Tuesday, 22 December 2015

Ilham.
Naluri.
Fikiran.
Firasat.
Rasa.
Gerak hati.

Itu semua isyarat dari tuhan.
Cara Dia berkomunikasi dengan kita.

Jika kita selusuri,kita akan dapat jawapannya.

Namun begitu,jawapan yang ada bukan semuanya manis bukan semuanya indah.

Percayalah.
Dia tidak akan beri lebih dari apa yang dapat kita tak mampu tanggung.

--------------

Realiti itu adalah racun bagi sang pemimpi.
Kesakitan ini kurasakan lali.
Seperti luka semalam yang tak terubat.
Parut ini menghantui siang malam aku.

Oh tuhan.
Tiada daya upayaku melainkan kekuasaanMu.

Kalian memang tidak pernah mengerti.
Seperti dunia ini yang tidak pernah adil.
Seperti cinta yang tak pernah abadi.

Oh tuhan.
Tiada daya upayaku melainkan kekuasaanMu.

Jika kau tahu betapa aku memuja dirimu.
Pasti kau tak akan cuba padam mimpi-mimpi ini.

Ia,aku tidak bahagia.
Tidak sama sekali.

---------------------------

Monday, 7 December 2015

Jujur

Dalam dunia ini kita hanya perlu jadi jujur.

Katakan bagus kalau betul bagus.
Katakan salah kalau betul salah.

Kata sahaja apa yang dirasa.

Sebab barangkali,itu yang paling penting.
Atau mungkin juga barangkali itu yang terakhir.

Mimpi semalam yang tergantung itu boleh jadi penawar juga racun bagi aku.

-ridzuanroslan-

Sunday, 29 November 2015

Aku selalu kalah.
Cuma aku tidak kenal erti kalah.

Dunia ini kadang kala memang tidak adil.
Semua yang ada serba tidak kena.
Semua didepan mata serba tidak cukup.

Manusia memang cerewet.
Mahu itu,mahu ini.
Biar begitu,biar begini.
Bila sudah puas,diambil namun kemudian dilepas kembali.

Duit.
Banyak mana pun pasti tidak cukup.

Tuhan ciptakan nafsu itu bukan sia-sia.

-ridzuanroslan-

Sunday, 27 September 2015


Nak luah pada siapa?

Nak kongsi dengan siapa?

Aku pernah kata yang kita semua akan berubah.

Buat masa ini hampir setiap hari aku hisap herbs untuk tenangkan aku.
Jangan beritahu sesiapa.

Rindu yang tak berpenghujung

Rindu yang tak berpenghujung

Luka dihatinya yg kian ternganga.
Bagai dirobek pisau yang tajam.

Mimpi-mimpi indah yang ada kamu bertukar menjadi bisa pabila aku bertemu dengan realiti.
Episod ini juga seperti tiada penghujung.

Disaat seperti ini.
Diwaktu yang semacam ini, dunia terus terang nampak tidak adil.
Semua kelihatan tidak menjadi.
Aku yang lara disulam duka,bagai gelora datang dan merobek seluas luas pantai.
Mencarik-carik pasir kesedihan sedikit demi sedikit.

Berjalan perlahan dibumi Tuhan.

-ridzuanroslan-

Thursday, 3 September 2015

4 september 15


Hari-hari yang kosong ini berjalan tanpa menoleh kepadaku.
Dia lansung tidak endah heran apa yang membelenggu akal pikiranku.
Dia langsung tidak peduli apa rasa dihatiku.
Bagai tidak punya hati.
Berlalu dan terus berlalu.

Hari-hari yang kosong ini berjalan tanpa menoleh kepadaku.
Seperti aku tidak ada.
Apa aku ini ilusi?
Beribu-ribu detik berlalu tanpa ada satu untukku.

Hari-hari yang kosong ini berjalan tanpa menoleh kepadaku.
Aku nampak kau,kau tak nampak aku.
Cinta itu adalah madu,namun ia juga racun.
Nikmati hidup ini kawan!

