hauskan damai
Bebaslah..
Bebaslah..
Wahai hati mau riang..

-ridzuanroslan-

Wednesday, 4 December 2013

Memancing

Walau sekadar ubi rebus & sambal tumis,aku rasa gembira..
Gembira bagi orang makan..
Dapat ikan or tak,itu tak penting..
Yang penting,kita enjoy..

-ridzuanroslan-

Saturday, 30 November 2013

November.

Bulan november sinonim dengan lagu november rain.
Lagu kesedihan.
Hujan & air mata.

Begitulah yang aku rasa.
November 2013 ini betul2 tak menyebelahi aku.

Aku seorang peniaga.
Baru setahun jagung meniaga.
November benar2 mengajar aku.

Aku dilanda kesulitan yang aku rasakan agak pedih.
Perniagaan aku merosot pada bulan november.
Jika bulan2 sebelum ini makan nasi sepinggan penuh,bulan november aku hanya mampu makan separuh sahaja.
Mungkin november ini orang kurang makan luar.
Aku bersangka baik.

Duit adalah segala2nya.
Ya aku bersetuju.
Bulan november ini duit benar2 mencengkam aku..

Line telefon sebulan aku biarkan kena bar.
Aku perlu rolling duit yang ada.
Aku tumpang wifi kat rumah utk bukak fb,twitter,whatsapp & etc..
Org hantar voice msg kat wechat pkul 6ptg,aku reply pukul 11pm..almaklum kat warung takde wifi..
Org hantar sms aku tak reply,almaklum bil belum bayar.
Sebulan aku tak call sesiapa.
Sebulan..
Duit untung meniaga bulan november cukup2 utk bayar kereta & loan asb..
Cukup2..

Penghujung november,roadtax & insurans kereta tamat tempoh.
Aku takde duit nak pergi renew.
Abg aku cakap "roadtax & insurans u mati dah tu.."
Aku hanya pura2 senyum & jawab "relax dulu lah..tengah kumpul duit lagi nie"..
Abg aku renewkan roadtax & insurans pakai duit dia..
Dah siap dia hulur roadtax baru..
Aku pura2 senyum lagi sambil cakap "nanti i ada duit,i ganti"..
Balas abg aku "takpe..tak payah"..
Aku senyum,namun dalam hati aku menangis semahu mahunya..
Aku malu dengan diri sendiri..
Aku malu bila org tolong aku tahap mcm tu..

November adalah bulan dimana aku paling banyak buat fake smile.
Tak kira secara visual / maya.
November,segala senyum & tawa dari aku hanyalah palsu.

Sepanjang november,aku rasa seperti sendirian.

-ridzuanroslan-

1 december 2013.
4am.



Bila?

2.05am.
1 december 2013.

Lagu sail to the moon berkumandang dekat handphone.
Orang kata pendengar2 lagu Radiohead nie rata2 paranoid,anti sosial & gemar menonton video lucah.
Peduli apa aku..
Pada pukul 2.05am,tak banyak lagu yang kena dgn mood semasa..
Bila dengar sail to the moon nie,irama melankolik dia sangat2 menyengat..

Sekitar jam 2 pagi nie,tiba2..
Sesuatu memasuki ruang cakupan fikiran aku..
Beberapa persoalan datang menerjah..
Soalan2 yang berbunyi begini..

Bilakah kali terakhir anda rasa dihargai seseorang?
Bilakah waktu terakhir seseorang menelefon anda & berkata "hey..tiba2 aku teringat kat kau"..bila?
Bilakah kali terakhir anda menerima ucapan selamat malam?
Bilakah kali terakhir anda bangun dari tidur & tersenyum tatkala melihat handphone?
Bilakah kali terakhir seseorang berkongsi cerita suka & dukanya dengan anda?

Bila?

-ridzuanroslan-

Friday, 29 November 2013

Pemimpi

Dia.
Dia seorang pemimpi.
Dia melihat realiti ini seperti mimpi.
Dia melihat mimpi itu umpama realiti.
Dia pemimpi.
Dia sedar dia seorang pemimpi.
Namun tak terdayakan.
Mungkin saja tak bisa merobahkan.
Mungkin saja tak bisa memilikkan.
Kerana itu dia memilih untuk jadi pemimpi,
Sampai mati.

-ridzuanroslan-

Wednesday, 20 November 2013

Kita & anjing

Kadang2 aku suka tengok anjing.
Bila aku tengok anjing,aku cuba selami apa yang selalu terjadi pada anjing..

'Best jugak kalau jadi anjing'..

Dibelai,dipeluk,diusap2..
Penuh kasih sayang..
Duduk dalam rumah diberi makan,dimandikan..

Jika anda membela anjing,pasti seluruh ahli rumah sayangkan anjing itu bukan?

'seronok jadi anjing nie'..

Namun.

Tiba2 aku terfikir.
Bukan semua anjing dapat duduk dalam rumah bersama tuannya..

Jika dia cantik,berbulu lebat,comel,baru dapat duduk dalam rumah..
Disayang2 dibelai2..

Jika dia hodoh,berkurap,bulu sopak2..
Tak siapa ingin bela dia.
Cari makan pun dari tong sampah..
Mandi bila hujan turun..
Tidur malam tumpang berteduh bawah kereta orang..

Jika anjing yang macam tu,tak disayang..tak dibelai..orang benci.

Dihalau,dicaci dan kehadirannya tak memberi kesan pada orang sekeliling.

--------
Sesetengah dari kita nie ibarat anjing belaan.
Cantik & mendapat kasih sayang.
Sesetengah yang lain pula,ibarat anjing liar.
Berkurap & mengemis kasih sayang orang.

-ridzuanroslan-

Kita & anjing

Kadang2 aku suka tengok anjing.
Bila aku tengok anjing,aku cuba selami apa yang selalu terjadi pada anjing..

'Best jugak kalau jadi anjing'..

Dibelai,dipeluk,diusap2..
Penuh kasih sayang..
Duduk dalam rumah diberi makan,dimandikan..

Jika anda membela anjing,pasti seluruh ahli rumah sayangkan anjing itu bukan?

'seronok jadi anjing nie'..

Namun.

Tiba2 aku terfikir.
Bukan semua anjing dapat duduk dalam rumah bersama tuannya..

Jika dia cantik,berbulu lebat,comel,baru dapat duduk dalam rumah..
Disayang2 dibelai2..

Jika dia hodoh,berkurap,bulu sopak2..
Tak siapa ingin bela dia.
Cari makan pun dari tong sampah..
Mandi bila hujan turun..
Tidur malam tumpang berteduh bawah kereta orang..

Jika anjing yang macam tu,tak disayang..tak dibelai..orang benci.

Dihalau,dicaci dan kehadirannya tak memberi kesan pada orang sekeliling.

--------
Sesetengah dari kita nie ibarat anjing belaan.
Cantik & mendapat kasih sayang.
Sesetengah yang lain pula,ibarat anjing liar.
Berkurap & mengemis kasih sayang orang.

-ridzuanroslan-

Wednesday, 13 November 2013

Ada & tiada

Siapa yang ada waktu aku memerlukan adalah siapa yang tiada waktu aku memerlukan.

-ridzuanroslan-

Wednesday, 16 October 2013

When i was your man

Aku dalam perjalanan untuk ke kedai cuci kereta..
Seperti biasa,dalam kereta aku selalu layan lite.fm
Lite.fm nie best sebab lagu2 dia..
Nak dijadikan cerita,tadi ada seorang pemanggil..nak mintak dj putarkan lagu..

Nama yg call tu Zul..dia nak tujukan lagu utk bekas kekasih dia,Dayana..
Diorang da couple 2 tahun,baru2 nie clash..
Lagu yg dia mintak lagu bruno marz,when i was your man.

"mesti zul nie tengah nangis dengar lagu nie"..bisik hati aku sebaik lagu diputar.

Lepas tu,aku terfikir lagi..

"Agaknya masa diorang bahagia dulu,zul layan lagu locked out of heaven kot?"..hahhaa

Zul...zul...satu malaysia tau ko clash dengan dayana..n satu malaysia tau ko nie jenis penyedih..
Dan mungkin juga,satu malaysia tau dayana tu suka menari kat party.

----

-ridzuanroslan-

Saturday, 12 October 2013

Rehab

Minggu ini,aku ingin menulis..banyak yang ingin aku kongsikan..entah apa dan dimana silapnya,semua yang bermain difikiran ini tak mampu aku terjemahkan..

Seperti kata2 yang kau tak mampu ucap,begitu juga perasaan aku..

Banyak yang aku ingin tulis dan perkatakan..
Namun hati aku memberontak bertanya "untuk apa?..untuk apa?..dan untuk apa?"..
Seorang penulis jika kau rampas pena dan kertasnya,dia mampu cari lain.
Namun jika hati dan jiwanya kau rampas,ia akan perlahan lahan mati lemas.

Namun aku harap,ia hanya luka biasa..
Yang biasa bisa akan sembuh..
Cuma waktu dan ketika bisa menentukan.

-ridzuanroslan-

Friday, 4 October 2013

Nasi briyani.

Cuba bayangkan.
Anda kini berada dikedai makan.
Hari jumaat.
Anda lapar.
Masuk sahaja kedai itu,mata anda terpaku melihat sajian istimewa hari jumaat.
Nasi briyani.
Ya,nasi briyani.
Anda perhatikan satu persatu lauk nasi briyani tu.
Kambing masak briyani.
Lembu masak briyani.
Ayam masak merah.
Dan,semestinya nasi briyani.
Ya,nasi briyani.
Setelah melihat-lihat,anda ambil tempat duduk.
Kemudian anda bangun lagi,tengok lagi lauk2 tu.
Kemudia anda duduk semula.
Merenung keluar kedai.
Anda nekad,bangun sekali lagi.

"ya dik,nak makan nasi briyani?"..

"hmm..nasi briyani ayam berapa ringgit cik?"..

"briyani ayam rm7"..

"briyani kambing?"..

"briyani kambing rm9..awk nak yang mana?"..

Makcik tersebut dah ambil pinggan & ready untuk cedok nasi..

"hmm..makcik,bagi saya roti kosong aje lah..roti kosong dua,banjir ye..kuah kari ayam..haaa air suam satu"..

