Monday, 22 April 2013

Converse kain.

Sepasang kasut converse kain.
Putih.
Baru.
Melepak.
Suci.
Tapi nampak tak cantik.

Pakaikotorkan.
Koyakkan.
Carik2.
Jahit mana yang terguris.
Koyak lagi.
Sepakterajangkan.
Biar membunal rasa sakit didada kasut.
Koyak.
Jahit lagi.

Kemudian pakai.
Lihat kecermin.
Pasti sungguh indah.
Baru rugged.
Nampak lasak.
Baru klasik.
Baru rock.
Baru ada gaya.
Baru bercitarasa.
Begitu juga perihalnya hati.

-ridzuanroslan-

Sunday, 21 April 2013

Ambilgambar

Ini zaman gambar.
Semua benda yang kita nampak didunia nak diambilgambarkan.
Makanan.
Permandangan.
Sahabat.
Semua ini diambil gambar.
Biasanya digunakan untuk kenang kenangan.

Jika kita melihat gambar yang cantik.
Segala kecantikkan itu ada dalamnya.
Namun,dijiwa kita kosong.
Kerana,hanya gambar tersebut yang 'merasai' gambar itu..
Bila ada gambar,kita ingat..
Bila tak ada gambar,kita lupa..
Yaa..kurang lebih begitu pemahaman aku..

Benda ini sangat susah untuk aku explain.

Bagiku,jika apa yang kita lihat itu betul2 kita rasai,tak perlu diambilgambarkan.
Cukup sekadar aku menutup mata waktu malam,dan segala apa yg aku gambarkan itu bermain difikiran.

Kalau keluar dengan aku,
Jika kalian tanya
"tak nak ambil gambar ke?"
Lalu aku menjawab "hmm..tak"
Anggap saja waktu tu,aku sedang gambarkan cara aku.

Yang hanya boleh ingat,aku.
Yang hanya boleh lihat,aku.
Yang hanya boleh rasa,aku.
Hanya aku.

-ridzuanroslan-

Hati.

Aku melangut melihat gumpalan2 awan dilangit..jauh aku lemparkan pandangan..seolah jika aku berseorangan,mahu saja aku diam selama mungkin..

"kau nak dengar satu cerita tak?"..

Tersentak aku..

"ya silakan"..balasku ringkas..

"Nenek aku..die pernah cerita kat aku..dulu mase die muda..
Ade sorang mamat nie suke kat nenek aku"..

"owh..nenek ko muallaf kan?"..

"aah..ok pastu,mamat tu macam nak ngorat2 nenek aku r..bagi kad ape semua..tapi nenek aku tak suke..so nenek aku kahwin dengan arwah atok aku..
Nak dijadikan cerita..atok aku pun meninggal tak lama dulu..pastu,ko nak tau?
Mamat yang suka nenek aku dulu tu,ngorat nenek aku balik!!!
Siap bagi kad,surat semua!!!..hahahha"..

"perghhh giler ah!"..aku dapat rasakan cerita ini rare..

"Memang giler...time tu nenek aku umur die da dlm 68 gitu..
Pastu die malas nak layan mamat tu..nenek aku cakap macam 'tak kuasa aku nak layan,aku nak beribadah'..hahahha.."

"waktu mamat tu start minat kat nenek ko agak2 umur die brape?"

"hmm..maybe dlm 20an..hmm..eyh,tak tak..rasenye belasan tahun kot..dlm 17 ke 18 tahun"..

"pastu at umur nenek ko 68 tahun pun still mamat tu suka dia lagi?..wow!..dekat 40 tahun tu!!!"..aku sangat2 teruja..adrenalin berkocak..

"aah..giler ah..respect..tp cucu2 nenek aku mcm support nenek aku suro kawen..tp nenek aku xnak..hahha"..
.
.
.
.

"ape pendapat ko terhadap lelaki tu?"..aku mula mengajukan soalan yg bermain difikiran..

"hmm..agak x fair r kat wife die..sbb die da kawen!"..

"ok..anggap wife die xde..ape pendapat ko tentang rasa cinta dia kat nenek ko?"..aku kecilkan skop soalan..

"agak hebat r..lame tu simpan"..dibalas sambil senyum..

"kalau ko berada di tempat nenek ko,ape ko buat?"..soalan2 aku kadang seperti mengganggu tumpuan dia memandu.

