Monday, 16 May 2016

Yang berlalu,biarkan berlalu.
Bukan semudah yang kau ucap dibibir.
Bukan seperti yang kau fikir.

Aku umpama menggapai mimpi.
Ia ilusi.
Ia mainan tidur.
Namun ia wujud.
Ia dapat dirasa.
Walau cuma aku.

Oh tuhan,betapa besarnya rasa ini untuknya.
Hebatnya ujian kurniaanMu.

-ridzuanroslan-

Monday, 9 May 2016

Bantuan diperlukan.

Aku perlu ruang untuk aku berekspresi.
Ruang untuk aku lontar,bicara,katakan apa sahaja.
Ruang dimana aku selesa.
Ruang dimana aku tak perlu fikir untuk menjaga hati sesiapa,aku tak perlu risaukan pandangan sesiapa.

Kawan,berada beribu kilometer terpisah dari tanah asal usul bukan perkara yang menggembirakan.
Hati yang remuk saban hari kian teruk.

Mungkin aku cuma perlukan satu bejana berisi kopi pahit,dan seseorang untuk berinteraksi.
Aku dah penat berkata-kata dengan diri sendiri.

-ridzuanroslan-

p/s : setakat hari ini,info terbaru yang aku dapat,jika masalah aku tidak diselesaikan aku boleh dipenjara sehingga 6 bulan or 6 tahun?..gembira bukan?
Wallahualam.

Wednesday, 4 May 2016

Random

random

4 may 2016.

First day daftar masuk mrsm kkb..12 tahun dah berlalu.

Arinie aku n pian termakan kerepek smiths amirul..paisey gila..

Safiey alias pondan,jutawan.
Alif syukri patah patah,jutawan.
Dato vida, omg ini meluat..tengok cara dia sebut "gok gok gok ermmmm dap dap dap" fuck..tengok cara dia beli belah..fuck..tapi pun jutawan.
Fizo n mawar,biar pelanggan pusu2 rebut2 macam hewan,pun jutawan.

Duit nie dah nampak macam sampah..kat mana2 pun boleh ada..

Aku tulis dekat sini sebab aku stone n malas nak amik buku..

Friday, 8 April 2016

Kita boleh pilih untuk jadi orang baik atau orang jahat.
Cuma kita kena tau,dalam dunia ini ramai orang jahat.

Kita boleh pilih sama ada kita nak menang atau kalah.
Dalam dunia ini, orang yang kalah lagi ramai dari yang menang.

-ridzuanroslan-

Orang bisa tertawakan perjuangan kamu.
Orang bisa perlekehkan impianmu.
Orang bisa sia-siakan pengorbananmu.
Orang bisa gembira atas nasib burukmu.

Hidup ini mudah.
Jika lapar,makan.
Jika mengantuk,tidur.
Jika cinta,ucap.

Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya.

-ridzuanroslan-

Thursday, 18 February 2016

Wahai anak.
Bapak ingin pesan kepadamu.
Ketahuilah akan kamu bahawa tuhan itu hanya satu.
Muhammad dan para rasul dan nabi kesemuanya adalah utusanNya.

Hormati orang tua.
Berlaku baiklah pada kanak-kanak.
Hiduplah kamu sebagai seorang yang punya pegangan dan cita-cita.

Hiduplah untuk membuat orang lain gembira.
Jadilah pendengar yang baik kepada sahabat-sahabatmu.
Jangan kau lupa doakan kedua ibu bapamu,keluarga,kaum kerabat,guru-guru dan semua kaum muslimin muslimat.

Satu pintaku lagi wahai anak.
Jika kamu membesar,janganlah membesar sebagai seorang yang gemuk.

-----------------

-ridzuanroslan-

Saturday, 13 February 2016

Teruskan lah berjalan walau kau kesunyian.
Aku tahu ia sukar.
Namun kau tiada pilihan.
Ini masa kau rasa derita akibat sunyi.
Ini masa kau menangis kerana sunyi.

Tuhan sayang kau.
Dia mahu kau rasa bagaimana hidup kalau tak bahagia.
Supaya bila bahagia nanti kau tak lupa.

Menangis lah.
Ia tidak salah.
Air mata itu juga kurniaan tuhan.

Nanti,suatu hari nanti..

-ridzuanroslan-