Masih segar dalam ingatan.
Bangkit dari tidur pagi tadi.
Sudah lama aku tak didatangi mimpi.
Didalam mimpi itu aku pergi ke sebuah kedai kopi.
Sambil berjalan kearah kaunter,aku perhatikan wajah pelayan dikaunter itu.
Ya.
Aku kenal wajah itu.
Dia sahabatku.
Sesampai sahaja dikaunter,aku agak keriangan.
Sambil senyum dan melambai,aku katakan ''hey''.
Dia berdiri kurang 3 kaki dariku.
Dia diam.aku kaget.
Tak kenalkah dia padaku??
Aku biarkan.mungkin dia tak perasankan aku.
Aku kembali ke arah kaunter,aku tanggalkan topi hitam yang melilit kepalaku..
Aku katakan ''hey ini akulah,panda!''
Dia masih diam..diam seperti pelik memandangku.
Ahh sial..bentak hatiku..bajingan apakah ini?
Untuk kali ketiga & terakhir,aku katakan "hey,nie akulah!!..kau tak kenal ke?"..
"tak"..jawabnya ringkas.
Kau kejam.
-----
Aku terjaga dari tidur.
Bangkit tidur dengan perasaan yang berkecamuk.
Lagu yang dimainkan di handphone masih berbunyi.
Seperti faham,lagu yang dimainkan ketika itu adalah lagu 'wake me up when september ends'
------
Aku adalah seorang lelaki yang mengambil berat tentang mimpi.
Ya.
Aku seorang pemimpi.
-ridzuanroslan-
No comments:
Post a Comment