Sunday, 23 March 2014

Tapi.

Suatu hari ada seorang kawan beritahu aku..Laila(bukan nama sebenar)..katanya dia nak berhenti kejar cinta orang yg dia sayang..katanya semakin dia kejar,semakin makan diri.

Mencintai & dicintai jauh bezanya.
Mencintai orang itu memenatkan.
Dicintai orang itu mengasyikkan.

Jika anda jadi bahan rebutan,anda akan ada banyak pilihan.
Jika anda yang sibuk merebutkan,anda berada disimpang perjudian.

Tak lama kemudian,aku cari Laila.
Tak mampu untuk luahkan semua,aku cuma katakan "aku penat".."aku penat".."aku penat"..

Sehari sebelum itu,aku diberi amanah utk menjaga rahasia yg sememangnya aku sangat tak ingin utk tahu.
Namun semua sudah tertulis.
Aku tiada pilihan.

Aku penat.

-Ridzuanroslan-

Musuh yang azali.

Musuh yang azali

Hey sahabatku
Apakah kau pernah mengerti?
Akan siapa gerangan musuh musuh mu
Yang sering membelenggumu
Hey sahabatku
Apakah kau tak pernah sadar
Siapakah yang selalu pengaruhi langkah dan tingkah lakumu..

Usah kau tuding pada sesiapa.
Usah kau tuduhkan dia dia..
Mengertilah kamu bahawa musuhmu yang azali ada dalam dirimu sendiri.

Heeyyyy akulah dia
Yang mengaburimu dari jalanan surgaa
Yaaaaa akulah dia
Akulah yang bernama..
Nafsu...

Hey sahabatku
Didiklah hatimu
Hey sahabatku
Persiapkanlah jiwa ragamu
Sebelum ia menguasai,kamu.

-ridzuanroslan-

Sunday, 9 March 2014

Jika aku

Jika aku ditakdirkan untuk tidur dalam kesedihan,aku akan lakukan.
Jika aku ditakdirkan untuk merelakan,aku relakan.
Jika aku ditakdirkan untuk memerhatikan,aku kan perhatikan.

Kerana aku pejalan waktu.
Pejalan yang mencari makna derita untuk bahagia.
Pejalan yang tetap akan berjalan walau dihambat waktu.
Aku sedia menanti waktu itu.
Jika pun waktu itu bukan milikku,aku bahagia kerana derita.

Aku kini mengerti,mengapa insan berjiwa seni selalu membiarkan kesakitan memakan jiwa rohani.
Aku mengerti.
Terima kasih,untuk hadiah terindah ini.

-ridzuanroslan-