Tuesday, 26 March 2013

Jangan halang mimpi aku.

Mimpi ternyata lebih indah dari realiti..
Semua yang kita mahukan,
Kita boleh dapat dalam mimpi..
Inginkan syurga sekalipun,bisa dapat jika dalam mimpi..

Realiti tak seperti mimpi..
Jika mimpi kau diberi madu,
Realitinya kau diberi cuka..
Jika mimpinya kau diberi syurga,realitinya mungkin neraka bagimu..

Tapi nak x nak,realiti lah hidup kita..
Cuka & neraka yang buat hati kita jadi kuat & tak manja..

Tapi,siapa bole halang kita dari bermimpi?

-ridzuanroslan-

Monday, 18 March 2013

Jujur.

Jangan sakitkan hati orang,
Jangan sakitkan hati sendiri.

Bagaimana mahu tidak menyakiti & disakiti?

Berlaku jujur.

Kita x perlu berdalih,berlakon,berselindung untuk menjaga hati orang..
Cukup sekadar kita jujur dengan orang itu,cukup..

Bila kita jujur dengan orang lain,bermakna kita jujur dengan diri sendiri.

Walaupun kadangkala kejujuran itu menyakitkan,biarkan..
Biar sakit dulu dari disakitkan..

Kita nie dah terlalu banyak menipu..
Tipu kawan,tipu bos,tipu cikgu,tipu mak bapak..

Kadang2 kucing mintak makan kat kita pun kita tipu..
"shuhhhhh..kacau je kucing nie..mana ada makanan sini"..
Padahal waktu tu kita tgh makan ayam goreng kat restoran mamak..

Kadang2 kawan ajak keluar pun kita tipu..
"wan jom keluar..aku ade masalah r..ade benda nak share sikit"..
Mesej dihantar melalui whatsapp..mesej dibaca..
Esoknya kemudian baru reply..
"Geng,sorry geng..aku tertidur semalam"..
Kita tipu kawan kita..padahal kawan kita tu nampak kita online smpai pukul 3pagi..

Kita dah terlalu banyak menipu.
Apa kata sehari dalam hidup,kita jujur..
Kalau tak mampu jujur kat semua orang,
Cuba jujur kat orang2 yang kita sayang..
Kalau tak mampu jugak,cuba jujur dengan diri sendiri..
Kalau tak mampu jugak,lebih baik mati.

-ridzuanroslan-

Thursday, 14 March 2013

Seksi ke?

Lelaki mana yg x suke perempuan seksi?
Lelaki gay?
Ya..itu mungkin..
Sebab mata dorang lg selera kat laki dr selera kat pompan..

So..hmm..seksi eyh..
Seksi tu mcm mane?
Menurut kamus,seksi tu bermaksud membangkitkan nafsu syahwat,memberahikan,mengiurkan & mengghairahkan..
So,kalau dedah sana dedah sini tu seksi ke?
----

Ada satu cerita..

Tadi kereta aku rosak..
So aku pegi bengkel..
Da siap sume,so aku pun nak bayar bil r..
Kat kaunter tu yg jage pompan..
Manis je muke die..
Rambut lurus paras bahu..
Aku perhati atas bawah atas bawah,nampak ok..
Tapi ade 1 yg x ok..
Baju die..die pakai baju agak terdedah dibahagian dada..
Die pun mesti tau dada die tu padat..

So mase aku nak bayar tu,si pompan nie bangun..
Siapkan resit ape sume r..
Jd die pun membongkok2kan badan..dua tiga kali die buat..
Aku tau die sengaja..
Aku tau sangat..

Selesai aku amik resit,aku senyum..
Aku cakap "terima kasih"..

-------

Aku x melihat bukaan2 @ dedahan2 bahagian badan tu seksi..
Contoh,perempuan pakai bikini..
Bila berbikini,90% dr anggota badan wanita didedahkan..
Tapi lelaki tetap nak yg 10% tu..yg dah terdedah 90% tu kami x kesah pun..
Nampak?
Seksi tu bukan dibukak2 @ didedah2..
Benda yg selalu terdedah nie,selalu kena hinggap dgn lalat & selalu cepat basi..:)

Ciri2 perempuan seksi bagi aku :
-pakai baju kurung.kain sutera.xketat,xlonggar,rambut jgn ikat.
-tshirt,skirt labuh,rambut jgn ikat.
-kemeja kotak2,jeans,kasut converse.
-pakai ape pun x kesa,asalkan selalu senyum
-maya karin,yuna,fauziah ahmad daud (mase die muda),wardina,irma hasmie,bjork,amylee.