Kita akan berkenal-kenal nanti.
Insan paling tak bahagia.

Hari-hari yang kosong ini berjalan tanpa menoleh kepadaku.

-ridzuanroslan-

Wednesday, 26 August 2015

Jadi manusia

Jadi manusia ini kena sedar diri.
Ukur baju di badan sendiri.
Usah masuk bakul angkat sendiri.

Jadi manusia ini kena terima hakikat.
Jangan mengharap pada yang tak sudi.

Jadi manusia ini kena jujur.
Jika cinta bilang cinta.
Jika benci bilang benci.

Jadi manusia ini kena berani.
Jangan pendam didalam hati.
Kelak merana diri sendiri.

Jadi manusia ini kena bersedia.
Bukan semua yang dirancang jadi seperti yang dibincang.

Jadi manusia ini kena cekal.
Sedia untuk dilukai jiwa raga jasad rohani.

Jadi manusia ini kena kental.
Tepis onak dan duri.
Elak serangan kanan dan kiri.

-ridzuanroslan-

Tuesday, 26 May 2015

Kisah gerimis senja

Kulihat langit.
Awan meneteskan air mata sedih sejak awal bulan.
Pertengahan tahun dua kosong satu lima.
Bencana,malapetaka,datang tanpa diduga.

Kulihat langit.
Masih menangis.
Kusarungkan persalinan terbaikku.
Melangkah penuh debar.
Inilah saatnya.

Jam berdetik pantas.
Sepantas air mata awan turun kebumi.
Kulihat kau.
Tersenyum menghampiriku.
Tuhan tak beri aku banyak waktu.
Kutatap wajahmu.
Firasatku ini yang terakhir.
Akhirnya kau berlalu meninggalkanku.

Kulihat langit.
Langit tidak lagi nangis.
Lalu aku sapu pipiku yang mulai basah.
Permata jernih turun tak henti.

-ridzuanroslan-

Monday, 27 April 2015

Lu pernah rasa?

Kadang-kadang ada hari kita down.
Kalau kerja,dimarah bos.
Kalau kuli,kena perah setengah mati.
Kalau meniaga,tak untung.
Kalau politik,tak dapat raih undi.
Macam-macam punca buat kita rasa.

Kita cuma nak mengadu & harapkan seseorang untuk reply
"tak apa..u dah cuba yang terbaik kan?..nanti lama2 akan okay lah tu"..
Atau pun seseorang yang akan cakap "i percaya u boleh"..

Tapi,yan pernah bagitau aku.
"beb,kita mengadu masalah kita kat dia,dia dengar beb..tapi kejap je lah..bual bual bual,tiba2 nanti masuk topik pasal dia balik"..

-ridzuanroslan-

Realis

Perempuan ini kadang mendesak untuk sebuah perkahwinan.
Setelah dia beri segalanya kepada sang arjuna,dia akan mula mendesak.
Dia mula mengungkit.
Mula mengancam tentang dosa-dosa semalam.
Mula bicara soal maruah & harga diri.
Abang tiada pilihan.
Mahu lari atau teruskan perjalanan.
Abang berkata,dia belum bersedia.
Ahhhh!!..perdulikan semua itu..kita sudah moden bang..boleh buat pinjaman sama banker..
Abang minta majlis yang seadanya..
Tak boleh bang..kahwin ini sekali..kena buat besar..kalau tak,malu kita!!..

Dulu konon malu dosa pada tuhan..sebab itu minta perkahwinkan..bila nak dikahwinkan,mahu buat gah besar-besaran,takut malu dikata dek jiran!

Ahh wanita..kalian ini tidak realis..untuk apa kahwin besar-besar?..upah tukang ambil gambar lagi..majlis kahwin saja 30ribu ringgit malaysia!!..hanya mahu menunjuk sama rakan facebook,instagram dah twitter??..pakainya mesti lip lap lip lap,mekapnya pula tebal belaka..
Untuk apa wahai wanita?..untuk tunjuk pada jiran dan rakan,atau mahu taubat kahwin kerana tuhan??

