Thursday, 31 January 2013

Berjaya katanya

Untuk berjaya.
Anda perlu belajar.
Belajar untuk salah.
Salah?
Belajar dari kesalahan itu.
Kerna jika selalu betul,maknanya anda hanya pandai menurut.
Jika salah,anda cari jalan perbetulkan,baru anda belajar.
Faham?..fahammmm cikkkguuuu..
Padahal satu apa pun kita tak faham.
Nampak??

Untuk berjaya.
Kita perlu dengar cakap orang.
Dengar. Fahamkan. Sesuaikan dengan situasi anda.
Jangan menurut pendapat orang.
"aku rase ko nie sesuai jadi engineer"..
"aku rase ko xpayah tuka keje..kat sini pun ok"..
"aku rase..aku rase..n aku rase"..
Asyik ikut rase orang,rase kita nk letak mana??

Untuk berjaya.
Persetankan tulisanku ini.
Anda ada hidup sendiri.
Coretkan sendiri.
Kena percaya pada diri sendiri , percaya pada tuhan.

Hidup nie xde kebetulan.
Semuanya suratan.

-ridzuanroslan-

Sunday, 20 January 2013

Biarkan dia disitu.

Langit mendung.
Suram.
Seperti tahu akan pudar mata ini.
Seperti sudah seakan bisa faham,mengapa begini.

Sebuah sosok muda lari dari keramaian.
Lari kerana ingin lari.
Sendiri pencil diri.
Seperti mencari sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.

Berkaca kelopak kelopak itu.
Melihat gelak tawa ria sekeliling.
Hawa itu hanya mampu bermain main dihalaman rusuk kiri.
Dinamanya kalbu.

Aku berdiri disini.
Dari kejauhan memerhati sosok itu.
Biarkan dia disitu.
Biarkan dia disitu.
Sampai harinya nanti,pergilah ia.

-ridzuanroslan-

Pertama jatuh cinta.

Dahulu,masa zaman sekolah,terjadi satu fenomena di indonesia..
Fenomena novel laskar pelangi.
Siap ade filem laskar pelangi..
Lagu laskar pelangi..
Aku tau,tapi x ambik port..
Almaklum mase sekolah dulu aku jarang membaca..
Novel2 yg membe2 aku baca pun novel cinta yg tipikal..
Keluaran alaf21..stok gamba depan nak gamba bunga2 je..

Baru2 nie,seseorang memperkenalkan novel padang bulan.
Novel tulisan andrea hirata.
Penulis utk tertalogi novel laskar pelangi.
Aku tertanya2..best ke novel nie??..ape yg special sgt dgn penulisan andrea hirata nie??

Jadi,aku beli novel padang bulan,& aku baca..
Subhanallah..
Andrea hirata nie bagi aku magis.
Aku selalu ingin baca novel yg bercerita tentang sosialisme,falsafah & inspirasi.
Semua itu diterjemahkan andrea hirata dalam novel padang bulan.
First time aku jatuh cinta dgn novel sebegini..
Gaya penulisan yg aku idam2kan..

Andrea hirata nie bagi aku mcm pemerhati sosial..
Die memerhatikan kehidupan seharian,pastu diterjemahkan dgn penulisan.
So kau akan tau yg tulisan die bukan rekaan.

Pastu die berfalsafah.
Teliti.
Dan mementingkan inspirasi dlm hidup.
Utk novel padang bulan nie,die menjadikan seorang gadis tionghoa sbg inspirasi hidup die.
Diterjemahkan dlm tulisan mudah namun menarik.

Tinggi melangit pujian aku utk hamba Allah bernama andrea hirata nie.

So,now baru aku faham kenape novel laskar pelangi dipasarkan keseluruh dunia.
Kenape dunia sanggup alih bahasa tulisan andrea hirata nie..
Kini aku faham.

p/s :
Aku pernah baca novel tentang pemerintahan mahathir..fakta beribu..
Aku pernah baca novel cinta fansuri karya a.samad said..terlalu tersirat..panas kepala nak baca.
Aku pernah baca novel2 sejarah perang..penuh fakta..ceritanya mendatar..
Aku pernah baca novel cinta yg biasa dijual..aku geli.
Kali ini,padang bulan,aku puas hati.

-ridzuanroslan-

Mimpi 20/1/2013


Ahad.
Aku x bekerja.
Almaklum projek da siap.
Kerja da x banyak.

Aku bangun pagi..lebih kurang pukul 8 pagi..aku bawak mama gi sarapan kat kampung melayu..as usual,mama mesti nak sarapan roti canai.
Pagi td aku lapar..aku makan banyak..
Nasi jawa,roti tampal,karipap,apam,kuih kastard n kopi.
Kenyang beb..

Balik tu,aku sambung baca novel padang bulan..
Buat pertama kali,aku jumpa novel yg buat aku gelak berdekah2..
Betul2 menggeletek hati.
Hantu betol andrea hirata tu..
Penulisan die mmg superb..

Kurang lebih jam 11.30am,aku habiskan lembaran terakhir lalu aku tertidur.
Perut kenyang,cuaca best..memang selesa..

Aku bermimpi.

