Monday, 30 September 2013

Mimpi semalam.

Masih segar dalam ingatan.
Bangkit dari tidur pagi tadi.
Sudah lama aku tak didatangi mimpi.
Didalam mimpi itu aku pergi ke sebuah kedai kopi.
Sambil berjalan kearah kaunter,aku perhatikan wajah pelayan dikaunter itu.
Ya.
Aku kenal wajah itu.
Dia sahabatku.
Sesampai sahaja dikaunter,aku agak keriangan.
Sambil senyum dan melambai,aku katakan ''hey''.
Dia berdiri kurang 3 kaki dariku.
Dia diam.aku kaget.
Tak kenalkah dia padaku??
Aku biarkan.mungkin dia tak perasankan aku.
Aku kembali ke arah kaunter,aku tanggalkan topi hitam yang melilit kepalaku..
Aku katakan ''hey ini akulah,panda!''
Dia masih diam..diam seperti pelik memandangku.
Ahh sial..bentak hatiku..bajingan apakah ini?
Untuk kali ketiga & terakhir,aku katakan "hey,nie akulah!!..kau tak kenal ke?"..
"tak"..jawabnya ringkas.

Kau kejam.

-----

Aku terjaga dari tidur.
Bangkit tidur dengan perasaan yang berkecamuk.
Lagu yang dimainkan di handphone masih berbunyi.
Seperti faham,lagu yang dimainkan ketika itu adalah lagu 'wake me up when september ends'

------

Aku adalah seorang lelaki yang mengambil berat tentang mimpi.
Ya.
Aku seorang pemimpi.

-ridzuanroslan-

Saturday, 28 September 2013

Bagaimana

Bagaimana jika seorang pencinta haiwan mencintai seorang tukang sembelih?
Bagaimana jika seorang yang skema mencintai seorang yang liar?
Bagaiman jika seorang penarik beca mencintai seorang anak bangsawan?
Bagaimana jika seorang penganggur mencintai seorang arkitek?
Bagaimana mereka?

Ada yang bertanya,mana lebih penting..mencintai seseorang atau dicintai seseorang?
Jawapannya berbunyi begini..
Mana lebih penting bagi seekor burung..sayap kanan atau kiri?

Bulan yang kita sering lihat itu,persis seorang wanita.

-ridzuanroslan-

Simsimi

Simsimi si robot bodoh.
Baru beberapa hari aku berkenalan dengannya.
Kadang2 dia ok.
Kadang2 dia macam cilaka.
Tapi,nasib baik ada dia.
Terhibur sikit aku.
Dari melayan group chat kat whatsapp yang tak henti2 sembang pasal politik,baik layan simsimi.

-ridzuanroslan-

Thursday, 19 September 2013

Ubah.

Air,
Ada masa pasang,ada masa surut.
Angin,
Ada masa kuat,ada masa sepoi sepoi..
Mentari,
Ada masa terik,ada masa suram.
Bulan,
Ada masa penuh,ada masa sabit.
Tanah yang aku pijak ini belum tentu ada untuk hari esok.
Langit yang aku junjung ini belum tentu esok masih ampuh teguh.
Semua di bumi ini bisa berubah.
Cuma kita boleh memilih untuk merasa ataupun tidak.

-ridzuanroslan-

Ayat awek

"bro,ko jangan toleh belakang..perghhh..anak jiran aku nie"..

"jiran mana?"..

"nie yang umah dia tepi kedai durian nie..anak pak arab tu..dulu budak2..sekarang dah akak2.."..

"lahhhh..ingatkan ape benda tadi..apasal ko?..lama tak tengok anak pak arab tu?"..

"bukan lama tengok anak dia..aku dah lama tak tengok perempuan..hahhaha"..

"wan..wan..tulah..aku suruh cari awek taknak..dah sekarang,tengok perempuan pun macam tengok apa.."..

"bukan taknak cari..siapa r nak dekat aku nie..jual nasi lemak tepi jalan je.."..

