Wednesday, 6 March 2013

Sekali hidup

Kalau suka..
Cakap..
Jangan simpan simpan..
Nanti kau penat..
Jiwa kau penat..
Luah..
Walau luahan itu membunuhmu,biarkan..
Walau luka itu amat dalam,percayalah..
Ia tetap akan sembuh..

Kalau benci..
Cakap..
Jangan maen blah je..
Tinggalkan tergantung..
Tak elok..
Nanti kau penat..
Penat berpura pura..
Biar orang yang kau benci tu tahu kau benci..
Terus terang biar terang terus.

Kalau yang dua ini pun susah bagi kita,
Jangan mengaku jadi manusia.
Manusia nie konon2 menjaga hati..
Padahal dari menjaga hati tu,pelbagai taik yang dibuat..
Akibat nak jaga hati,kena jadi pembohong,pendusta,pelakon..jadi lagi taik..

Kita kena jaga hati sendiri dulu..
Baru jaga hati orang..
Asyik jaga hati orang,hati kita siapa nak jaga?
Fynn kata begitu..
Tapi itu bukan dari pandangan fynn saja..
Semua orang tahu..tapi tak nak mengaku..

Jujur pun biar bertempat..jangan istilah jujur itu melampaui istilah sopan..
Perlu jujur,namun bersopan..
Jangankan nak berjujur,kau berkurang ajar..
Ya.
Aku jenis yang begitu..
Kerana itu aku menulis..
Agar aku tak lupa..

Kalau suka kata.
Kalau benci bilang.
Jujur kata--
Ya.
Aku suka.

Hidup ini sekali saja bukan?

-ridzuanroslan-

No comments:

Post a Comment