Sunday, 21 April 2013

Ambilgambar

Ini zaman gambar.
Semua benda yang kita nampak didunia nak diambilgambarkan.
Makanan.
Permandangan.
Sahabat.
Semua ini diambil gambar.
Biasanya digunakan untuk kenang kenangan.

Jika kita melihat gambar yang cantik.
Segala kecantikkan itu ada dalamnya.
Namun,dijiwa kita kosong.
Kerana,hanya gambar tersebut yang 'merasai' gambar itu..
Bila ada gambar,kita ingat..
Bila tak ada gambar,kita lupa..
Yaa..kurang lebih begitu pemahaman aku..

Benda ini sangat susah untuk aku explain.

Bagiku,jika apa yang kita lihat itu betul2 kita rasai,tak perlu diambilgambarkan.
Cukup sekadar aku menutup mata waktu malam,dan segala apa yg aku gambarkan itu bermain difikiran.

Kalau keluar dengan aku,
Jika kalian tanya
"tak nak ambil gambar ke?"
Lalu aku menjawab "hmm..tak"
Anggap saja waktu tu,aku sedang gambarkan cara aku.

Yang hanya boleh ingat,aku.
Yang hanya boleh lihat,aku.
Yang hanya boleh rasa,aku.
Hanya aku.

-ridzuanroslan-

No comments:

Post a Comment