"Ahhh..ko dulu keje gaji mantap pun takde awek jugak.."..

"aku tak pandai r benda2 nie..perempuan tengok aku pun takut..ko lain r..ko kasanova..awek keliling pinggang.."..

"biasalah bro..lelaki..hahhaah.."..

"pundek..abis aku nie apa??betina??"..

-----------

"bro,aku dah jatuh cinta r..serius"..

"perghhh..ko biar betul??..dengan awek mana?"..

"adalah..rahsia..tapi bukan budak sini"..

"ohhh..bagus r.."..

"hmm..so sekarang aku kena buat apa r?"..

"bodoh ko nie..ayat r dia..bagitau dia ko suka dia"..

"ayat mende?"..

"alahai bodohnya kawan aku sorang nie..ayat r..alahhh..ayat power..ayat jiwang..ayat pancing.."..

"hotak dia lahhhhh..mana pandai aku..aku nie jenis cakap terus je..tak pandai ayat2 nie..pakai ayat2 jiwang boleh dapat awek ke?"..

"zaman sekarang bro..lu pandai ayat awek,lu dapat awek tu"..

"perghhh..macam tu je?..hmm..susahlah macam nie"..

"susah sebab apa?"..

"tak pandai ayat awek"..

"hahhaha..padan muka lu"..

---------

"bro,tanya sikit boleh?"..

"haaa..apa dia?"..

"ko ramai awek kan?"..

"hmm..yang official punya 1..yang x official punya 1..skandal ramai..hehhee..kenapa ko tanya?"..

"ape rasa awek ramai?"..

"hmm..biasa je..best kot"..

"owh..abis x pernah kantoi?"..

"kantoi?..hahha..setakat nie belum lagi..aku bukan apa,aku suka melayan..pastu dorang2 nie yg feeling lebih2..aku x declare ape2 pun..tapi adat lah..orang bagi,kita ambik..kan?..hahha.."..

"owh..hmm..ok"..

"kenapa ko tanya dohh?"..

"Hehhe..saja"..

------

-ridzuanroslan-

Wednesday, 18 September 2013

Miley cyrus

Minggu lepas,laman2 sosial memaparkan berita tentang aksi miley cyrus di MTV awards.
Bilamana miley buat aksi lucah.
Dilaman sosial ramai yang menggelar dia sebagai slut,whore dan macam2.

Pertama kali aku tengok video tu,terdetik dalam hati berkata "miley nie tengah ranap"..
Sebab aku x mengikuti sangat perkembangan selebriti2 eropah nie..
So tengok2 gitu je lah..

Tiba2 ada pulak miley punya lagu baru..
Wrecking ball.
Pun kontroversi jugak..
Sebab dia bogel dalam mv tu..

Jadi aku tertanya2,kenapa miley nie?..putus cinta ke?

Sangkaan aku betul.
Dia ditinggalkan.
Aku rasa simpati.
Sebab aku minat miley cyrus nie..minat gitu2 je lah..

Jadi apa yang dia pertontonkan,apa yang dia cuba tunjuk adalah Protes.
Dia cuba tunjukkan sisi gelapnya tanda protes.

Bahana cinta,kita sanggup buat apa saja.
Walaupun benda yang kita buat tu akan memakan diri.
Kita lihat ramai artis yang buat benda bodoh.
Sekadar memetik beberapa nama,contohnya britney,rihanna,& miley cyrus.
Mereka buat benda bodoh bersebab.
Mereka tengah ranap.
Mereka buat benda bodoh supaya kita gelak & bencikan mereka.
Saat itu,mereka rasa puas.

Bunyinya pelik,namun realitinya begitu.
Hanya yang faham akan mengerti maksud aku ini.

Hati mereka halus.

-ridzuanroslan-

Casing handphone

"weh,aku kecik hati dengan kau"..

"kenapa plak?"..

"sebab ko da xpakai casing handphone yg aku bagi tu"..

