Sunday, 30 September 2012

Aku dan Dia

Aku selalu merungut pada tuhan.
Tentang apa jua ketidakmahuan aku yang Dia berikan..
Pernyataan pernyataan seperti mengapa itu begitu?
mengapa ini begini?

Namun hari ke hari..
Aku mulai mengerti..
Kita tak bisa menentukan hari esok..
Waimah kuku dijari sendiri pun bukan tumbuh atas perintah kita..
Ini pencaturan tuhan..
Hidup ini kehendak tuhan..
Mungkin hamba yang baik adalah hamba yang redha dengan segala pencaturan tuhan..

Tuhan memberikan apa yang kita tidak mahu dalam hidup supaya kita bersyukur,redha..
Supaya kita ingat akan setiap sembah sujud hanya untuk Dia..

Namun rahsia antara aku dan Dia kekal rahsia.
Apa yang aku minta,pohon,rayu dan harap,kekal menjadi rahsia..
Rahsia sujud hamba kepada Tuhannya kekal menjadi rahsia paling ulung.

-ridzuanroslan-

No comments:

Post a Comment