"hmm..kalau aku..aku appreciate r..aku hargai..tapi maybe aku pun takkan terima die..tp aku berkawan r dgn die..layan die..aku hargai die r"..

"so ko setuju kalau aku buat statement 'cinta tak harus memiliki'?"..terpacul soalan spontan..

"wow ayat!!!"..girang sambil gelak die dengar ayat yg terkeluar dr mulut aku..

"bangang..jawab je r"..

"hmm..aku rase setuju r"..

"setuju kalau aku kata dalam dunia nie,ada benda yg kita sayang tapi benda tu bukan untuk kita?"..

"setuju"..

---------
Intrepetasi mungkin berbeza.
Mungkin ada yg kata mamat yg tergila2kan nenek kawan aku tu bodoh,bangang,gila,sengal,dll..

Ye r..org da xsudi..kenapa nak usaha lagi?..mungkin orang akan kata begitu..

Tapi mungkin ade sesetengah orang yg akan kata mamat tu hebat,power,awesome,dll..

Sebab,hati nie mane boleh ubah..tuhan dah tentukan die cinta tahap 'kapak' punye dgn wanita tu..lama mana pun dia tunggu..walau dia tau,wanita tu bukan utk dia..mungkin ade sebab mengapa die smpai tahap mcm tu..

---------

"so sebenarnya kesiankan jadi mamat tu?"..

"agaklah"...

Vroommmm..kereta memacu laju dilebuhraya..

---------

"setiap orang pasti akan lukakan hati kita,cuma carilah orang yg berbaloi melukakan hati kita"

"true love waits,in haunted attics"

https://www.youtube.com/watch?v=LsJTaMSx3_8&feature=youtube_gdata_player

-ridzuanroslan-

Munajat.

Tuhan..
Aku memohon..
Figura ini..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku dah tak punya apa.
Bantulah.

-ridzuanroslan-

Friday, 5 April 2013

Kadangsayang.

Kadang kadang.
Kita sayang. Kita tunjuk.
Orang salah anggap.
Orang tak suka.

Kadang kadang.
Kita sayang. Kita pendam.
Orang tak nampak.
Orang ingat kita tak suka.

Kadang kadang.
Kita sayang. Kita luah.
Orang lari.
Kita sayang. Kita diam.
Orang lari.

Kadang kadang.
Kita kita fikir.
Nak macam mana lagi?

-ridzuanroslan-

Wednesday, 3 April 2013

Ikan parit

Usai makan tengahari sebentar tadi,aku melewati parit besar belakang kantin..
Kelihatan seorang pemuda pakistan asyik memerhatikan sesuatu..

"bai..tengok apa bai?"..

"tengok ini ikan..so many many fish..tapi tengok tu"..
Ditunjuknya kepada minyak2 sisa dari kantin yg bertakung di permukaan air parit..

"ya..itu minyak banyak..so many many"..

"bila ayer kotor,ikan summa naek atas (ambil nafas kat permukaan)..ikan tadda duduk bawah kalu ayer kotor"..

"takpa bai..petang nanti hujan..itu hujan mesti bawah minyak tu semua jalan pergi sana..nanti ayer bersih balik"..lantas aku berlalu meninggalkan bai pakistan disitu..

Oh ya..baru aku perasan..
Ikan2 di parit tu meriah..aku sangkakan mereka meriah sebab gembira..rupa2nya mereka berebut2 bernafas yakni kerana air parit tercemar..
Mereka mungkin berebut2..mungkin panik..cari nafas/ udara..kita dari atas boleh suka.

Jijik kita wahai manusia.

-ridzuanroslan-

Panis.

Bilamana kita bangkit dari tidur,
Bersyukurkah kita?

Dengan udara percuma yang diberi tuhan..

Dengan nikmat makan minum melihat merasa menyentuh..

Bersyukurkah kita?

Bilamana kita bangkit dari tidur, amat sukar kita mengukir senyuman..

Bilamana kita bangkit dari tidur, sering kita merungut kerana terpaksa bangun..

Jangan sampai kelak,ditarik semua nikmat baru kita mula mengucap syukur..

Baik buruk hidup ini anugerah tuhan.
Walau pahit lebih banyak dari manis,kenanglah yang manis manis saja..

Kerana yang manis itu tak lama.
Aku tak tipu.

-ridzuanroslan-