Jika aku ditakdirkan untuk tidur dalam kesedihan,aku akan lakukan.
Jika aku ditakdirkan untuk merelakan,aku relakan.
Jika aku ditakdirkan untuk memerhatikan,aku kan perhatikan.
Kerana aku pejalan waktu.
Pejalan yang mencari makna derita untuk bahagia.
Pejalan yang tetap akan berjalan walau dihambat waktu.
Aku sedia menanti waktu itu.
Jika pun waktu itu bukan milikku,aku bahagia kerana derita.
Aku kini mengerti,mengapa insan berjiwa seni selalu membiarkan kesakitan memakan jiwa rohani.
Aku mengerti.
Terima kasih,untuk hadiah terindah ini.
-ridzuanroslan-
No comments:
Post a Comment