Friday, 7 June 2013

Alahai Faiz..

Ini kisah seorang budak kecil..
Faiz rosli namanya..
Dia tinggal di Bukit Batok,Temasek..
Dia anak kedua dari dua adik beradik..
Bapanya bernama rosli,bondanya bernama maznah..

Sejak dari kecil rambut faiz dibiarkan panjang..
Bahana ranggi bapanya mungkin..
Pun begitu,rambutnya kemas..

Faiz nie,perilakunya seorang yang comel..
Dia periang..
Suka berlari..
Suka akan kompang & seni silat..
Juga pandai bermain bola sepak..
Juga bahana darah bola bapanya mungkin..

Pada suatu hari,bonda faiz memberitahunya bahawa musim sekolah kian hampir..
Faiz akan memulakan sekolah darjah 1 tak lama lagi..
Ini bermakna,rambut faiz harus dipotong pendek..
Budak darjah 1 a.k.a 'sekolah betul-betul' tak benarkan pelajar lelaki berambut panjang..

Maka,sesi dialog pemotongan rambut bermula..

Bonda : faiz,sekolah dah nak start tau..u dah nak kena masuk primary 1..

Faiz : haa..ok..

Bonda : so u nak kena potong rambut tau..

Faiz : hah???..but why??

Bonda : sekolah mana boleh rambut panjang..

Faiz : abis tu cik rauf sekolah boleh rambut panjang?

Bonda : cik rauf dah sekolah pat university..

Faiz : haa..kalau macam tu u hantar i masuk sekolah university lah....

Bonda tak mampu tahan gelak..bonda tak jadi nak tanya lebih-lebih..

Alahai faiz....faiz..

-ridzuanroslan-

No comments:

Post a Comment