Saturday, 2 March 2013

Jengkel

Sakitnya hati bila melihat sekeliling..
Manusia manusia ini..
Zaman ini..
Kadang kala semakin menjengkelkan..

Kencing tak reti siram..
Sekadar contoh..
Jijik bukan?
Ia semua disekeliling kita..

Bermegah2 dgn harta yg dimiliki..
Sedang aku tahu itu semua dari ayah bondamu..
Kau?
Cawat juga diberi wang baru dibeli.
Malu..
Sungguh aku malu dengan orang2 sebegini..

Renungkan seketika..
Sewaktu kau mahu tunjukkan kepada rakan2 kasut baru,ekzos kereta baru,makan restoran mahal,beli belah tak ingat dunia--
Renung seketika mata orang2 sekelilingmu..
Berapa ramai diantara mereka hanya mampu pakai baju seluar bundle..
Berapa ramai diantara mereka sekadar makan roti canai & air kosong kerana tak ada duit..

Renung mata mereka..
Mereka cemburu tahu?
Mereka juga kepingin hidup seperti kamu..
Keluarga mereka tak mampu pergi bercuti ke luar negara..
Keluarga mereka tidak seberada keluarga kamu..
Mungkin paling hebat pun si ayah akan membawa anak2 berkelah di tepi pantai awam..

Ya.
Ini suratan..
"adat lah..keluarga aku kaya..nak buat macam mana?..dah nasib aku jadi anak orang kaya"..
Bro..
Bullshit bro..bullshit..

Terpulanglah..
Ini semua hak masing2..
Benci meluat aku pun,xmampu mengubah apa2..
Aku sekadar pembenci..
Benci pada puak2 jengkel sepertimu..

-ridzuanroslan-

No comments:

Post a Comment