Petang tadi aku bermimpi.
Kononnya dunia ini seperti mahu kiamat.
Petang yang cerah tiba2 bertukar mendung.
Aku yg ketika itu didalam rumah lagak biasa saja.
Kemudian aku terdengar keadaan riuh rendah diluar rumah.
Kelihatan orang lari bertempiaran.
Kedengaran bunyi seperti deruman enjin yang maha hebat.
Seperti deruman enjin motor kuasa besar.
Seperti deruman enjin kereta berkuasa turbo.
Aku lihat ke langit.
Ya Allah..apakah ini?
Aku lihat kurang lebih 5 biji sesuatu yg aku rasakan seperti kapal..atau mungkin juga persis piring terbang.
Ia sangat besar.
Sangat sangat besar.
Ia mampu meliputi cahaya matahari.
Membuatkan keadaan menjadi gelap & mendung.
Aku dengar orang menjerit "kiamat!....kiamat!...kiamat!.."
Aku terjaga dari tidur.
Aku berpeluh.
Aku cemas.
Aku ketakutan.
Namun,
Aku lega kerana ia hanya mimpi.
Telah diceritakan dalam Quran bahawa kiamat itu adalah kehancuran yg maha dasyat.
Tak mampu digambarkan oleh fikiran manusia.
Baru tadi imaginasi mimpi aku melintasi situasi kiamat,aku dah ketakutan.
Kalaulah betul2 terjadi kiamat.
Adakah aku sudah sedia?
Kita?
-ridzuanroslan-
No comments:
Post a Comment