Thursday, 18 February 2016

Wahai anak.
Bapak ingin pesan kepadamu.
Ketahuilah akan kamu bahawa tuhan itu hanya satu.
Muhammad dan para rasul dan nabi kesemuanya adalah utusanNya.

Hormati orang tua.
Berlaku baiklah pada kanak-kanak.
Hiduplah kamu sebagai seorang yang punya pegangan dan cita-cita.

Hiduplah untuk membuat orang lain gembira.
Jadilah pendengar yang baik kepada sahabat-sahabatmu.
Jangan kau lupa doakan kedua ibu bapamu,keluarga,kaum kerabat,guru-guru dan semua kaum muslimin muslimat.

Satu pintaku lagi wahai anak.
Jika kamu membesar,janganlah membesar sebagai seorang yang gemuk.

-----------------

-ridzuanroslan-

No comments:

Post a Comment