Friday, 4 October 2013

Nasi briyani.

Cuba bayangkan.
Anda kini berada dikedai makan.
Hari jumaat.
Anda lapar.
Masuk sahaja kedai itu,mata anda terpaku melihat sajian istimewa hari jumaat.
Nasi briyani.
Ya,nasi briyani.
Anda perhatikan satu persatu lauk nasi briyani tu.
Kambing masak briyani.
Lembu masak briyani.
Ayam masak merah.
Dan,semestinya nasi briyani.
Ya,nasi briyani.
Setelah melihat-lihat,anda ambil tempat duduk.
Kemudian anda bangun lagi,tengok lagi lauk2 tu.
Kemudia anda duduk semula.
Merenung keluar kedai.
Anda nekad,bangun sekali lagi.

"ya dik,nak makan nasi briyani?"..

"hmm..nasi briyani ayam berapa ringgit cik?"..

"briyani ayam rm7"..

"briyani kambing?"..

"briyani kambing rm9..awk nak yang mana?"..

Makcik tersebut dah ambil pinggan & ready untuk cedok nasi..

"hmm..makcik,bagi saya roti kosong aje lah..roti kosong dua,banjir ye..kuah kari ayam..haaa air suam satu"..

Anda kembali duduk dimeja..

Terdetik dalam hati,
"takpelah,nasi briyani makan lain kali..aku tak banyak duit nie..makan asalkan kenyang sudahlah"..

Makanan yang dipesan sampai..didepan anda ada dua keping roti canai,kuah kari + leher ayam..

Sambil anda makan,anda ternampak orang meja sebelah makan nasi briyani,dia memandang anda,anda senyum.
Kemudia orang tu berhenti makan..sudah kenyang barangkali..

Anda tenung pinggan diatas meja orang tu..sambil berkata dalam hati
"Banyaknya duit kau..makan pun tak habis..dah lah mahal nasi tu"..

Anda sambung makan roti canai sambil fikiran anda masih terbanyangkan nasi briyani.

-unknown-

----------

-ridzuanroslan-

No comments:

Post a Comment