Wednesday, 16 October 2013

When i was your man

Aku dalam perjalanan untuk ke kedai cuci kereta..
Seperti biasa,dalam kereta aku selalu layan lite.fm
Lite.fm nie best sebab lagu2 dia..
Nak dijadikan cerita,tadi ada seorang pemanggil..nak mintak dj putarkan lagu..

Nama yg call tu Zul..dia nak tujukan lagu utk bekas kekasih dia,Dayana..
Diorang da couple 2 tahun,baru2 nie clash..
Lagu yg dia mintak lagu bruno marz,when i was your man.

"mesti zul nie tengah nangis dengar lagu nie"..bisik hati aku sebaik lagu diputar.

Lepas tu,aku terfikir lagi..

"Agaknya masa diorang bahagia dulu,zul layan lagu locked out of heaven kot?"..hahhaa

Zul...zul...satu malaysia tau ko clash dengan dayana..n satu malaysia tau ko nie jenis penyedih..
Dan mungkin juga,satu malaysia tau dayana tu suka menari kat party.

----

-ridzuanroslan-

Saturday, 12 October 2013

Rehab

Minggu ini,aku ingin menulis..banyak yang ingin aku kongsikan..entah apa dan dimana silapnya,semua yang bermain difikiran ini tak mampu aku terjemahkan..

Seperti kata2 yang kau tak mampu ucap,begitu juga perasaan aku..

Banyak yang aku ingin tulis dan perkatakan..
Namun hati aku memberontak bertanya "untuk apa?..untuk apa?..dan untuk apa?"..
Seorang penulis jika kau rampas pena dan kertasnya,dia mampu cari lain.
Namun jika hati dan jiwanya kau rampas,ia akan perlahan lahan mati lemas.

Namun aku harap,ia hanya luka biasa..
Yang biasa bisa akan sembuh..
Cuma waktu dan ketika bisa menentukan.

-ridzuanroslan-

Friday, 4 October 2013

Nasi briyani.

Cuba bayangkan.
Anda kini berada dikedai makan.
Hari jumaat.
Anda lapar.
Masuk sahaja kedai itu,mata anda terpaku melihat sajian istimewa hari jumaat.
Nasi briyani.
Ya,nasi briyani.
Anda perhatikan satu persatu lauk nasi briyani tu.
Kambing masak briyani.
Lembu masak briyani.
Ayam masak merah.
Dan,semestinya nasi briyani.
Ya,nasi briyani.
Setelah melihat-lihat,anda ambil tempat duduk.
Kemudian anda bangun lagi,tengok lagi lauk2 tu.
Kemudia anda duduk semula.
Merenung keluar kedai.
Anda nekad,bangun sekali lagi.

"ya dik,nak makan nasi briyani?"..

"hmm..nasi briyani ayam berapa ringgit cik?"..

"briyani ayam rm7"..

"briyani kambing?"..

"briyani kambing rm9..awk nak yang mana?"..

Makcik tersebut dah ambil pinggan & ready untuk cedok nasi..

"hmm..makcik,bagi saya roti kosong aje lah..roti kosong dua,banjir ye..kuah kari ayam..haaa air suam satu"..

Anda kembali duduk dimeja..

Terdetik dalam hati,
"takpelah,nasi briyani makan lain kali..aku tak banyak duit nie..makan asalkan kenyang sudahlah"..

Makanan yang dipesan sampai..didepan anda ada dua keping roti canai,kuah kari + leher ayam..

Sambil anda makan,anda ternampak orang meja sebelah makan nasi briyani,dia memandang anda,anda senyum.
Kemudia orang tu berhenti makan..sudah kenyang barangkali..

Anda tenung pinggan diatas meja orang tu..sambil berkata dalam hati
"Banyaknya duit kau..makan pun tak habis..dah lah mahal nasi tu"..

Anda sambung makan roti canai sambil fikiran anda masih terbanyangkan nasi briyani.

-unknown-

----------

-ridzuanroslan-

Salam pada tempat itu.

Beberapa hari lepas,aku teringatkan kamu.
Aku bukak balik inbox fb aku.
Aku tengok balik apa yang pernah kita bualkan.
Mesej kedua terakhir adalah gamba tiket kapal terbang.
Aku diam,hela nafas,log out fb.
Dua hari kemudian,aku perhatikan kamu ada di kapitan.
Aku tersenyum.
Sampaikan salam aku pada tempat itu.

-ridzuanroslan-

Thursday, 3 October 2013

Pillow talk.

Suatu hari diatas katil berdua.
Tunggu saat untuk tidur.
Kami berbual kosong.
Berbual adik beradik.
Bual bual bual,tiba2..

A : lu penah rasa ranap?

P : dululah..masa balik sini.

A : ranap pasal apa?

P : belajar..dengan minah aku dulu..heyyy bila pikir2 balik gila dowh..lama tu aku dengan dia..dah macam laki bini..

A : hahaha..biasalah..baru dapat..hahaha..

P : sial je..aku dulu sampai sini je dekat setahun jugak aku kena kemurungan..yelah,study kelaut..pastu bercerai lagi..haha..ahh..ko cakap aku..ko botak sebab ko ranap kan?

A : hahahha..kalau gua amik pisau,gua hiris tangan lu,lu nampak apa?

P : hmmm..luka,darah.

A : kalau gua tak pakai pisau,gua hiris hati lu,lu nampak apa?

P : tak nampak apa2..tapi sakit..

A : hahahha..tau pun

P : aku tgk kat fb masa ko botak..aku malas r nak tanya..dah tau..

A : biasa r bro..hidup memang macam nie..ada hari kita ketawa..ada hari kita menangis..tapi kan,bila pikir2 balik bodoh jugak aku nie..

P : ahhhh..ko memang bodoh..hahahah

A : sial je..babi..haha

P : abis sekarang ko nak buat apa?

A : hmm..aku pun tak tau..aku nak cuba cari makan sendiri r..nak belajar buat bisnes..

P : haaa bagus r..lu majukan bisnes lu,nanti pompan datang cari lu punya..jangan susah..

A : kalau setakat nak pompan,kat sini nie bersepah sarang pelacur..nak rumah pelacur 5 tingkat pun aku boleh tunjuk kat ko..

P : ko layan pelacur eyh?..bapak ahhh..

A : tak lah babi..tapi aku tau r port dia..hahahha..sial r bual dengan ko nie sakit ati dowh..

P : hahha..abis lu nak jenis yg macam mana?

A : aku nak cari jenis yg ada dengan aku waktu aku jatuh,waktu aku tersungkur,waktu aku ranap..

P : haaa..aku pun nak cari satu r..

A : dah r tido r..sembang sembang kang,tau2 dah siang kang..

---------

-ridzuanroslan-