Itu seksi bagi aku.
Dedah2?
Aku ucap "terima kasih"..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"terima kasih sebab belanja"..

-ridzuanroslan-

Friday, 8 March 2013

Kau wanita

Kau.
Kau dicipta seakan mengerti menjadi pendamping.
Disetiap ketua,wira,pahlawan atau insan insan hebat--
Disetiap pada mereka pasti ada kau.

Kau.
Pendorong utama kehidupan mereka.
Setia bersama saat sukar.
Meneman memujuk memberi perangsang.
Untuk hati hati mereka yang keruan.

Kau.
Sentiasa dipuja.
Dipuja puja dichenta kadang sampai kecewa.
Namun kau tetap dipuja.
Walau masih berdarah luka yang lama.

Kau.
Lemah namun kuat.
Rapuh tapi liat.
Menunduk namun hebat.
Menangis tanda kekuasaan--
Membalut luka mimpi ngerimu.

Terima kasih tuhan.
Atas penciptaanMu yang ini.
Kau yang diberi nama, wanita.

-------------

Segunung penghargaan aku ucapkan kepada wanita2 kesayangan yang sentiasa berada disisi--
Yang aku namakan kesayangan itu tidak ramai..
Namun,semuanya hebat.

Katalis aku.
Sayang aku.

Selamat Hari Wanita.

-ridzuanroslan-

Wednesday, 6 March 2013

Sekali hidup

Kalau suka..
Cakap..
Jangan simpan simpan..
Nanti kau penat..
Jiwa kau penat..
Luah..
Walau luahan itu membunuhmu,biarkan..
Walau luka itu amat dalam,percayalah..
Ia tetap akan sembuh..

Kalau benci..
Cakap..
Jangan maen blah je..
Tinggalkan tergantung..
Tak elok..
Nanti kau penat..
Penat berpura pura..
Biar orang yang kau benci tu tahu kau benci..
Terus terang biar terang terus.

Kalau yang dua ini pun susah bagi kita,
Jangan mengaku jadi manusia.
Manusia nie konon2 menjaga hati..
Padahal dari menjaga hati tu,pelbagai taik yang dibuat..
Akibat nak jaga hati,kena jadi pembohong,pendusta,pelakon..jadi lagi taik..

Kita kena jaga hati sendiri dulu..
Baru jaga hati orang..
Asyik jaga hati orang,hati kita siapa nak jaga?
Fynn kata begitu..
Tapi itu bukan dari pandangan fynn saja..
Semua orang tahu..tapi tak nak mengaku..

Jujur pun biar bertempat..jangan istilah jujur itu melampaui istilah sopan..
Perlu jujur,namun bersopan..
Jangankan nak berjujur,kau berkurang ajar..
Ya.
Aku jenis yang begitu..
Kerana itu aku menulis..
Agar aku tak lupa..

Kalau suka kata.
Kalau benci bilang.
Jujur kata--
Ya.
Aku suka.

Hidup ini sekali saja bukan?

-ridzuanroslan-

Sunday, 3 March 2013

Mieta

Tadi malam aku keluar..
Lepak dengan teman2..
Kadang2,bila tak ada sesiapa,aku akan keluar cari kawan2..lepak..bual2..gurau--
Bila tak ada sesiapa.

*diam*

Lalu tadi aku pergi ke pasar karat..
Tak lebih seperti pasar malam..
Cuma asalnya nama pasar karat tu menjual barang2 yg rare..barang2 vintage..barang2 bundle..klasik & etc..
Kedai barang2 lama masih ada..
Namun ditenggelami oleh kedai2 barang 'mainstream'..

Sepanjang berjalan melilau2 tanpa arah,macam2 gelagat manusia aku perhatikan..

Ada si peniaga char kuey tiaw..dicelah2 dapur masak,tempat letak bawang,sayur & rencah,ada kelibat anak kecil tidur nyenyak..
Aku panjatkan doa agar malaikat sentiasa memayungi anak kecil itu..

Ada brader lingkungan 30an,duduk tepi pokok,sambil tune gitar..
Mungkin ada 'show' agaknya..