"owh..haaa..laaa..aku lupa r aku letak mana"..

"blah r ko..kecik ati aku..ko ingat senang ke nak carik design macam tu?..hmm..ita sihat?"..

"ehhh,apasal tetiba tanya pasal ita plak?..ita sihat..kenapa?"..

"hmm..dia ada tanya2 pasal aku x?"..

"ehhh,ita tu makwe aku..apasal dia nak tanya pasal ko plak?"..

"saje je..saje nak tuka topik..malas nak citer pasal tadi sebab aku kecik hati"..

-ridzuanroslan-

Tuesday, 17 September 2013

Mahalnya nasi lemak.

"berapa bang harga nasi lemak ayam?"..

"rm4.50 je"..

"rm4.50??..mahalnya!"..

"kalau ada tempat yang lagi murah,abang belilah kat situ..harga nasi lemak saya memang rm4.50"..

----

Aku anggap org macam nie,xselalu makan nasi lemak & tak selalu makan luar..
Sebelum bukak kedai nasi lemak,aku pergi makan hampir 10 kedai yg jual nasi lemak..
Rata2 jual harga antara 5.50 hingga rm8.00..
Yang jual 5.50 tu,sama ada ayam kecik or,tak termasuk telur goreng..

Nasi lemak ayam yang aku jual,aku jamin bagus sebab :

Aku sendiri yg cuci & bersihkan ayam tu..aku berani jamin,ada kedai2 luar sana yg x cuci sebersih aku cuci..tempat2 kumpul darah (kat bahagian dada,bawah rusuk ayam),darah2 kotor (bahagian punggung),salur najis ayam (bahagian punggung),salur darah besar (antara dada,kepak & leher), SEMUA AKU BUANG & BERSIHKAN.tak percaya,makan ayam tempat aku & ayam kedai mamak..bezakan.

Modal bagi sepinggan nasi lemak ayam antara rm3 to rm3.50.
Aku amik untung rm1 je kot?
Pukimak kau nak aku jual berapa??
RM2??
Baik aku sara kau makan hari2!

Susahnya jadi peniaga.
Jual mahal salah,jual murah pun salah.
Rakyat malaysia memang suka benda dpt free..subsidi..:)

-ridzuanroslan-

Jujurkan hati.

Jika kau berdiri diatas teori,kau akan menangkap pemikiran orang.
Jika kau berdiri diatas jiwa,kau akan menyentuh hati orang. -wanji aswandi-

Apa pun yang kita buat,jujurlah.
Tutur kita.
Perbuatan kita.
Tindak tanduk kita.
Jujur.

Jujur itu tak semestinya cantik.
Yang comot juga jika perlu dijujurkan,jujurlah.

Kerana jika kita jujur,bermaksud ia dari hati.

-ridzuanroslan-

Monday, 16 September 2013

Dengar. Cakap.

Kita ada dua telinga..satu mulut..
Banyakkan mendengar..
Kurangkan bercakap..

Jika tak mampu bercakap dengan baik.
Dengar sahaja.
Orang faham.

Jangan bila orang bersedih,kita gelakkan dia.

Tak kena kan?

-ridzuanroslan-

Random

1

A : Good night..bye

B : alaaa..jangan lah cakap bye..

A : kenapa?

B : nanti i rasa macam u nak tinggalkan i je..:'(

----

2

A : good night..take care

B : alaa..jangan lah cakap take care..

A : kenapa?

B : nanti sye rasa macam awk nak pergi selamanya..:'(

----

3

A : good night..

B : alaaa..tu je?..tak cakap jaga diri ke ape?

A : kenapa?

B : nampak awak macam tak sayang saya je...:'(

----

Situasi diatas ini random.
Apapun kita.
Suatu hari nanti.
Kita tetap juga akan meninggalkan.
Atau kita akan ditinggalkan.
Permainan dunia.