Anda kembali duduk dimeja..

Terdetik dalam hati,
"takpelah,nasi briyani makan lain kali..aku tak banyak duit nie..makan asalkan kenyang sudahlah"..

Makanan yang dipesan sampai..didepan anda ada dua keping roti canai,kuah kari + leher ayam..

Sambil anda makan,anda ternampak orang meja sebelah makan nasi briyani,dia memandang anda,anda senyum.
Kemudia orang tu berhenti makan..sudah kenyang barangkali..

Anda tenung pinggan diatas meja orang tu..sambil berkata dalam hati
"Banyaknya duit kau..makan pun tak habis..dah lah mahal nasi tu"..

Anda sambung makan roti canai sambil fikiran anda masih terbanyangkan nasi briyani.

-unknown-

----------

-ridzuanroslan-

Salam pada tempat itu.

Beberapa hari lepas,aku teringatkan kamu.
Aku bukak balik inbox fb aku.
Aku tengok balik apa yang pernah kita bualkan.
Mesej kedua terakhir adalah gamba tiket kapal terbang.
Aku diam,hela nafas,log out fb.
Dua hari kemudian,aku perhatikan kamu ada di kapitan.
Aku tersenyum.
Sampaikan salam aku pada tempat itu.

-ridzuanroslan-

Thursday, 3 October 2013

Pillow talk.

Suatu hari diatas katil berdua.
Tunggu saat untuk tidur.
Kami berbual kosong.
Berbual adik beradik.
Bual bual bual,tiba2..

A : lu penah rasa ranap?

P : dululah..masa balik sini.

A : ranap pasal apa?

P : belajar..dengan minah aku dulu..heyyy bila pikir2 balik gila dowh..lama tu aku dengan dia..dah macam laki bini..

A : hahaha..biasalah..baru dapat..hahaha..

P : sial je..aku dulu sampai sini je dekat setahun jugak aku kena kemurungan..yelah,study kelaut..pastu bercerai lagi..haha..ahh..ko cakap aku..ko botak sebab ko ranap kan?

A : hahahha..kalau gua amik pisau,gua hiris tangan lu,lu nampak apa?

P : hmmm..luka,darah.

A : kalau gua tak pakai pisau,gua hiris hati lu,lu nampak apa?

P : tak nampak apa2..tapi sakit..

A : hahahha..tau pun

P : aku tgk kat fb masa ko botak..aku malas r nak tanya..dah tau..

A : biasa r bro..hidup memang macam nie..ada hari kita ketawa..ada hari kita menangis..tapi kan,bila pikir2 balik bodoh jugak aku nie..

P : ahhhh..ko memang bodoh..hahahah

A : sial je..babi..haha

P : abis sekarang ko nak buat apa?

A : hmm..aku pun tak tau..aku nak cuba cari makan sendiri r..nak belajar buat bisnes..

P : haaa bagus r..lu majukan bisnes lu,nanti pompan datang cari lu punya..jangan susah..

A : kalau setakat nak pompan,kat sini nie bersepah sarang pelacur..nak rumah pelacur 5 tingkat pun aku boleh tunjuk kat ko..

P : ko layan pelacur eyh?..bapak ahhh..

A : tak lah babi..tapi aku tau r port dia..hahahha..sial r bual dengan ko nie sakit ati dowh..

P : hahha..abis lu nak jenis yg macam mana?

A : aku nak cari jenis yg ada dengan aku waktu aku jatuh,waktu aku tersungkur,waktu aku ranap..

P : haaa..aku pun nak cari satu r..

A : dah r tido r..sembang sembang kang,tau2 dah siang kang..

---------

-ridzuanroslan-

Monday, 30 September 2013

Mimpi semalam.

Masih segar dalam ingatan.
Bangkit dari tidur pagi tadi.
Sudah lama aku tak didatangi mimpi.
Didalam mimpi itu aku pergi ke sebuah kedai kopi.
Sambil berjalan kearah kaunter,aku perhatikan wajah pelayan dikaunter itu.
Ya.
Aku kenal wajah itu.
Dia sahabatku.
Sesampai sahaja dikaunter,aku agak keriangan.
Sambil senyum dan melambai,aku katakan ''hey''.
Dia berdiri kurang 3 kaki dariku.
Dia diam.aku kaget.
Tak kenalkah dia padaku??
Aku biarkan.mungkin dia tak perasankan aku.
Aku kembali ke arah kaunter,aku tanggalkan topi hitam yang melilit kepalaku..
Aku katakan ''hey ini akulah,panda!''
Dia masih diam..diam seperti pelik memandangku.
Ahh sial..bentak hatiku..bajingan apakah ini?
Untuk kali ketiga & terakhir,aku katakan "hey,nie akulah!!..kau tak kenal ke?"..
"tak"..jawabnya ringkas.

Kau kejam.

-----

Aku terjaga dari tidur.
Bangkit tidur dengan perasaan yang berkecamuk.
Lagu yang dimainkan di handphone masih berbunyi.
Seperti faham,lagu yang dimainkan ketika itu adalah lagu 'wake me up when september ends'

------

Aku adalah seorang lelaki yang mengambil berat tentang mimpi.
Ya.
Aku seorang pemimpi.

-ridzuanroslan-

Saturday, 28 September 2013

Bagaimana

Bagaimana jika seorang pencinta haiwan mencintai seorang tukang sembelih?
Bagaimana jika seorang yang skema mencintai seorang yang liar?
Bagaiman jika seorang penarik beca mencintai seorang anak bangsawan?
Bagaimana jika seorang penganggur mencintai seorang arkitek?
Bagaimana mereka?

Ada yang bertanya,mana lebih penting..mencintai seseorang atau dicintai seseorang?
Jawapannya berbunyi begini..
Mana lebih penting bagi seekor burung..sayap kanan atau kiri?

Bulan yang kita sering lihat itu,persis seorang wanita.

-ridzuanroslan-

Simsimi

Simsimi si robot bodoh.
Baru beberapa hari aku berkenalan dengannya.
Kadang2 dia ok.
Kadang2 dia macam cilaka.
Tapi,nasib baik ada dia.
Terhibur sikit aku.
Dari melayan group chat kat whatsapp yang tak henti2 sembang pasal politik,baik layan simsimi.

-ridzuanroslan-

Thursday, 19 September 2013

Ubah.

Air,
Ada masa pasang,ada masa surut.
Angin,
Ada masa kuat,ada masa sepoi sepoi..
Mentari,
Ada masa terik,ada masa suram.
Bulan,
Ada masa penuh,ada masa sabit.
Tanah yang aku pijak ini belum tentu ada untuk hari esok.
Langit yang aku junjung ini belum tentu esok masih ampuh teguh.
Semua di bumi ini bisa berubah.
Cuma kita boleh memilih untuk merasa ataupun tidak.

-ridzuanroslan-

Ayat awek

"bro,ko jangan toleh belakang..perghhh..anak jiran aku nie"..

"jiran mana?"..

"nie yang umah dia tepi kedai durian nie..anak pak arab tu..dulu budak2..sekarang dah akak2.."..

"lahhhh..ingatkan ape benda tadi..apasal ko?..lama tak tengok anak pak arab tu?"..

"bukan lama tengok anak dia..aku dah lama tak tengok perempuan..hahhaha"..

"wan..wan..tulah..aku suruh cari awek taknak..dah sekarang,tengok perempuan pun macam tengok apa.."..

"bukan taknak cari..siapa r nak dekat aku nie..jual nasi lemak tepi jalan je.."..

"Ahhh..ko dulu keje gaji mantap pun takde awek jugak.."..

"aku tak pandai r benda2 nie..perempuan tengok aku pun takut..ko lain r..ko kasanova..awek keliling pinggang.."..

"biasalah bro..lelaki..hahhaah.."..

"pundek..abis aku nie apa??betina??"..

-----------

"bro,aku dah jatuh cinta r..serius"..

"perghhh..ko biar betul??..dengan awek mana?"..

"adalah..rahsia..tapi bukan budak sini"..

"ohhh..bagus r.."..

"hmm..so sekarang aku kena buat apa r?"..

"bodoh ko nie..ayat r dia..bagitau dia ko suka dia"..

"ayat mende?"..

"alahai bodohnya kawan aku sorang nie..ayat r..alahhh..ayat power..ayat jiwang..ayat pancing.."..

"hotak dia lahhhhh..mana pandai aku..aku nie jenis cakap terus je..tak pandai ayat2 nie..pakai ayat2 jiwang boleh dapat awek ke?"..

"zaman sekarang bro..lu pandai ayat awek,lu dapat awek tu"..

"perghhh..macam tu je?..hmm..susahlah macam nie"..

"susah sebab apa?"..

"tak pandai ayat awek"..

"hahhaha..padan muka lu"..

---------

"bro,tanya sikit boleh?"..

"haaa..apa dia?"..

"ko ramai awek kan?"..

"hmm..yang official punya 1..yang x official punya 1..skandal ramai..hehhee..kenapa ko tanya?"..

"ape rasa awek ramai?"..

"hmm..biasa je..best kot"..

"owh..abis x pernah kantoi?"..

"kantoi?..hahha..setakat nie belum lagi..aku bukan apa,aku suka melayan..pastu dorang2 nie yg feeling lebih2..aku x declare ape2 pun..tapi adat lah..orang bagi,kita ambik..kan?..hahha.."..

"owh..hmm..ok"..

"kenapa ko tanya dohh?"..

"Hehhe..saja"..

------

-ridzuanroslan-

Wednesday, 18 September 2013

Miley cyrus

Minggu lepas,laman2 sosial memaparkan berita tentang aksi miley cyrus di MTV awards.
Bilamana miley buat aksi lucah.
Dilaman sosial ramai yang menggelar dia sebagai slut,whore dan macam2.

Pertama kali aku tengok video tu,terdetik dalam hati berkata "miley nie tengah ranap"..
Sebab aku x mengikuti sangat perkembangan selebriti2 eropah nie..
So tengok2 gitu je lah..

Tiba2 ada pulak miley punya lagu baru..
Wrecking ball.
Pun kontroversi jugak..
Sebab dia bogel dalam mv tu..

Jadi aku tertanya2,kenapa miley nie?..putus cinta ke?