Tak kurang pakcik makcik berkaraoke terpekik terlolong menyanyi lagu dangdut & lagu pop yeh yeh..
Nampak seakan mereka sedang melepaskan tekanan..

Syukurlah ada pasar karat..

*diam*

Tadi,aku duduk makan semeja dengan seorang perempuan..
Jika dilihat dari luaran,manis..cukup manis..
Sangat cantik..(xpercaya?..bukak instagram aku..ade gamba die)

Jika dilihat perwatakkan die,pasti aku tak tau die nie sangat hebat..
Aku difahamkan,mak & ayah die x berapa sihat..
Masa zaman sekolah,rutin harian perempuan nie sangat2 gile..
Pagi die akan bangun pukul 5..
Masak sarapan,mandi,solat..
Mandikan & siap2kan mak die..(mak die sakit)
Pastu pergi sekolah..
Balik sekolah,mandi,siap2,masak utk mak ayah die,pastu gi tolong org meniaga..
Sebab die kena sara keluarga..
Balik lewat malam,pastu tido,pastu ulang balik rutin yg sama setiap hari..

*diam*

Dalam usia belasan tahun,die da cari duit utk sara keluarga..
Hebat..
Kini,die keje butik levi's & butik cotton on..
Butik cotton on tu part time..

"ko sekarang keje ok?"..aku tanye die..
"ok..hmm..boleh lah"..jawabnye ringkas..
"ko keje seminggu straight?"..aku tanya lagi..
"aah..aku keje 7hari seminggu..xde cuti"..diukirkan senyuman selepas jawapan..

Mendengar jawapan die,buat aku tarik nafas panjang..
Buat aku xnak tanye lagi..
Aku cuma bole mendoakan agar die selamat & dilimpahkan kasih sayang & dilindungi tuhan setiap masa..

Perempuan hebat itu bernama
Sasmieta pabria.
Dipanggil mieta.
Nama yg unik,peribadi hebat.
Cuma malangnya..
Mieta nie..my bestfriend's girlfriend.
The end.

-ridzuanroslan-

Saturday, 2 March 2013

Doa dari jauh.

Zaman ini zaman perang..
Zaman bertempur..
Zaman berbalah..
Bersaing merebut kuasa..
Negara,bangsa,agama--
Semua tergadai..

Malaysiaku..
Dahulunya tenang bertukar tegang..
Dahulunya diam kini menentang..
Inginkan kebebasan..
Inginkan perubahan..
Inginkan ketulusan--
Katanya..

Dahulu,kami boleh kongsi sebungkus nasi makan bersama..
Kini tidak lagi..
Fahaman kami berbeza..
Pegangan kami berbeza..
Kami kononnya terus bersatu namun tidak bersatu..

Doa kami bermusim..
Dulu gaza direntap..
Kami berdoa siang malam..
Semuanya untuk gaza..
Kini?
Tidak lagi bukan?
Kita tidak lagi mendoakan bumi ini agar aman..
Lantas kita pula ditimpa musibah..

Situasi di sabah..
Situasi kerajaan sultan sulu..
Sebenarnya mengajar kita..
Untuk sentiasa mendoakan keamanan..
Darah yang tumpah itu saudara kita..
Mungkin kita berbeza fahaman & pegangan..
Namun,bersamalah mendoakan kesejahteraan..

-ridzuanroslan-

Jengkel

Sakitnya hati bila melihat sekeliling..
Manusia manusia ini..
Zaman ini..
Kadang kala semakin menjengkelkan..

Kencing tak reti siram..
Sekadar contoh..
Jijik bukan?
Ia semua disekeliling kita..

Bermegah2 dgn harta yg dimiliki..
Sedang aku tahu itu semua dari ayah bondamu..
Kau?
Cawat juga diberi wang baru dibeli.
Malu..
Sungguh aku malu dengan orang2 sebegini..

Renungkan seketika..
Sewaktu kau mahu tunjukkan kepada rakan2 kasut baru,ekzos kereta baru,makan restoran mahal,beli belah tak ingat dunia--
Renung seketika mata orang2 sekelilingmu..
Berapa ramai diantara mereka hanya mampu pakai baju seluar bundle..
Berapa ramai diantara mereka sekadar makan roti canai & air kosong kerana tak ada duit..

Renung mata mereka..
Mereka cemburu tahu?
Mereka juga kepingin hidup seperti kamu..
Keluarga mereka tak mampu pergi bercuti ke luar negara..
Keluarga mereka tidak seberada keluarga kamu..
Mungkin paling hebat pun si ayah akan membawa anak2 berkelah di tepi pantai awam..