-ridzuanroslan-

Sunday, 15 September 2013

Nasi daun pisang

Dikiri aku sepasang kekasih berpimpin tangan.
Bergelak.
Riang.
Dilamun rindu barangkali.

Dikanan aku sepasang kekasih menikmati makan tengahari.
Sang suami menyuap nasi kemulut isteri yang didakapnya seorang bayi kecik.
Rasa indah berumah tangga barangkali.

Aku ditengah tengah keramaian.
Bersaorangan.
Ditanganku hanya sebungkus nasi mamak berbalut daun pisang.
Sambil melayan bunyi alunan mercun tanda habis sembahyang barangkali.

Awak yang sedang rancak,saya nak ajak sembang pun rasa canggung.

-ridzuanroslan-

Paranoid

Manusia ini,
Makin berduit makin paranoid.
Keluarkan duit di mesin ATM sembunyi sembunyi.
Masuk duit kat bank,sorok sorok.
Jadi aku senang.
Tak paranoid.
Sebab aku tak berduit.

-ridzuanroslan-

Hidup & Cinta

Tuhan menjadikan semuanya atas nama cinta.

Cinta,Kasih & Sayang

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang maha pengasih & maha penyayang.

Bismillah - dengan nama Allah (Cinta)
Rahman - Kasih
Rahim - Sayang

-> atas nama Cinta, Kasih & Sayang.

Sebelum kita memperoleh Cinta,Kasih & Sayang yang hakiki,kita perlu singkirkan 3 elemen.
- Benci
- Dengki/hasad
- Dendam

Bila kita dapat mengawal rasa benci,rasa dengki & rasa dendam,barulah kita boleh memperoleh cinta,kasih & sayang.

Jadi selama ini aku mencari.
Tadi baru aku temu.
Dalam pertemuan singkat sekitar 20minit,satu sesi dimana seorang lelaki bercerita tentang buku tulisannya.
Dalam keramaian aku termenung.
Dalam ditiup angin selat johor aku melamun.
Menelan setiap bait2 ayat yang dituturkan.

Bila kita mampu singkir benci,dendam & dengki,kita tak akan prejudis.kita akan bahagia.tak bisa beratakkan.

Iya.
Betul katanya.
Maknanya belum boleh berhenti lagi.

Kita tak nampak masa depan.
Apa yang kita bayangkan itu,hanya ilusi.

-ridzuanroslan-

p/s : tulisan diatas aku tulis berdasarkan intepretasi aku terhadap pandangan saudara Wanji Aswandi.seorang penulis buku, Mahar Ke Syurga.
Dan juga pendapat & tulisan aku sendiri.


Wednesday, 11 September 2013

Bangkit

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Lirik lagu Bangkit by DJ FUZZ..

Saat paling mulia bagi setiap insan bilamana bila dia ditolak,diludah,dibiarkan,diherdik,dicerca,dipandang enteng,dipermain,dibuang dan dibajingkan
Lalu ia Bangkit.
Bangkit sambil berkata "terima kasih atas semuanya"..

Kita semua boleh bangkit.
Namun sebelum bangkit,kita perlu rasa mati terlebih dahulu.

-ridzuanroslan-

Tidur

Selalunya saat begini,aku cari lagu.
Sebab aku tau lagu boleh tenangkan aku.

Tapi sekarang nie,lagu pun da xberi kesan.
Saat lagu pun tak mampu merawat.

Tidur jalan terakhir.

-ridzuanroslan-

Senyum

Benda yang paling aku benci untuk buat kebelakangan ini adalah senyum.
Aku perlu senyum untuk tunjuk yang aku ok.
Kalian tak mengerti.
Takkan pernah mengerti.
Saat aku koyak,aku perlu senyum.
Pernahkah kau faham?
Aku ini manusia.
Sial.
Aku manusia.
Bodoh!
Aku juga punya saat untuk aku menangis.
Namun kenapa!!
Kenapa!!
Kenapa kalian paksa aku untuk senyum saat ini??