Sangkaan aku betul.
Dia ditinggalkan.
Aku rasa simpati.
Sebab aku minat miley cyrus nie..minat gitu2 je lah..

Jadi apa yang dia pertontonkan,apa yang dia cuba tunjuk adalah Protes.
Dia cuba tunjukkan sisi gelapnya tanda protes.

Bahana cinta,kita sanggup buat apa saja.
Walaupun benda yang kita buat tu akan memakan diri.
Kita lihat ramai artis yang buat benda bodoh.
Sekadar memetik beberapa nama,contohnya britney,rihanna,& miley cyrus.
Mereka buat benda bodoh bersebab.
Mereka tengah ranap.
Mereka buat benda bodoh supaya kita gelak & bencikan mereka.
Saat itu,mereka rasa puas.

Bunyinya pelik,namun realitinya begitu.
Hanya yang faham akan mengerti maksud aku ini.

Hati mereka halus.

-ridzuanroslan-

Casing handphone

"weh,aku kecik hati dengan kau"..

"kenapa plak?"..

"sebab ko da xpakai casing handphone yg aku bagi tu"..

"owh..haaa..laaa..aku lupa r aku letak mana"..

"blah r ko..kecik ati aku..ko ingat senang ke nak carik design macam tu?..hmm..ita sihat?"..

"ehhh,apasal tetiba tanya pasal ita plak?..ita sihat..kenapa?"..

"hmm..dia ada tanya2 pasal aku x?"..

"ehhh,ita tu makwe aku..apasal dia nak tanya pasal ko plak?"..

"saje je..saje nak tuka topik..malas nak citer pasal tadi sebab aku kecik hati"..

-ridzuanroslan-

Tuesday, 17 September 2013

Mahalnya nasi lemak.

"berapa bang harga nasi lemak ayam?"..

"rm4.50 je"..

"rm4.50??..mahalnya!"..

"kalau ada tempat yang lagi murah,abang belilah kat situ..harga nasi lemak saya memang rm4.50"..

----

Aku anggap org macam nie,xselalu makan nasi lemak & tak selalu makan luar..
Sebelum bukak kedai nasi lemak,aku pergi makan hampir 10 kedai yg jual nasi lemak..
Rata2 jual harga antara 5.50 hingga rm8.00..
Yang jual 5.50 tu,sama ada ayam kecik or,tak termasuk telur goreng..

Nasi lemak ayam yang aku jual,aku jamin bagus sebab :

Aku sendiri yg cuci & bersihkan ayam tu..aku berani jamin,ada kedai2 luar sana yg x cuci sebersih aku cuci..tempat2 kumpul darah (kat bahagian dada,bawah rusuk ayam),darah2 kotor (bahagian punggung),salur najis ayam (bahagian punggung),salur darah besar (antara dada,kepak & leher), SEMUA AKU BUANG & BERSIHKAN.tak percaya,makan ayam tempat aku & ayam kedai mamak..bezakan.

Modal bagi sepinggan nasi lemak ayam antara rm3 to rm3.50.
Aku amik untung rm1 je kot?
Pukimak kau nak aku jual berapa??
RM2??
Baik aku sara kau makan hari2!

Susahnya jadi peniaga.
Jual mahal salah,jual murah pun salah.
Rakyat malaysia memang suka benda dpt free..subsidi..:)

-ridzuanroslan-

Jujurkan hati.

Jika kau berdiri diatas teori,kau akan menangkap pemikiran orang.
Jika kau berdiri diatas jiwa,kau akan menyentuh hati orang. -wanji aswandi-

Apa pun yang kita buat,jujurlah.
Tutur kita.
Perbuatan kita.
Tindak tanduk kita.
Jujur.

Jujur itu tak semestinya cantik.
Yang comot juga jika perlu dijujurkan,jujurlah.

Kerana jika kita jujur,bermaksud ia dari hati.

-ridzuanroslan-

Monday, 16 September 2013

Dengar. Cakap.

Kita ada dua telinga..satu mulut..
Banyakkan mendengar..
Kurangkan bercakap..

Jika tak mampu bercakap dengan baik.
Dengar sahaja.
Orang faham.

Jangan bila orang bersedih,kita gelakkan dia.

Tak kena kan?

-ridzuanroslan-

Random

1

A : Good night..bye

B : alaaa..jangan lah cakap bye..

A : kenapa?

B : nanti i rasa macam u nak tinggalkan i je..:'(

----

2

A : good night..take care

B : alaa..jangan lah cakap take care..

A : kenapa?

B : nanti sye rasa macam awk nak pergi selamanya..:'(

----

3

A : good night..

B : alaaa..tu je?..tak cakap jaga diri ke ape?

A : kenapa?

B : nampak awak macam tak sayang saya je...:'(

----

Situasi diatas ini random.
Apapun kita.
Suatu hari nanti.
Kita tetap juga akan meninggalkan.
Atau kita akan ditinggalkan.
Permainan dunia.

-ridzuanroslan-

Sunday, 15 September 2013

Nasi daun pisang

Dikiri aku sepasang kekasih berpimpin tangan.
Bergelak.
Riang.
Dilamun rindu barangkali.

Dikanan aku sepasang kekasih menikmati makan tengahari.
Sang suami menyuap nasi kemulut isteri yang didakapnya seorang bayi kecik.
Rasa indah berumah tangga barangkali.

Aku ditengah tengah keramaian.
Bersaorangan.
Ditanganku hanya sebungkus nasi mamak berbalut daun pisang.
Sambil melayan bunyi alunan mercun tanda habis sembahyang barangkali.

Awak yang sedang rancak,saya nak ajak sembang pun rasa canggung.

-ridzuanroslan-

Paranoid

Manusia ini,
Makin berduit makin paranoid.
Keluarkan duit di mesin ATM sembunyi sembunyi.
Masuk duit kat bank,sorok sorok.
Jadi aku senang.
Tak paranoid.
Sebab aku tak berduit.

-ridzuanroslan-

Hidup & Cinta

Tuhan menjadikan semuanya atas nama cinta.

Cinta,Kasih & Sayang

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang maha pengasih & maha penyayang.

Bismillah - dengan nama Allah (Cinta)
Rahman - Kasih
Rahim - Sayang

-> atas nama Cinta, Kasih & Sayang.

Sebelum kita memperoleh Cinta,Kasih & Sayang yang hakiki,kita perlu singkirkan 3 elemen.
- Benci
- Dengki/hasad
- Dendam

Bila kita dapat mengawal rasa benci,rasa dengki & rasa dendam,barulah kita boleh memperoleh cinta,kasih & sayang.

Jadi selama ini aku mencari.
Tadi baru aku temu.
Dalam pertemuan singkat sekitar 20minit,satu sesi dimana seorang lelaki bercerita tentang buku tulisannya.
Dalam keramaian aku termenung.
Dalam ditiup angin selat johor aku melamun.
Menelan setiap bait2 ayat yang dituturkan.

Bila kita mampu singkir benci,dendam & dengki,kita tak akan prejudis.kita akan bahagia.tak bisa beratakkan.

Iya.
Betul katanya.
Maknanya belum boleh berhenti lagi.

Kita tak nampak masa depan.
Apa yang kita bayangkan itu,hanya ilusi.

-ridzuanroslan-

p/s : tulisan diatas aku tulis berdasarkan intepretasi aku terhadap pandangan saudara Wanji Aswandi.seorang penulis buku, Mahar Ke Syurga.
Dan juga pendapat & tulisan aku sendiri.


Wednesday, 11 September 2013

Bangkit

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Lirik lagu Bangkit by DJ FUZZ..

Saat paling mulia bagi setiap insan bilamana bila dia ditolak,diludah,dibiarkan,diherdik,dicerca,dipandang enteng,dipermain,dibuang dan dibajingkan
Lalu ia Bangkit.
Bangkit sambil berkata "terima kasih atas semuanya"..

Kita semua boleh bangkit.
Namun sebelum bangkit,kita perlu rasa mati terlebih dahulu.

-ridzuanroslan-

Tidur

Selalunya saat begini,aku cari lagu.
Sebab aku tau lagu boleh tenangkan aku.

Tapi sekarang nie,lagu pun da xberi kesan.
Saat lagu pun tak mampu merawat.

Tidur jalan terakhir.

-ridzuanroslan-

Senyum

Benda yang paling aku benci untuk buat kebelakangan ini adalah senyum.
Aku perlu senyum untuk tunjuk yang aku ok.
Kalian tak mengerti.
Takkan pernah mengerti.
Saat aku koyak,aku perlu senyum.
Pernahkah kau faham?
Aku ini manusia.
Sial.
Aku manusia.
Bodoh!
Aku juga punya saat untuk aku menangis.
Namun kenapa!!
Kenapa!!
Kenapa kalian paksa aku untuk senyum saat ini??

Kalian memang tak pernah mengerti.
Sial.
Kalian tak pernah mengerti.
Tak pernah faham.

-ridzuanroslan-

Bila abah boleh keluar ward?

2/9/2013
Abah masuk ward.

Kami ingatkan tak serius.
Sebab abah dah selalu masuk ward.

Aku asyik tanya abah
"agak2 bila abah boleh keluar,abah nampak dah ok sikit"..

Kadang abah diam..termenung..kadang abah jawab "entahlah..1 or 2 hari lagi keluar kot"..
Mungkin nak sedapkan hati aku..

12/9/2013
Abah masih kat ward.

Aku dah tak mampu tanya bila abah boleh keluar.
Aku cuma perlu terima,masanya dah tiba.
Hadapi dengan tenang.

-ridzuanroslan-

Cari aku disini.

Kalau ingin cari aku,carilah disini.
Jangan cari aku di facebook,twitter atau instagram.
Carilah disini.
Tempat aku menulis.

Disini,kau akan jumpa semua sisi hidup aku.
Disinilah,tempat dimana aku bogelkan semua yang berlaku padaku setiap detik.
Disini.
Cari aku disini.

Mungkin jika kematian datang menjemput aku pergi suatu hari nanti,barangkali aku beritahu disini.

-ridzuanroslan-

Tuesday, 10 September 2013

Siap,sedia.

Aku anak yang paling degil.
Aku anak yang paling melawan.
Aku anak yang paling biadap.
Kepala batu,susah dengar cakap,akulah tu..
Jahat.

