Sunday, 20 January 2013

Biarkan dia disitu.

Langit mendung.
Suram.
Seperti tahu akan pudar mata ini.
Seperti sudah seakan bisa faham,mengapa begini.

Sebuah sosok muda lari dari keramaian.
Lari kerana ingin lari.
Sendiri pencil diri.
Seperti mencari sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.

Berkaca kelopak kelopak itu.
Melihat gelak tawa ria sekeliling.
Hawa itu hanya mampu bermain main dihalaman rusuk kiri.
Dinamanya kalbu.

Aku berdiri disini.
Dari kejauhan memerhati sosok itu.
Biarkan dia disitu.
Biarkan dia disitu.
Sampai harinya nanti,pergilah ia.

-ridzuanroslan-

No comments:

Post a Comment