Kalian memang tak pernah mengerti.
Sial.
Kalian tak pernah mengerti.
Tak pernah faham.

-ridzuanroslan-

Bila abah boleh keluar ward?

2/9/2013
Abah masuk ward.

Kami ingatkan tak serius.
Sebab abah dah selalu masuk ward.

Aku asyik tanya abah
"agak2 bila abah boleh keluar,abah nampak dah ok sikit"..

Kadang abah diam..termenung..kadang abah jawab "entahlah..1 or 2 hari lagi keluar kot"..
Mungkin nak sedapkan hati aku..

12/9/2013
Abah masih kat ward.

Aku dah tak mampu tanya bila abah boleh keluar.
Aku cuma perlu terima,masanya dah tiba.
Hadapi dengan tenang.

-ridzuanroslan-

Cari aku disini.

Kalau ingin cari aku,carilah disini.
Jangan cari aku di facebook,twitter atau instagram.
Carilah disini.
Tempat aku menulis.

Disini,kau akan jumpa semua sisi hidup aku.
Disinilah,tempat dimana aku bogelkan semua yang berlaku padaku setiap detik.
Disini.
Cari aku disini.

Mungkin jika kematian datang menjemput aku pergi suatu hari nanti,barangkali aku beritahu disini.

-ridzuanroslan-

Tuesday, 10 September 2013

Siap,sedia.

Aku anak yang paling degil.
Aku anak yang paling melawan.
Aku anak yang paling biadap.
Kepala batu,susah dengar cakap,akulah tu..
Jahat.

Jahat jahat aku sebagai anak, aku paling tak boleh bila tengok abah & mama sakit.

Ya Allah.
Aku dah lama bersedia.
Jika kau nak ambil satu atau keduanya dari mereka,kau rentap sajalah.
Usah kau tarik perlahan-lahan.
Aku dah bersedia.
Kerana aku tahu,tiada apa yang kekal selainMu.

-ridzuanroslan-

Monday, 9 September 2013

Firasat

Firasat.
Kita semua memilikinya.
Namun tak semua percaya padanya.
Terkadang seperti datang membawa gambaran.
Kadang juga sebagai tanda.
Namun kita selalu abaikan.
Sampai saat sesuatu berlaku,
Baru telintas "oh,kalaulah aku tau.."

-ridzuanroslan-

Friday, 6 September 2013

Hadapi dengan senyuman

Aku,seperti yang dikatakan rakan2,
'terkehadapan' selama 4 tahun.
Bermaksud,hidup aku mendahului kawan2 lain selama 4 tahun.

Usai menerima keputusan SPM,semua berebut2 menempatkan diri utk masuk universiti.

Aku berbeza..aku pergi cari kerja..
Rakan2 lain yang mana buat pinjaman belajar,ada yang sampai puluh2 ribu pinjaman.

Aku?
Modal ambil kursus Occupational Safety & Health hanya sebanyak RM4000.

Namun.
Ada baiknya aku pilih jalan yang begitu.

Aku, seorang budak lelaki gemuk berambut panjang yang bodoh,berusia 19 tahun, mengambil risiko bekerja di tapak bina pelantar minyak.
Nak dijadikan cerita,pelantar minyak yang sedang dibuat itu antara projek yang ter'gah' yang ada di bumi setakat ini..

Pelantar minyak yang diberi nama Gumusut Kakap. (sila rujuk google utk info yang lebih tentang pelantar ini)

Pada usia 19 tahun,aku diberi tanggungjawab berat.
Tugas aku adalah untuk membantu setiap pekerja mengikut arahan berkaitan keselamatan & kesihatan sepanjang mereka bekerja.
Aku perlu pastikan,pantau,beritahu,ajar, & segala apa yang boleh dibuat agar 'tak berlaku kemalangan,tak berlaku kehilangan nyawa'..