Jahat jahat aku sebagai anak, aku paling tak boleh bila tengok abah & mama sakit.

Ya Allah.
Aku dah lama bersedia.
Jika kau nak ambil satu atau keduanya dari mereka,kau rentap sajalah.
Usah kau tarik perlahan-lahan.
Aku dah bersedia.
Kerana aku tahu,tiada apa yang kekal selainMu.

-ridzuanroslan-

Monday, 9 September 2013

Firasat

Firasat.
Kita semua memilikinya.
Namun tak semua percaya padanya.
Terkadang seperti datang membawa gambaran.
Kadang juga sebagai tanda.
Namun kita selalu abaikan.
Sampai saat sesuatu berlaku,
Baru telintas "oh,kalaulah aku tau.."

-ridzuanroslan-

Friday, 6 September 2013

Hadapi dengan senyuman

Aku,seperti yang dikatakan rakan2,
'terkehadapan' selama 4 tahun.
Bermaksud,hidup aku mendahului kawan2 lain selama 4 tahun.

Usai menerima keputusan SPM,semua berebut2 menempatkan diri utk masuk universiti.

Aku berbeza..aku pergi cari kerja..
Rakan2 lain yang mana buat pinjaman belajar,ada yang sampai puluh2 ribu pinjaman.

Aku?
Modal ambil kursus Occupational Safety & Health hanya sebanyak RM4000.

Namun.
Ada baiknya aku pilih jalan yang begitu.

Aku, seorang budak lelaki gemuk berambut panjang yang bodoh,berusia 19 tahun, mengambil risiko bekerja di tapak bina pelantar minyak.
Nak dijadikan cerita,pelantar minyak yang sedang dibuat itu antara projek yang ter'gah' yang ada di bumi setakat ini..

Pelantar minyak yang diberi nama Gumusut Kakap. (sila rujuk google utk info yang lebih tentang pelantar ini)

Pada usia 19 tahun,aku diberi tanggungjawab berat.
Tugas aku adalah untuk membantu setiap pekerja mengikut arahan berkaitan keselamatan & kesihatan sepanjang mereka bekerja.
Aku perlu pastikan,pantau,beritahu,ajar, & segala apa yang boleh dibuat agar 'tak berlaku kemalangan,tak berlaku kehilangan nyawa'..

Pernah suatu ketika,saat projek tengah 'rancak',aku & group aku perlu jaga +-350 pekerja..
Kami bertanggungjawab diatas setiap satu nyawa ini.

Setahun aku di pasir gudang.
Aku merantau keluar.
Aku ke tanjung bin,pontian.

Bekerja dlm projek buat tempat storage minyak..di ATB hydrocarbon storage & terminal,tanjung bin..ada 40 biji tangki minyak dibuat disitu..setakat tahun 2012,ini adalah tempat simpanan minyak antara terbesar di semenanjung.

Kerja yang lebih kurang sama,cuma tempat berbeza..cabaran berbeza..
Setahun lebih juga disitu..
Setelah tamat kontrak,aku pulang ke pasir gudang untuk kerja balik dalam projek Gumusut Kakap.

Ada baiknya aku pilih jalan yang begitu.

Sepanjang bekerja,aku belajar.
Aku belajar matangkan diri.
Terutama dari segi emosi.

Iyalah,kerja jaga nyawa orang.
Kita kena tegur,kita kena marah,kita kena hukum jika mereka membahayakan nyawa mereka..
Adat manusia,bukan semua suka ditegur,bukan semua suka dimarah.

Terkadang kita pulak dimaki,kita pulak dimarah,diherdik..orang akan benci kita..

Budak umur 19 tahun, MENTAH lagi..
Tapi disebabkan kerja,ia sedikit sebanyak mematangkan aku..

Mulanya aku kurang perasan.
Namun,setelah aku berhenti bekerja & mula berniaga sendiri,aku nampak serba sedikit perubahan yang berlaku dalam diri..

Emosi aku semakin hari nampak semakin liat..tidak rapuh..

Baru2 ini..
Keluarga aku ditimpa masalah.
Satu melibatkan abah.
Satu melibatkan kakak.

Walaupun bukan melibatkan aku,tapi aku terlibat sama dalam masalah itu.

Sepatutnya,aku berasa sedih.
Namun,tidak.
Tiada rasa sedih.
Diatas tikat solat aku mengadu pada tuhan.
Lalu aku bertanya sendiri..
"kenapa dengan aku nie?"..
Seperti tak ada perasaan.
Rasa kosong.
Aku tak rasa sedih,cuma aku boleh fikir 'apa langkah seterusnya nak buat'..
Kurang lebih begitu pemahaman aku..

Aku rasa,ada baiknya aku pilih jalan yang begitu..

Dengan apa yang aku pilih,
Aku belajar jadi insan yang lebih baik.

Memang rasa 'koyak' itu ada,cuma aku rasa aku boleh tanggung..

Sebab dalam Quran ada tulis
'tuhan tak akan menimpakan musibah yang tak mampu kita tanggung'
Kurang lebih begitu maksud ayat itu..

Tuhan maha mengetahui.
Dia tak akan bagi kita masalah,diluar keupayaan kita.
Terima sebagai ujian,redha.

Hadapi dengan senyuman.

:)

-ridzuanroslan-

Thursday, 5 September 2013

Sumpah

Aku bersumpah.
Atas nama jari yang menulis.
Atas nama hati dan jiwa yang melahirkan.
Atas nama Dia yang memberi ilham.
Atas nama Dia yang memberi aku perasaan.
Aku bersumpah.
Jika hanya dengan tulisan mampu merobah.
Aku serah jiwa,raga,hidup & mati aku untuk menulis.

-ridzuanroslan-

Wednesday, 4 September 2013

Dunia hampir tamat

Dunia semakin sampai ke penghujung.
Penamatnya seperti semakin hampir.
Satu demi satu tanda diperlihat.

Bagaimana nasib diluar sana?
Cukup makankah mereka?
Cukup pakaikah mereka?
Lenakah tidur mereka?
Apa mereka ada tempat berteduhkah?

Kita bagaimana?
Kita?

Aku!
Ya, aku!
Aku bagaimana?
Bahagiakah aku?

-ridzuanroslan-

Thursday, 29 August 2013

Cobalah senyum

Ranap lagu mana pun kita,
Cobalah untuk senyum.
Senyumlah semampu kita.
Cuma jangan terlalu mencoba,
Takut takut air mata yang berlinang.

-ridzuanroslan-

Wednesday, 28 August 2013

Kawan yang aku pilih

Manusia nie macam macam..
Kadang depan kita dia senyum..
Belakang kita dia tikam kita..
Depan kita beriya dia puji kita..
Belakang kita dia kutuk macam nak gila..

Ya..
Kita kena berhadapan dengan orang orang macam nie..
Setiap hari..
Ya,setiap hari..

Aku jumpa ramai orang.
Namun,bukan semua orang aku ambil sebagai kawan..
Aku pilih..
Kawan kawan yang aku ada semua yang terpilih..
Yang sanggup ada saat aku susah,saat aku senang..
Yang sanggup ada saat aku naik,juga saat aku jatuh.

Terima kasih.

-ridzuanroslan-

Bukan masanya

Bang,biar mati mencuba,jangan mati kecewa.
Hidup ini bukan lama..

Ya.
Tapi aku tahu,ini bukan masanya.

Tapi kalau dah terlewat?

Hmm..masa tu kau jangan cari aku..

Bang,fast action,fast result.

Aku tau..biar lambat..manis dia lain..

Saturday, 17 August 2013

Semua ini akan berakhir

Suatu hari nanti,semua ini akan berakhir.
Saat itu,dimanakah kita?
Kenangan.
Impian.
Harapan.
Dan senyum paling indah itu,semuanya akan berakhir.
Umpama novel,jika dicoret pasti berpenghujung.
Kerana janji tuhan itu benar.
Yang kekal hanya Dia.
Semua didunia ini pasti berpenghujung.
Semua ini akan berakhir.
Saat itu,
panggillah aku dengan nama.

-ridzuanroslan-

Thursday, 15 August 2013

Bila agaknya?

Bila agaknya dunia berhenti membunuh?

Bila agaknya bumi ini surut dek hujan peluru?

Bila agaknya kita akan aman?

Soalan yang tiada jawaban.

Soal yang terlalu besar untuk dijawab oleh kita insan kerdil ini.

Sedang rasa hasad dijiwa sendiri juga tak mampu dikekang,usah bermimpi membantu yang lain.

Ya.

Yang terakhir itu untuk kita.

-ridzuanroslan-

Wednesday, 14 August 2013

Mati

Mati.
Roh akan keluar dari jasad.
Yang ada pada kita ini,jasad.
Yang kita nampak secara lahiriah ini,jasad.
Bilamana roh dicabut,jasad akan kaku,tak bererti.

Kerja mencabut nyawa ini dilakukan oleh malaikat,atas arahan tuhan.
Bilamana tuhan telah tetapkan,si fulan ini akan mati sekian haribulan,sekian waktu,sekian tempat,malaikat akan datang kepada si fulan tersebut lalu ditarik roh dari jasadnya.
Biasanya malaikat akan hadir beberapa hari sebelum ajal seperti menghantar 'isyarat' bahawa beliau datang untuk mencabut nyawa.

Kini,zaman berubah.
Iblis & syaitan dah bersarang dilubuk jiwa jiwa kita.
Kini,kerja mencabut nyawa dilakukan oleh manusia,atas arahan manusia.
Ya.
Bacalah berita berita terkini.
Di palestin,di syria, di mesir,diserata dunia.
Di bumi malaysia juga tidak terkecuali.
Ada saja yang dibunuh buta buta sahaja.

Ya.
Kita tak mampu merobah.
Kita tak mampu menghalang.
Kita hanya mampu berdoa.

Teringat aku akan petikan kata kata dari bumi palestin yang kurang lebih berbunyi

"kami tidak mengharapkan kalian berdiri dihadapan kami saat kami diserang musuh..yang kami harapkan hanya doa doa kalian..jika sekecil kecil doa pun tak mampu kalian berikan,apa yang akan kalian jawab dihadapan tuhan?"