Ya.
Ini suratan..
"adat lah..keluarga aku kaya..nak buat macam mana?..dah nasib aku jadi anak orang kaya"..
Bro..
Bullshit bro..bullshit..

Terpulanglah..
Ini semua hak masing2..
Benci meluat aku pun,xmampu mengubah apa2..
Aku sekadar pembenci..
Benci pada puak2 jengkel sepertimu..

-ridzuanroslan-

Friday, 1 March 2013

Tabik spring.

Cerita dibawah mengandungi unsur2 cerita dewasa..sebelum meneruskan pembacaan,pastikan anda berusia 18 tahun keatas..

"Kalau dah harimau tu,harimau jugak"..

Usai memberi taklimat rutin / toolbox talk pagi tu,aku mendapatkan hafiz & haiqal..dua orang rakan baikku..kami kurang lebih sebaya..
Banyak topik kami bualkan pagi itu..
Cerita pasal kerja,hobi,exam, sampailah ke tahap gurau "menganjing2"..
Kami selesa begitu..
Gurau kasar setiap pagi umpama "salam sayang"..wajib dibuat..

Sedang rancak berbual,kami didatangi oleh malik(bukan nama sebenar).
Malik nie client bagi projek tempat kami kerja..
Malik nie dah lama kerja safety bidang oil&gas..
Umur lingkungan 40an..
Asalnya malik nie dulu komando tentera laut..
Kemudian pencen awal,buat kerja safety..

Malik mencelah + join perbualan kami..
Topic masa tu yg kami sedang bincang ialah pasal perempuan..
Ya,kami gosip pasal perempuan pagi2 hari..

Malik memulakan cerita..
"ko citer pasal pompan eyh..alaaaa...pompan nie,insan yg lemah..serius aku cakap..aku dulu penah keluar lepak dgn budak umur 18..aku korang tau je lah..haha..
Masuk kandang kambing,mengembek..
Masuk kandang harimau,mengaum..
Aku saje2 buat citer aku dgn pompan nie lah,dgn pompan tu lah..saje aku pancing..
Si budak 18 tahun nie pun,citer jugak itu ini..haaa,senang je dah kantoi!!!"..

"Die nie memang buaya"..aku mencelah

"sabar dulu..aku belum habis"..malik sambung bercerita..

"ko nak tau,si pompan tu rupa2nye mase dok asrama lagi da hilang dara..aku korek2 rahsia,rupanya2 die dulu kena settle bawah tangga asrama gua cakap lu bro!!!..hebat x hebat??"..

Kami jantan 3 ekor mendengar dengan penuh minat..

"aku pun da tau pompan tu mcm tu,aku ape lagi..ibarat harimau da mengaum,aku pun ikot sama mengaum..
Aku blanje die makan seafood..
Pastu lepas tu aku nak anta die balik..
Ko tau ape jadi lepas tu?..
Dia ajak aku masok umah die beb!!!!
Die ckp die da xtahan"..terpancar wajah buas & ala2 bangga malik bercerita..

"Aku pun layankan je r pompan nie..aku tau die mmg da syiok dgn aku..die ajak aku romen..mule2 tu gua cakap lu,mmg giler r..aku pun stim giler..tapi tengah2 syiok,aku teringat muka bini aku kat umah..terus aku rasa bersalah!!..spring yg asalnye tegang,terus lembik!!"..

Hahahhaa..bodoh bodoh bodoh..kami gelak sakan..

"Aku xtau r en..tapi balik2 umah je terus aku bgtau bini aku yg aku dating dgn budak"..
"bini aku pun ckp "sudah2 lah bang"..sejuk hati aku dengar bini aku cakap mcm tu..
Malik menutup kisah pasal "kehebatan" dia..

Jantan 3 ekor yg dari tadi syiok mendengar nie gelak sambil geleng2 kepala..
Malik mintak diri..
Kami si jantan 3 ekor sambung sikit lagi berbual..sebelum kami beredar..

Kisah malik nie,kami jadikan iktibar..
Malik nie,bini ade 2 org..muka baek..duit banyak..pangkat besar..pendek kata,perfect jugak r..

Kesimpulannya.
Lelaki.selagi spring masih berfungsi,selagi itulah taring ditunjuk.

-ridzuanroslan-