Ada seekor raksasa entah dari mana usulnya datang menyerang bumi maklishi.
Datangnya secara tiba2.
Muncul dari laut biru berdekatan pulau risu.
Berperut boroi,muka bengis,gemuk dan menakutkan.
Seluruh bumi maklishi bergegar akibat serangan raksasa gemuk itu.
Tanah dirampas.
Harta digadai.
Emas perak gangsa semuanya diambil dek raksasa.
Dikumpul semua harta rakyat maklishi,dilonggokkan didepan raksasa itu..
Katanya "ini tidak cukup!!..aku mahu lagi!!"..
Semua ketakutan.
Suasana aman damai maklishi dirobek oleh raksasa boroi..
Tiba masa mahu makan,seluruh rakyat dikerah mencari ayam,lembu,kambing
untuk santapan raksasa gemuk..
Dimasak,dihidang dan diberi makan raksasa itu..
Katanya "ini tidak cukup!!..aku mahu lagi!!"..
Hampir semua yang diidam oleh raksasa gemuk telah diberi oleh rakyat maklishi..
Namun semuanya masih "tidak cukup"..
Seluruh rakyat bermesyuarat..
Berbincang tentang perihal raksasa gemuk boroi..
Mereka mahu raksasa itu pergi dari bumi maklishi..
Lalu seluruh jelata rakyat maklishi berkumpul menghadap raksasa gemuk..
Wakil dikalangan mereka mengajukan soalan..
Soalnya "wahai raksasa gemuk,apa lagi mahumu?..semua mahumu telah kami beri..namun kamu masih tidak mahu meninggalkan kami"..
Raksasa diam..agak lama..lalu ia bersuara dengan suara garau..
"aku akan pergi andai kalian perkenankan 2 permintaan terakhirku"..
"katakanlah apa mahumu..kami akan cuba tunaikan"..kata rakyat maklishi bersemangat..
Raksasa menjawab "pertama,carikan aku penawar untuk kurus..kedua,carikan aku penawar untuk cantik"..
Suasana hingar bingar..tiba2 datang seorang dukun mahu membantu..dukun itu mara kehadapan raksasa gemuk..suasana jadi sunyi sepi..
"aku disini untuk tunaikan hajat kamu wahai raksasa gemuk"..
Seraya itu beliau membaca jampi serapah dengan mulut berkumat kamit..
Dukun diam sebentar..dia bangun..
"baiklah wahai raksasa..untuk jampi terakhir ini,aku perlu menyebut namamu..namun aku tidak mengetahui apa namamu?"..
Raksasa terkejut namun kelihatan gembira kerana sebentar lagi permintaannya akan makbul..
Dengan nada girang dan teruja,dia berkata.."nama aku rosmah wahai dukun"..
Dukun tersentak..
"apa namamu?!?!"..
Raksasa menjawab "ROSMAH..ROSMAH..ROSMAH"..
seluruh rakyat termasuk dukun serentak mati akibat sakit jantung.
-ridzuanroslan-
No comments:
Post a Comment