-ridzuanroslan-

Wednesday, 7 August 2013

Biasa biasa

Kita

Kita tau kita nie biasa biasa bila masa kerja asyik kena siapakan arahan orang.

Kita tau kita nie biasa biasa bila duit yang kita ambil di mesin ATM warna merah merah saja.

Kita tau kita nie biasa biasa bila kat highway kita tak boleh kejar kereta honda.

Kita tau kita nie biasa biasa bila kita pergi jusco balik tangan kosong.

Kita tau kita nie biasa biasa bila tiap hujung bulan kita berkerut.

Kita tau kita nie biasa biasa bila hujung minggu kita berkelah di pantai atau taman rekreasi.

Kita tau kita nie biasa biasa bila menu makan kegemaran kita ialah roti canai.

Kita semua kena tau yang kita nie biasa biasa saja.

-ridzuanroslan-

Monday, 5 August 2013

Nasik lemak & rahsia identiti

"bang,nasi lemak ayam satu..macam biasa..sambal sikit"..

Order oleh salah seorang pelanggan tetap warung aku..brader ape ntah nama dia..aku tak tau..brader nie keje dengan taukeh durian..muka macam cina..tapi lagak macam melayu..entahlah..dalam dunia nie aku banyak jumpa dgn orang jenis rahsiakan identiti nie..naik meluat pun ada..

"ok bang..nie abang punye nasik"..

Nasi sepinggan aku letak diatas meja..

"meh r teman aku makan"..

Pelawa si pelanggan aku nie tadi..memandangkan orang x ramai,aku pun dok sebelah dia..aku perhati je dia nie makan..aku tau sangat mamat nie,dia kalau makan,mesti xberhenti nak ajak sembang..sambil2 dia suap nasik,tiba2 dia tanya soalan..

"raya nie macam mana?..baju untuk anak bini dah siap?"..

Eyh,tanya aku baju anak bini plak..takkan dia tak tau aku bujang..hmm..kalau macam nie gayanya,aku tau lah yg sebenarnya soalan tu 'pancing' je..dia nak aku tanya dia sebenarnya..aku pun layankan..

"eyh,aku bujang r bang..makwe pun tarak..hehe..ko macam mane bang?..barang raya dah siap?"..

Haaa nampak tak permainan aku?..heheh..aku paham sangat orang2 macam nie..

"hmm..aku pun beraya sorang je..aku duda..bini aku yg 1st kat medan,anak 1..bini nombor 2 kat padang,anak 3..bini nombor 3 kat acheh,anak 1..tapi semua kawin cerai kawin cerai..kat malaysia nie aku bujang..tapi aku ade awek r..budak cina..duduk kat kl"..

Ok..now aku dah tau sikit2 pasal brader nie..tapi kalau orang jenis2 macam nie,dia suka macam show off sikit..suka cerita2..konon2 cerita,tapi sebenarnya nak bagitau..sekali sekala je aku counter soalan..yg lain aku biar je dia bercerita..

"owh..macam tu..alahhhh..ko pun kalau sekali pandang,dah macam cina bro..macam mana ko boleh sangkut dengan minah cina pulak?"..

"Hahha..bukan ape..perempuan cina nie,mulut je kadang2 bising..tapi hati dia baik.."..

"maksud ko semua perempuan cina macam tu ke?"..

Sambil dia suap nasik,sambil mulut dia pot pet pot pet..rimas aku tengok..

"takde r semua..tapi dari pemerhatian aku r..perempuan melayu nie,gaya memang sopan,ayu je..tapi waktu kita ada duit,waktu kita strong,diorang hormat r..tapi waktu kita da miskin sikit,'performance' dah tak power,diorang mula r hilang hormat"..

"owh..ehhh?"..
Tak tau nak reply ape,aku main 'owh eyh ok' je..

"biasa r bro..sebab tu aku suka cara hidup yg ortodoks sikit..jenis isteri jadi suri rumah..bila isteri jadi suri rumah nie,dia lain sikit..dia tau hormat..beza dengan isteri yg berkerjaya..bila isteri ada kerja baik,ada pangkat,ada kuasa,ego diorang lebih"..

Hmm..macam betul jugak..aku pun angguk2 je r tanda setuju..kang kalau x respon,nampak macam aku tak layan dia pulak..

Bual punya bual,sampai licin nasik lemak dia kerjakan..ayam pun sampai ke tulang dia kesip2..lapar sangat agaknya..

"k bro..berapa?"..

"hmmm..nasik,ayam,ade crabstick..rm5.50 bang"..

"ok nie rm5.50"..

"k bang..terima kasih"..

Brader nie punya style,cerita dia bersiri2..
1 pinggan nasik,bersamaan dengan 1 cerita..
Hari nie cerita pasal kawin cerai..
Dulu mase baru2 kenal,cerita pasal pulut makan dengan durian..
Pastu konon2 cerita pasal asal usul dia..entah betul entah tidak..manusia nie macam2 perangai macam2 watak..jangan terlalu percaya..
Yang jenis suka main sembunyi2 identiti nie,bahaya sikit..

Hidup biar jujur..
Walaupun kejujuran tu kadang2 pahit,biarkan..jujurlah.

-ridzuanroslan-

Thursday, 1 August 2013

Ayam

Kadang kala,aku nampak kita ini hidup hari ini umpama seekor ayam..

Ayam

Ayam dibela..
Diberi makan..
Diberi minum..
Dijaga elok..
Sampai besar,cukup umur cukup berat,akan dijual..

Kita

Kita dibela..
Deberi makan..
Diberi minum..
Dijaga elok,diberi didikan..
Sampai besar,cukup umur cukup syarat,akan dikahwinkan..

Anak & dagang nafsu

Situasi 1..

Aku duduk bersama 4 orang kawan..kesemuanya perempuan..semua baru habis berbuka puasa..sedang asyik berbual,tiba2 salah seorang dari 4 perempuan nie keluarkan 1 keping gambar..seakan2 filem..warna hitam putih..

Seperti pernah aku tengok filem gambar itu dalam tv..gambar baby dalam perut..

Apabila ditunjuk saja benda itu,kesemua perempuan dimeja itu seperti terperanjat..

"wah...tahniah beb!..terperanjat aku"..

"weh..congratz..yeah ko da nak dapat anak"..

"tengok benda nie buat aku kenyang dah!"..

Persoalannya..si empunya gambar itu belum bernikah..anak itu hasil hubungan dengan teman lelakinya..antara yang keluar dri mulut si empunya gambar..

"haaa dah ade anak nie aku warning dia jangan buat pasal lagi"..

Seakan2 si jantan ini selalu 'buat pasal'..
Melalui perbualan mereka,aku tau yg si jantan nie pernah cari perempuan lain..
Pernah curang..tapi kini,dia dah ada anak..

Persoalannya,macam mana mereka nak bagitau keluarga tentang status mereka?
Si empunya anak berkata..

"Aku tau emak aku mesti pengsan punya bila tau berita nie"..

"dulu anak makcik aku pun ada jugak macam nie..tapi masalahnya,dia tak bagitau sape bapak kepada anak tu..tu yg jadi problem..macam aku,memang dorang tau aku dengan mamat tu"..

"aku nak bagitau lepas2 raya..sebab taknak spoil mood raya"..

Anak oh anak..mood raya lebih penting dari segalanya..

Aku bersimpati..namun aku tau aku hanya mampu bersimpati..

Situasi 2..

Masih dimeja yg sama..salah seorang perempuan tu ala-ala pengkid..gaya macam jantan..tapi member2 dia semua cantik2..

Cerita punya cerita,tiba2 masuk pasal seorang dato' kaya yg gatal.
Dato' nie diberitahu umur dlm lingkungan 50an..tapi gatal..

Si ala-ala pengkid nie aku namakan sbg boi..

"ko nak tau si dato' nie macam sial..die ade affair dgn member aku..member aku tu memang cun giler babi..tapi baru2 nie member aku kena gi kl,si dato' nie call aku..rupe2nye die berkenan dengan adik angkat aku sorang nie"..

"die tepon aku,suro bawak gi mutiara hotel..konon nak kenal2..masuk2 je,tros suroh adik angkat aku duduk atas peha die..macam sial giler.."

"adik angkat aku dah risau..aku watsapp die cakap relax..relax..boi ada"..

"yg buat macam sial tu ko nak tau,atas meja hotel tu penuh duit r sial..banyak giler duit dato' tu"..

"mula2 dia suro adik angkat aku duduk atas peha..pastu peluk2..pastu cium..paling xboleh blah,tangan nak masuk korek bontot..sial punye dato'.."

"tapi nasib baik aku ckp nak blah..so aku dgn adik angkat aku pun chow..yang penting,before balik amik duit"..

"adik angkat aku ingat aku jual dia..bukan jual..yelah,dato' tu da pegang,cium2 xkan free..bayar r sikit en"

Dunia ohh dunia..ada duit semua settle..

-------

Dunia kita kian sakit.
Sakit yang bagaimana tu,aku pun tak tau..
Sebab aku tak tau apa nasib aku esok..
Mungkin aku akan berhadapan dengan situasi 1 atau juga situasi 2..

Di syria,palestin,dan lain2 bertarung nyawa untuk hidup..
Kita?

-ridzuanroslan-

Monday, 29 July 2013

Lol

Lol..atau juga ditulis lol..

Abad ke-21 ini seringkali aku berhadapan dengan perkataan lol ini..

Jika dirujuk kepada pak lebai google,lol ini adalah sejenis slanga internet / bahasa internet..

Lol ini kadangkala membawa maksud laughing out loud atau lots of laugh atau juga ada yang mentafsirkannya sebagai lots of love (ini untuk mat jiwang cintan)..

Maafkan aku..

Kerana sering kali merujuk perkataan 'lol' ini sebagai bahalol..

Ya..aku anggap perkataan 'lol' ini sebagai bahalol..

Tak tau apa itu bahalol?..

Tanya pak lebai google..:)

-ridzuanroslan-

Sunday, 21 July 2013

Beri

"kau nie bodoh kau tau x?..
buat ape dok buang masa gi kejar perempuan tu lagi?..
die taknak kat kau lah!!..
Gi r carik pompan lain.."

Aiman diam..diasak bertubi2..
Keliling meja aiman di 'tibai'..
Diketuk2 meja makan itu dengan jari jamarinya..