Aku mimpi aku keluar jalan2 dgn kawan..
Padi ada..dent ada..n ramai lagi..
Before jumpe padi n dent dlm mimpi tu,aku mcm gi merantau..xtau kemana..
Aku mcm hilang arah..
Tiba2,ade seorang gadis muncul dlm mimpi..
Aku kenal gadis tu..
Sarah fahin a.k.a @fynnsara.
Die tibe2 pimpin tangan aku n cakap "jom teman aku jalan2"..
Aku terkejut r..
Sarah nie,antare pompan paling cantik aku penah jumpe..comel beb die nie..
Yang bestnye, mase aku tgh mimpi tu,aku tau yg aku tgh mimpi!
Siap aku ckp "x logik nie..ade plak sarah jln pimpin tangan aku..no no no nie mengarut"

Terus aku terjaga dr tido..aku senyum mcm kerang busuk..

Then lebih kurang lepas zohor,aku tertidur lagi..
Kali nie mimpi gi rumah p.ramlee plak..
Yang peliknye,rumah p.ramlee kat johor..
Bodoh mengarut betul mimpi tu..
And,utk kali kedua,aku realize yg aku tgh bermimpi..
Yelah,mana logik rumah p.ramlee kat johor???..rumah die aku da pegi dulu..kat penang!!

So aku bangun tidur..
Aku pelik..
Kenape 2 kali mimpi,pastu dua2 kali mimpi mengarut..
Siap boleh agak "alah,nie mimpi nie"..
Bangang..sungguh bangang..

-ridzuanroslan-

Wednesday, 16 January 2013

Tiada nafsu utk menulis.

Kebelakangan ini.
Hilang nafsu aku utk menulis.
Rasa seakan berat betul.
Konflik jiwa agaknya.
Kebelakangan ini.
Semakin kerap aku membeli buku.
Untuk dibaca.
Namun tak tahu bila nak mula.
Menulis?
Tunggu dululah.
Aku tunggu katalis datang bawak semboyan irama gendang paluan perang,barulah aku kembali menulis dengan aman.

Saat ini,
Aku menulis,
Tapi semuanya kosong.

-ridzuanroslan-

Sunday, 13 January 2013

Bulu roma.

Beberapa hari lepas,sewaktu aku bercuti ke utara tanah air.
Buat pertama kali.
Sebuah lagu berkumandang lalu membuatkan bulu romaku berdiri.
Pertama kali.

Kejadian berlaku ketika memandu.
Dari sungai petani langsung mahu ke pulau pinang.
Masuk sahaja kawasan bernama Butterworth,lagu Teman Pengganti pun berkumandang.
Selalu sangat aku mendengar lagu tu.
Aku hafal lirik nurkilan malique tu.
Tapi entah kenapa,hari itu.
Meremang bulu roma mendengar bait kata2 malique.
Entah kenapa,aku tak tahu.

-ridzuanroslan-

Teman pengganti.
Malique feat Black.

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Wednesday, 2 January 2013

Kelantan memang loghat.

Kelantan is funny.
Kelantan is loghat.
Loghat bukan 'slang'.
Tapi loghat nie maksud die mcm teruk.
Contoh ayat
"ko nie pemalas nak mampos..heee loghat betul"..
"alah die tu memang camtu,loghat"..

Diceritakan oleh abg din scaffolder a.k.a abg din burit..
Pada suatu malam yg sepi,seorang mat kelantan menunggu rakannya di kedai mamak..
Sekadar menunggu so mat kelantan tu x expect utk order makan berat2..dalam kepala hotaknya,cukup sekadar teh segelas..
Lalu datanglah seorang pekerja india utk amik order..

"bang mau order air apa?"..tanya pekerja india tu..

"hmmm..bagi kawe air teh tarik"..jawab mat kelantan tu..

"Mau makan apa bang?"..tanya pekerja itu lagi..

"Tokseh"..jawab mat kelantan ringkas..

Tokseh dalam loghat kelantan membawa maksud 'tak mahu/tak perlu/tak nak' & yang sewaktu dengannya..

5minit menunggu,order pun sampai..
Diletak didepan mat kelantan secawan teh tarik dengan sepinggan tosei yang dihidang bersama kuah kari & dal..

Mat kelantan terperanjat..mat kelantan tak order makan..

"Abe,kawe x order tosei nie"..mat kelantan memberitahu pekerja india tu..

"tadi saya tanya mau makan apa,abg cakap 'tosei'..ini u punya tosei lah abg"..pekerja itu menerangkan dgn yakin..

"kawe cakap 'tokseh'..bukan 'tosei' "..
Mat kelantan tak nak kalah..nak menang jugak..

"mana saya tau..u lain kali cakap betul2 lah..cakap bahasa melayu atau english saya boleh faham"..pekerja itu meninggalkan mat kelantan terpinga2..

Nak x nak..tosei didepan mata..
Mat kelantan makan jugak..
Kembang tekak mat kelantan makan tosei..
Tekstur tosei yg lembut + rasa masam2 membantutkan selera mat kelantan..
Almaklum tekak mat kelantan sinonim dgn rasa budu shj..

Padan muka mat kelantan..
Duduk johor dekat 10 tahun..
Bila bercakap tetap bunyi kelantan..
Pastu bodoh..
Semua tempat pakat cakap bahase kelantan..
Tu yang cakap 'tokseh', dapat 'tosei'..
Padan muka mat kelantan.
Padan muka.

Kelantan nie loghat bile ade puak2 die sekeliling die..
Bila mat kelantan ramai2 kumpul,semua tangan berkepak..act macam good..
Bila sorang2,tunduk..taring pun x keluar..

p/s : aku bukan anti orang kelantan..cume aku meluat dgn majoriti mat2 kelantan..dorang loghat..

-ridzuanroslan-