Pernah suatu ketika,saat projek tengah 'rancak',aku & group aku perlu jaga +-350 pekerja..
Kami bertanggungjawab diatas setiap satu nyawa ini.

Setahun aku di pasir gudang.
Aku merantau keluar.
Aku ke tanjung bin,pontian.

Bekerja dlm projek buat tempat storage minyak..di ATB hydrocarbon storage & terminal,tanjung bin..ada 40 biji tangki minyak dibuat disitu..setakat tahun 2012,ini adalah tempat simpanan minyak antara terbesar di semenanjung.

Kerja yang lebih kurang sama,cuma tempat berbeza..cabaran berbeza..
Setahun lebih juga disitu..
Setelah tamat kontrak,aku pulang ke pasir gudang untuk kerja balik dalam projek Gumusut Kakap.

Ada baiknya aku pilih jalan yang begitu.

Sepanjang bekerja,aku belajar.
Aku belajar matangkan diri.
Terutama dari segi emosi.

Iyalah,kerja jaga nyawa orang.
Kita kena tegur,kita kena marah,kita kena hukum jika mereka membahayakan nyawa mereka..
Adat manusia,bukan semua suka ditegur,bukan semua suka dimarah.

Terkadang kita pulak dimaki,kita pulak dimarah,diherdik..orang akan benci kita..

Budak umur 19 tahun, MENTAH lagi..
Tapi disebabkan kerja,ia sedikit sebanyak mematangkan aku..

Mulanya aku kurang perasan.
Namun,setelah aku berhenti bekerja & mula berniaga sendiri,aku nampak serba sedikit perubahan yang berlaku dalam diri..

Emosi aku semakin hari nampak semakin liat..tidak rapuh..

Baru2 ini..
Keluarga aku ditimpa masalah.
Satu melibatkan abah.
Satu melibatkan kakak.

Walaupun bukan melibatkan aku,tapi aku terlibat sama dalam masalah itu.

Sepatutnya,aku berasa sedih.
Namun,tidak.
Tiada rasa sedih.
Diatas tikat solat aku mengadu pada tuhan.
Lalu aku bertanya sendiri..
"kenapa dengan aku nie?"..
Seperti tak ada perasaan.
Rasa kosong.
Aku tak rasa sedih,cuma aku boleh fikir 'apa langkah seterusnya nak buat'..
Kurang lebih begitu pemahaman aku..

Aku rasa,ada baiknya aku pilih jalan yang begitu..

Dengan apa yang aku pilih,
Aku belajar jadi insan yang lebih baik.

Memang rasa 'koyak' itu ada,cuma aku rasa aku boleh tanggung..

Sebab dalam Quran ada tulis
'tuhan tak akan menimpakan musibah yang tak mampu kita tanggung'
Kurang lebih begitu maksud ayat itu..

Tuhan maha mengetahui.
Dia tak akan bagi kita masalah,diluar keupayaan kita.
Terima sebagai ujian,redha.

Hadapi dengan senyuman.

:)

-ridzuanroslan-

Thursday, 5 September 2013

Sumpah

Aku bersumpah.
Atas nama jari yang menulis.
Atas nama hati dan jiwa yang melahirkan.
Atas nama Dia yang memberi ilham.
Atas nama Dia yang memberi aku perasaan.
Aku bersumpah.
Jika hanya dengan tulisan mampu merobah.
Aku serah jiwa,raga,hidup & mati aku untuk menulis.

-ridzuanroslan-

Wednesday, 4 September 2013

Dunia hampir tamat

Dunia semakin sampai ke penghujung.
Penamatnya seperti semakin hampir.
Satu demi satu tanda diperlihat.

Bagaimana nasib diluar sana?
Cukup makankah mereka?
Cukup pakaikah mereka?
Lenakah tidur mereka?
Apa mereka ada tempat berteduhkah?

Kita bagaimana?
Kita?

Aku!
Ya, aku!
Aku bagaimana?
Bahagiakah aku?

-ridzuanroslan-