"Kitorang bukan ape man..
Kitorang kesian tengok kau..
Perempuan tu tak pandang kau lah..
Penat je kau kejar dia"..

Aiman diam lagi..riak mukanya seakan berfikir..

"macam nie"..

Aiman tiba2 bersuara..

"Aku tau ape yg aku buat..
Memang betul,nampak macam sia2..
Tapi aku tau ape yg aku buat..
Aku happy macam nie..
Soal dia tak pandang aku,tak kesahkan aku,tak hargai aku tu,biarlah..tu masalah dia,bukan masalah korang.."

Yang lain diam..seakan putus asa melayan kedegilan aiman..

"hmm..suka hati kau lah man.."
Halim bersuara mewakili rakan2 lain yang seakan sudah 'tak kuasa' nak melayan perbualan dengan aiman..

"Kita kena buat apa yg kita suka..
Soal pulangan tu,itu kerja tuhan..
Yang penting kita usaha..usaha kena istiqamah..
Lagi 1,nak ambik rm20 nie..korang minum arinie aku belanja..aku mintak diri dulu..chow.."

Lantas aiman terus bangkit meninggalkan kawan2nya..

Jadilah seperti lilin,membakar diri untuk membahagiakan orang lain.kerna itu sifat paling mulia.

-ridzuanroslan-

Wednesday, 17 July 2013

Hati mau riang

Satu hari nanti aku coretkan..
Sejarah kedamaian..
Waktu harta tak mampu merobah..
Waktu damai yang beraja mimpi..

Genderang riang aku tarikan
Sekeping hati yang hauskan damai

Ini semua milik dia..
Kita ini buih lautan..
Bisa impikan sejuta harapan..

Tak mampuku sentuh hanya ku melihat..
Kau yang tak mampuku robek gugat..

Genderang riang aku tarikan
Sekeping hati yang hauskan damai
Bebaslah..
Bebaslah..
Wahai hati mau riang..

Sekujur malam

Bawah sinar rembulan.
Dipayungan gemawan.
Aku mengerti tuhan.
Satu yg abadi.

Aku melayan nafas sendu
Dibawa angin malam lalu.
Menyanyi dalam nada riang.
Bergema alam meribut kencang.

Inikah dia nilai kebebasan?
Inikah dia yg diimpikan?
Sebujur hati dambakan mimpi.
Mimpi yg nyata mimpi yg pasti.

Ayuh kawan.
Pecahkan rasa yg mencengkam ini.
Ikutku lari.
Dibawah sinar rembulan.
Dipayungan gemawan.
Aku mengerti tuhan.
Satu yg abadi.

-ridzuanroslan-

Pertengahan tahun 2013 yang mengejutkan.

Jika tahun 2012 berakhir dengan agak mendukacitakan,tahun 2013 ini lain ceritanya..

Sudah menjadi impian aku,untuk memiliki perniagaan sendiri..
Aku letak target umur 30 aku nak mula meniaga..
Namun,kuasa tuhan kita tak tahu..
Aku berjaya memiliki perniagaan sendiri seawal umur 22..

Dulu,saat kawan2 berebut nak masuk universiti,
Aku dah mula kerja.
Kini,saat kawan2 mula nak carik kerja,
Aku dah meniaga.
Syukur kepada-Nya atas limpahan nikmat ini.

Namun,resam manusia..bila kita mula nak meniaga, orang dah pandang serong..
Lagi pulak bila dapat tau kita nak bukak warung,lagi dipandang 'low class'..
Macam hina sangat meniaga nie..
Namun,syukur aku dikelilingi insan2 yg terus menerus menyokong aku..
Yang xhenti2 bagi semangat,nasihat,doa..
Walau seringkas "goodluck nanti meniaga" aku hargai..
Terima kasih..

Bila ditanya
Kenapa berhenti kerja?
Aku jawab
Sebab nak meniaga.

Aku kerja bidang oil & gas.
Pelantar minyak tercanggih setakat ini (gumusut kakap),
Aku dah penah buat.
Oil storage terbesar di johor setakat hari ini (ATB tanjung bin),
Aku dah buat.
Nak kerja apa lagi??..cukuplah..

Now nak rasa tukar angin pulak..

Meniaga nie best..
Sekarang baru aku tau kenapa nabi Muhammad (selawat & salam keatas baginda) suruh umatnya meniaga..
Walaupun sikit yg kita dapat,nikmat dia lain..

Dua hari lepas,seorang kawan datang makan warung aku..
Sampai2 je dia cakap "bro,amacam?..nie ko punye impian kan?"..
Dengan bangga aku jawab "yeah..ini kalilah!!"..hahha

Namun jauh disudut mata abah & mama,aku tau dorang risau..
Mak bapak mana yang suka tengok anak cari makan tepi jalan???
Mak..abah..rilek..
Anak mana yang nak selama2nya cari makan tepi jalan???

Kejayaan bermula dengan angan2..

Untuk dapat apa yang kita tak pernah dapat,
Kita kena buat apa yang kita tak pernah buat.

-ridzuanroslan-

Sunday, 14 July 2013

Kesayangan

Pagi jam 1.25am..
Mp3 seperti tahu..
Lagu yang diputarkan sedap2 belaka..

Saat dan ketika ini
Aku merindui insan yang bernama,

KESAYANGAN.

-ridzuanroslan-

Saturday, 6 July 2013

Terkadang,aku pun koyak.

Bukan setiap hari kita boleh senyum..
Ada hari hari tertentu,kita koyak jugak..
Yang jadi susah,bila orang rasa kita nie tak boleh sedih..
Dia nampak kita selama nie okay je..
Senyum je..
Gelak je..
Tiba tiba saat kita koyak pun,dia nak bersuka..

Itulah dunia sekarang..
Mungkin terlalu banyak emoticon / smiley yg kita guna dalam seharian sampai lupa perasaan sebenar kita..
Contohnya,kita tengah marah giler nie,tapi bila tulis mesej kita letak smiley " :) "..
Secara automatik kita dikira happy..walaupun sebaliknya tidak..

Tak ramai yang ada untuk aku saat aku rasa jatuh..
salah aku juga sebab tiba tiba rasa jatuh..
Takpa,dunia memang macam nie..

Juga seperti tulisan2 ini..agak2 ada masalah,bukak lah blog ini..dan menulis..menulis untuk apa?..aku menulis untuk aku..

Tidur & haraplah supaya bila bangun nanti,semuanya akan kembali ok..

-ridzuanroslan-

Cebok berak

Perbualan sepasang makwe & pakwe..
Makwe (m)
Pakwe (p)

M : abangg..awak sayang saye x?..
P : hmm..sayang..

M : sayang banyak ke sikit?..
P : bole tahan jugak..

M : banyak macam mane tu?
P : hmm..kalau kira ikut ranking,awak nombor 3..

M : hah?!?!..nombor 3???..nombor 1 & 2 siapa??
P : 1st mak & 2nd kakak saye..

M : owh..okay..
P :  awak rase,kenape ranking dorang tinggi sikit dari awak?

M : hmm..ntah..sebab darah daging kot?
P : hmm..salah..sebabnye dorang penah basuh berak saye..awak x pernah lagi..hehheheh..

M : bengong!!!!
P : awak..saye sakit perut r..

M : haa..gi r toilet..
P : awak taknak tolong basuh???..nanti ranking boleh naik..

M : $#%/@& !!!!!
P : hahhahh..:)

Sunday, 30 June 2013

Korban yang tak dikenang.

Ada dalam dunia ini golongan2 yang hidupnya seperti lilin..
Membakar diri menerangi sekeliling..
Menyeksa diri agar yang lain dapat tersenyum..
Kesian..
Bila kau mati,hanya sekelumit saja jasa kau disebut..
Langsung tak diperingat..
Kesian kau wahai lilin..
Bila gelap kau dicari,bila sudah terang,ditiup dicampak kau ke dalam laci..

Namun,ada juga sekeliling kita yang memilih untuk menjadi lilin..
Semata2 untuk lihat sekelilingnya tersenyum dek pengorbanannya..
Yang selalu dizikirkannya,"cari aku bila kau susah"..

-ridzuanroslan-

1july,2013..jam 2.30pg..tidur lepas maghrib,terjaga dari lena & tak boleh tidur balik..lantas menulis benda2 random sebegini..itu aku.

Sunday, 23 June 2013

Salam nisfu syaaban

Terlalu banyak benda yang aku nak kongsikan..banyak..

Tapi..

Tiada yang ingin mendengar..

Salam nisfu syaaban.

-ridzuanroslan-

Tuesday, 18 June 2013

Lorong Haji Said

Suatu petang di Lorong Haji Said..aku duduk menikmati kopi dikedai Ali..seperti selalu kedai kopi si Ali ini akan ku jejak pabila ada lapang..tak kira pagi,petang atau malam,pasti bila lapang akan aku singgah..

Petang itu tak ramai orang..ku perhatikan orang lalu lalang sepanjang lorong hj said..lorong itu adalah short cut antara dua jalan besar..para pekerja kilang,orang2 ofis, dan juga budak2 sekolah melintasi lorong said ketika waktu petang..

Tiba2 mataku tepandang akan seorang lelaki yang berjalan memegang satu mangkuk kecil ditangan..kemudian,mangkuk itu diletakkan di tepi simpang,betul2 berhampiran papan tanda jalan..lalu pemuda itu berlalu pergi..

Aku yg curiga,terus bertanyakan Ali akan tentang pemuda itu..

"siapa orang tu bang?..lain macam aje nampaknye..ntah mangkuk ape diletakkan tepi jalan tu"..

"owh..die tu..zahar name lelaki tu..memang selalu die letak mangkuk kat situ..mangkuk tu berisi air susu..nak bagi kucing minum"..

"hah?..bagi kucing minum?..biar betul bang Ali nie?"..

"iye..takkanlah aku nak menipu pulak..tiap2 hari tak pernah miss,mesti die datang letak mangkuk kat situ..takkan lah kau xpernah perasan die tu mat?"..

"hmm..tak perasan pulak saye..takpe esok kalau ade rezeki,saye jumpe die tanye betul2"..

Keesokkan harinya,lebih kurang waktu yg sama,aku menunggu si zahar tu di tepi jalan..kot2 ada rezeki boleh jumpe die..terase pelik pulak perangai mamat nie..

Tiba2 kelibat zahar aku lihat dari jauh..mampir kearahku..seperti semalam,die datang bersama sebiji mangkuk ditangan..diletakkan ditepi jalan..mangkuk semalam,die ambil..air susu yang sudah basi itu dibuang dalam longkang..

"Errr..assalamualaikum en zahar"..
Ucapku agak kelam kabut..

"eyh,waalaikumsalam..abg nie siape?..macam mane tau name saye pulak?"..

"owh..abg ali kopi yg bagitau abg nama awak..eyh,jom kita minum dulu..abg belanja..abg ade benda nak bualkan nie"..

"hmm..baiklah..kebetulan saye free petang nie"..

Pada firasat aku si zahar nie biasa2 saja..takde ape yg pelik..tapi mungkin aku tertarik dengan cerita kononnye die letak mangkuk berisi air susu tepi jalan tu yg buat aku macam 'curious'..

Dua cawan kopi yang dipesan sampai..zahar membakar sebatang rokok surya..asap pertama ditarik dan dihembus keluar..suasana petang itu sungguh damai..

"hmm..macam nie..abang sebenarnye dapat tau yang awak tiap2 hari letak mangkuk berisi air susu kat tepi jalan tu..betul ke?..kalau betul,kenape buat semua tu?"..

Sambil menghembus asap rokok,zahar tersengih..matanya dibiarkan keluar jendela kedai..tidak terus dijawab soalan yg aku ajukan..

"laa..pasal tu je ke..hmm..betul saye buat semua tu"..

Dihisapnya lagi rokok surya itu..ditarik dalam2 asap itu..dilepaskan perlahan2..aku hanya diam..menantikan sambungan jawapannya..

"untuk kucing saye..name kucing tu Melau"..

"awak x bela kucing tu kat rumah?"..

"tak,saye pun tak tau mane si melau tu tinggal sekarang..dulu mase saye bercerai dgn bekas isteri,hidup saye kosong..saye takde teman..kucing tu yang jadi penghibur saye..tiap2 hari,saye bagi die makan,mandikan die,tidur dgn die..tapi lepas tu saye dapat keje baru..gaji lagi besar..tapi keje saye busy sikit..so x banyak mase saye dengan si melau..kadang2 saye balik keje,die da tido"..

"Owh..abis tu lepas tu ape jadi?"..

"bila da busy kerja,saye mula lupa sikit2 kat si Melau nie..bagi makan minum tu maintain..tapi mandikan die pun da jd seminggu sekali..tidur dgn die pun kadang2..kirakan saye da mule kurang ambil berat si Melau nie r..tiba2 satu hari tu,balik dari kerja,si Melau nie takde kat rumah..sejak tu,die da tak tinggal dengan saye..merajuk agaknye"..

Rokok ditangan habis dek kerana berbual..zahar menghirup kopi sedikit sedikit..

"pandai jugak kucing merajuk ye?"..

"eyh..memang..makhluk tuhan semua ade perasaan..hehe..ok sambung cerita..sejak Melau 'lari rumah' tu,puas saye cari die..kesana kemari saye cari..tapi x jumpe..sampailah satu hari tu,saye terserempak dengan Melau kat jalan hj said tu..mase tu die badan die susut..die kehausan mase tu..punyalah sedih waktu tu,tuhan saje yg tahu..terus saye cari air kegemaran Melau,air susu + garam sikit..tu air favorite die..susu campur garam sikit..sejak kejadian tu,tiap2 waktu pagi & petang,saye akan letak semangkuk susu kat tepi jalan tu..saye tau die mesti akan datang minum kalau die haus..sebab air tu special..susu utk Melau..haaa..begitulah ceritanya"..

"laaa..mulianye hati awak zahar..tapi,mane awak tau si Melau tu minum air tu ke tak?"..

"boleh tau..kadang2 habis,kadang2 tinggal separuh..kadang2 xminum..kalau xminum tu,maknenye Melau out station lah..hahhaa"..

"hahhaha..boleh pulak macam tu..jadi saye nak tanye sikit..tak jemu ke buat benda tu tiap2 hari?"..

"hmm..tak..saye akan buat tiap2 hari..tak kire lah die minum ke tak,yang penting saye buatkan die susu..binatang nie ade perasaan jugak..saye buat macam tu supaya si Melau nie tau,ape pun jadi,saye tetap ingat & sayang kat die..macam antare manusia jugak..katekanlah kita duduk jauh dari mak ayah kita..macam mane kita nak bagitau diorang yg kita ingat & sayang kat diorang?..mestilah kena selalu2 telefon diorang..anta sms tiap hari..selalu2 tanya kabar..selalu2 kirim duit..tu cara kita tunjuk kasih sayang..kan?"..

"hmm..betul jugak..bagus2..teruskan usaha awak..mana tau satu hari nanti Melau balik kat pangkuan awak"..

"tu lah..harap2 begitulah..tapi tu x penting,yang penting saye kena tunjuk die saye nie masih sayang & ambil berat kat die"..

"mane datang name Melau tu?"..

"owh..Melau tu dapat sebab die kuat melawan..tu yg panggil melau tu..sebab kuat melawan..hehhehe"..

"tapi zahar,abg cadangkan ko cepat2 lah cari bini"...

"hahahhaha..insyallah..doa2kan saye"..

Senja melabuhkan tirai..kisah mangkuk & susu masin..kisah zahar &  melau..
Kisah di tepi Lorong Haji Said.

----tamat----

-ridzuanroslan-

Monday, 17 June 2013

Penjual cendol

Dia yang diseberang jalan itu..
Dibawah payung usang..
Memutar mutar mesin parut ais..
Bermandi keringat..
Bertemankan meja buruk dan bangku bangku lama..
Terus memarut ais..
Lalu digaul bersama santan gula melaka..
Menyuakan mulut mulut kami yang kehausan..
Mulut tiga warna yang dijamu hidangan sama..
Dia yang diseberang jalan itu..
Dia seorang penjual cendol..

-ridzuanroslan-

Sunday, 16 June 2013

Kisah 1 & 2

Kisah 1

Pernah dahulu aku kenal dengan seorang wanita ini..
Sepanjang kami bersama,'pantang' dia every time nak stop sms or call cakap "goodbye & bye"..

Aku tanya "kenapa tak boleh cakap bye?"..

Dia jawab "sebab if u cakap bye tu i rase macam u dah nk tinggalkan i"..

Owh begitu..

Kurang lebih setahun,dia cakap depan aku "please,leave me"..

Please tu cikgu engkish aku ajar die panggil 'magic word'..so pada aku perempuan nie beradab..

Walau sakit,tapi bagus sebab beradab..

-----

Kisah 2

Aku berkenalan dengan seorang wanita..dia takde 'pantang' dengan perkataan goodbye / bye..kire bagus la..

Sepanjang 5 or 6 bulan berkawan tu ok la..best jugak..ye lah ade teman berbual..ade orang amik berat..tanye kita dah makan ke belum..something like that..

But suddenly,tiba2 macam renggang je..mula2 kurang anta msg..pastu call pun seminggu sekali..pastu tiba2 senyap je..pasti terus hilang..

Mungkin dia amalkan sistem 'tak perlu bagitau,nanti paham sendiri'..

-------

Sumber kisah 1 : lelaki x

Sumber kisah 2 : lelaki y

p/s : identiti sumber terpaksa dirahsiakan bagi menjaga sensitiviti & adab berkawan..

-ridzuanroslan-


Angin bukit bersoalan

"riz,berapa lama dah kita kawan?"..

Soalan yang tiba2 ditanya seakan2 menduga..hariz diam seketika..

"kurang lebih 9 tahun babe..nape?"..

"owh..macam mane ko bole nak kawan dgn aku riz?"..

"Hmm..ntah..sebab aku berkenan tengok ko agaknye..ko ingat lagi first time aku nampak ko?"..

"hmm..ingat2 lupa..cer ko citer"..

"ok..macam nie..mase tu kita form 1..aku x banyak kawan..budak2 asrama pun aku x kenal abis..aku first time jumpe ko depan2 mase kat dewan makan..waktu lunch..kot?"..

"aah..waktu lunch..aku ingat waktu tu"..

"haa..lepas aku amik lauk je,nak cedok air,ko pun datang..pastu ko hulur cawan..pastu aku cedok air..tu r first time aku nampak ko depan2..sebelum tu tengok dari jauh je..hehhehe"..

"mengada..aku mase zaman sekolah cantik tak?"..

Manjanya lydia hanya hariz yg tau..memang seronok agaknya cerita pasal kenangan dulu2..

"kita semua selekeh waktu sekolah"..

"alaaaa..aku tanye aku dulu cantik tak?"..

"sampai sekarang cantik"..

"yeah..hariz puji aku..lihatlah duniaa!!..hahha"..

"jangan perasan sangat..nanti tua semua kedut2"..

"riz,kat diri aku nie,ape yang ko paling akan ingat?"..

Hariz diam..saja diam..

"riz!!..dengar tak?..ape yg kat diri aku nie yang ko akan ingat?"..

"hmm..mata,hidung & mulut"..

"hah??..sebab?"..

"Mata ko jujur..hidung ko cantik..and senyuman ko manis"..

"hehhe..ok..hmm..riz,kenape ko suka kawan dengan aku?"..

"aku ade cakap aku suke kawan dengan ko ke?"..

"bengong r die nie!!!..alaaa..cakap r..nape ko suka kawan dengan aku?"..

"Sebab ko lain..ko special..eyh aku nak tanya satu soalan boleh?"..

"haa..tanye lah"..

"nape banyak betul soalan ko tanye aku arinie?"..

"alaaa...dah r malas r tanye lagi"..

Mereka berdua senyap..angin bertiup lembut..lalang menari mengikuti irama alam..sepetang dikaki bukit yang mendamaikan..

-ridzuanroslan-

Tak perlu paham.

"kau suka tengok movie?"..

"ya..tapi x semua filem aku boleh layan..aku suka genre yg ringan2 je..aku suka cerita cinta"...

"owh..kenapa cerita cinta?"..

"sebab..hmm..sebab indah..dalam filem begitulah"..

"hmm..maksud kau?"..

"Cinta nie..kehadiran die kita tak nampak..tapi kita rasa..ibarat macam kuasa mistik r"..

"owhh..susah aku nak paham"..

"xperlu paham pun takpe"..

-ridzuanroslan-

Friday, 14 June 2013

Ah moi cash converter

Aku menyusuri laluan pejalan kaki pasaraya Giant Plentong..dari kawasan parkir ke bahagian dalam pasaraya..orang x berapa ramai..almaklum hari bekerja..

Dalam perjalanan,aku berselisih dengan seorang ah moi..cantik..berambut tocang,colour rambut ade highlight2 sikit warna coklat..waktu berselisih tu,ah moi tu tengah berbual dalam telefon..

Selesai urusan aku,aku pun jalan2 cuci mata..tengok contact lens,tengok orang jual periuk,tengok binatang..macam2 aku tengok..last sekali dah rase boring,aku pun ambik keputusan utk balik..

Bersebelah kawasan parkir tu ade kedai jual barang2 second hand..kedai cash converter name die..kedai tu amik barang2 second hand,then jual balik..barang kat situ boleh tahan baek & murah..tapi nak kena pandai pilih..

So aku pun masuk kedai tu..masuk je,mata aku terus terpandang disudut hujung kedai..ah moi yg selisih dengan aku tadi rupa2nya keje kat kedai nie..aku pun buat2 pusing tengok barang..aku ke belakang kedai..eyh,hilang pulak ah moi nie..cari punya cari,dia ade kat depan pulak..so aku pun kedepan..

"ye bang,cari ape?"..

Ah moi tu agaknye tengok aku kehulu kehilir,terus die tanye..

"ehh..hmm..haaa..troli ade?"..

Akibat terkejut disergah dek ah moi,keluar jawapan spontan..entah ape yg ade dalam kepale otak aku,tibe2 keluar troli pulak..

"abang nak troli untuk beli barang ke?..sini xpakai troli..bakul ade depan sana"..

"eyh,bukan..saya nak cari troli untuk bawak pergi pasar"..

Lagi satu statement bodoh keluar dari mulut..troli pergi pasar pulak...jahanam aku..merah muka aku tahan gelak..

"hmm..troli pasar eyh..rase macam ade kat belakang tu..meh ikot saya"..

Ah moi tu bawak aku gi belakang kedai..diperhati satu persatu barang kat kedai tu..susah agaknye nk cari troli pasar..hehhee..

"ah moi,u orang sini?"..

Cheh..da nak jumpe troli,mule r tanye soalan lain..

"eyh tak lah..i orang ipoh..ramai orang ingat i melayu sebab i fasih cakap melayu"..

Ah moi tu jawab sambil senyum..cair aku..cair..

"Aah..betul..u cakap melayu lancar"..

"haa..bang,nie ha troli"..

At last jumpe jugak troli setelah penat terbongkok2 cari troli..

"owh..haa..ok2..bagus jugak en boleh lipat2"..

Aku buat2 minat r dengan troli tu..konon2 canggih r troli tu..padahal troli biase je..

"senang bawak pergi pasar..abis pakai boleh lipat"..

Rase bersalah aku..nak senyum balik pun rase berat..bila masa pulak aku gi pasar..ehhehe..

"ok takpe moi, u simpan dulu troli nie..if i betul2 nak beli i datang sini lagi"..

"ok bang..boleh"..

Setelah aku balas senyum buat kali terakhir,aku pun blah dari kedai tu..

Ah moi.. oh ah moi..
Nama kau pun aku xsempat tanya..
Bodoh piang betul..
Ahh..nama kau, ah moi cash converter..:)

-ridzuanroslan-

Friday, 7 June 2013

Alahai Faiz..

Ini kisah seorang budak kecil..
Faiz rosli namanya..
Dia tinggal di Bukit Batok,Temasek..
Dia anak kedua dari dua adik beradik..
Bapanya bernama rosli,bondanya bernama maznah..

Sejak dari kecil rambut faiz dibiarkan panjang..
Bahana ranggi bapanya mungkin..
Pun begitu,rambutnya kemas..

Faiz nie,perilakunya seorang yang comel..
Dia periang..
Suka berlari..
Suka akan kompang & seni silat..
Juga pandai bermain bola sepak..
Juga bahana darah bola bapanya mungkin..

Pada suatu hari,bonda faiz memberitahunya bahawa musim sekolah kian hampir..
Faiz akan memulakan sekolah darjah 1 tak lama lagi..
Ini bermakna,rambut faiz harus dipotong pendek..
Budak darjah 1 a.k.a 'sekolah betul-betul' tak benarkan pelajar lelaki berambut panjang..

Maka,sesi dialog pemotongan rambut bermula..

Bonda : faiz,sekolah dah nak start tau..u dah nak kena masuk primary 1..

Faiz : haa..ok..

Bonda : so u nak kena potong rambut tau..

Faiz : hah???..but why??

Bonda : sekolah mana boleh rambut panjang..

Faiz : abis tu cik rauf sekolah boleh rambut panjang?

Bonda : cik rauf dah sekolah pat university..

Faiz : haa..kalau macam tu u hantar i masuk sekolah university lah....

Bonda tak mampu tahan gelak..bonda tak jadi nak tanya lebih-lebih..

Alahai faiz....faiz..

-ridzuanroslan-

Thursday, 6 June 2013

Perahsia

Handphone Lydia berbunyi.

1 new message.

Babe,aku ade masalah r..lepak dgn aku ptg nie?

"masalah ape nie?..xpernah2 macam nie"..bisik hatinya

Ok..pukul 5 amik aku kat umah..

Mesej dibalas..

---

Tepat jam 5ptg, hariz sudah terpacak didepan pagar rumah lydia..kedatangan disambut meriah oleh lily,anjing peliharaan lydia..

"wehhh..kejappp!!!..tengah pakai baju!!!!"..

Lydia terpekik2 dari biliknya ditingkat 2 rumah teres itu..hariz faham benar perangai lydia..kalau nak keluar,bersiap memang berjam2..yang dipakainya,tshirt & jeans jugak..

Tekaan hariz tepat..lydia hanya bersarungkan tshirt hitam & jeans biru gelap..

"Riz,tengok nie"..

Lydia menuding jari kearah kakinya yang bersarungkan kasut converse warna purple sambil terlompat2 macam budak kecik..

"nice..baru beli ke?"..

Hariz mengukir senyum sambil kening terangkat..

"aah..ko punye tunggu birthday nanti"..

Mereka memang pencinta kasut converse..almost every year,mereka akan beli kasut converse sebagai hadiah birthday..

"weh dah lah jom jom..gi port biasa"..

Lydia menarik tangan hariz masuk ke dalam kereta..

"tak bawak lily sekali?"..

"kang aku bawak die susah..ko nak kena samak lah ape lah"..

"owh..ok"..

Tak banyak benda yang mereka bualkan sepanjang dalam kereta..
Lydia tau hariz ada masalah..
Hanya kedengaran hanyalah kompilasi lagu-lagu bob dylan,iwan fals,john lennon dan lain-lain..

"nak kacang tak?"..

"tak payah..air je cukup"..

Mereka singgah kedai 7eleven untuk beli 'jajan'..

Seperti biasa,mereka akan ke tepi pantai..duduk nak tengok sunset..

Beralaskan tikar,mereka duduk berdua..jam sudah hampir pukul 6.30ptg..

"hmm..hariz"..

"emm..ape?"..

"cerita la..ko ade masalah eyh?"..

"hmm..aah..ade"..

"haa..cerita la..mana tau aku boleh tolong..masalah ape riz?"..

"hmm..rahsia"..

"hah?..nape rahsia pulak?..dah tu kenapa tiba2 ajak aku gi sini?"..

"saje"..

Hariz senyum..namun mata tak pandang ke arah lydia..dipandangnya laut yang semakin jingga..

"weh..cakap la..ko ade masalah ape"..

"rahsia"..

"eee..die nie!...mengada tau..buat suspen je"..

"ko tak payah tolong aku settlekan masalah..ko teman aku dok sini pun dah ok"..

Hariz senyum,kali ini memandang lydia..namun mata hariz sedikit berkaca..

"Chup"

Dengan spontan,satu kucupan singgah dipipi kiri hariz..kucupan yang tak disangka2..kucupan yang spontan..

Hariz terkesima..seperti tergamam..

Lydia merapatkan diri hampir dengan hariz..kepalanya diletakkan dibahu hariz..tangan kiri hariz disilangkan kebelakangnya..

Masing-masing diam..yang kedengaran hanya hembusan nafas mereka dan deruan ombak memukul pantai..

"sometimes in our lives..we all have pain..we all have sorrow"..

Sambil menyanyi,lydia memalingkan kepala memandang hariz..diukir sedikit senyuman kepada hariz..

"but,if we are wise..we know that there's always tomorrow"..

Hariz sambung rangkap seterusnya..hariz tau sangat lagu bill withers tu..

Mereka nyanyi rangkap seterusnya bersama..mereka gelak..
Laut yang jinggan semakin gelap..
Jam dah menunjukkan pukul 7.45mlm..

"jom balik..aku lapar lah..kita gi medan selera tepian tebrau jom?..pekena ketam goreng & ikan bakar"..

"jom!..yeay hariz baik..die nak belanja makan ketam"..

Saat mereka bangun,hariz memandang lydia..mereka berdiri bertentangan..tangan hariz pegang kedua bahu lydia..

"babe,thanks teman aku"..

Lantas dirapatkan badan lydia lalu dipeluk erat susuk kecil itu..

"ko jangan nak berahsia sangat..aku tau ko ade masalah..muka ko tu aku kenal sangat riz"..

Dileraikan pelukannya..dilihat lydia mengesat air mata..

"kenapa ko nangis babe?"..

"kalau ko ade masalah,aku sedih!..dah!..dah jangan tengok..aku malu!
Shuuuhhh..shuhhh..gi sana!"..

Tergelak2 lydia mengesat air mata..

"k jom gi makan"..

Mereka beredar kembali ke kereta sambil berpegangan tangan..

Sebaik menghampiri kereta,lydia berhenti..ditenung muka hariz dalam2..

"riz,kita nie apa?"..

"hmm..entah"..

"hmm..okay"..

-----tamat-----

-ridzuanroslan-