Wanita,kalian ini tidak realis.
Hanya buat ini untuk hari ini.
Tahukah kamu suamimu walau umur 40 pun masih suka ada video game?..masih suka pada bola sepak?..masih memancing,berbasikal atau bela ikan dalam akuarium!

Suamimu,sampai mati kerjanya hanya melengkapkan & menjaga keperluan kamu.
Dia redha diperlakukan begitu kerana itu fitrahnya.
Wanita itu sepatutnya menjadi pelengkap atau pendamai jiwanya..
Yang menyejukkan mata bila dia pulang dari kerja.
Wanita,kalian perlu jadi realis.
Kerana nafsu kalian lebih besar dari akal.

Kalian tak mengerti..kerana kalian tidak realis!!

-ridzuanroslan-

Friday, 20 March 2015

Aku menjadi aku disini

Disini pentasnya.
Ruang.
Lembar demi lembar.
Ayat demi ayat.
Aku berjumpa dengan realiti.
Walau medium ini sekadar cuma khayalan bagi kalian.
Namun ini realiti bagi aku walau pada kalian tidak begitu.
Ini realiti dalam dunia yang berbeda.
Aku menjadi aku disini.
Diluar sana,aku sedih menjadi diri sendiri.

-ridzuanroslan-

Friday, 27 February 2015

Mau jadi apa?

Jika menjadi ahli politik,aku bukan yang populis.

Jika menjadi drebar,aku selalu sesat.

Jika menjadi pelukis,tak ada orang beli.

Jika menjual kopi,aku tak suka pegang duit.

Jika menjadi ahli sukan,ahh langsung tak layak.

Mau jadi apa?

-ridzuanroslan-

Friday, 20 February 2015

Aku sendiri tak mengerti.

Hidup ini kadangkala memeningkan.

Susah merasa sayang.
Mudah merasa kehilangan.

Susuk jiwa ini aku sendiri tidak mengerti.
Nampak kuat namun tidak ampuh.

Tidak bisa bicara sama salina,boleh membuat aku rasa kehilangan.
Jalan-jalan tengok orang jual ikan di laut pun terkadang boleh buat aku rasa kehilangan.
Melihat amoi penjual ikan bakar itu juga bisa buat aku kehilangan.
Tidak berutus sms sama husna juga kehilangan.
Hidayat nasir,walau selalu berjumpa dan aku tahu dia faham aku,kadang-kadang juga aku rasa kehilangan.
Tak dapat pergi tengok kasha meniaga masa monsoon cup,aku rasa kehilangan.
Tidak dapat secangkir kopi sama kamu juga kehilangan.

Aku tak mengerti,apa ini kehilangan atau tidak memiliki?

Aku kadangkala rasa seperti perlukan sentuhan.
Peluk aku dan biarkan rasa diam itu bicara.
Kata pada aku "semua akan okay"..
Atau pegang tangan aku..

Pernah suatu ketika aku seperti hilang rasa.
Aku seperti tidak merasa apa-apa.
Bahkan makcik pakcik aku mati,tak setitis air mata sedih jatuh dipipi.
Aku masih ingat tatkala jenazah cik yah aku usung ke liang kubur,aku rasa kosong.
Saat melihat puteri-puterinya merintih sedih disisi arwah pun aku tak merasa apa-apa.

Bila dalam keramaian,aku rasa canggung.
Aku rasa kekosongan.
Aku kehilangan.
Aku bisa tiba-tiba marah.
Tiba-tiba sedih.
Bernyanyilah didepan aku.
Berketawalah didepan aku.
Berjogetlah depan aku.
Aku nampak kalian.
Tapi aku tak rasa apa-apa.

Diatas tilam bujang.
Tanpa memikir apa-apa.
Berjujuran air mata aku menitis.
Aku tak tahu kenapa.
Apa semua ini?
Kebodohan apa air mata ini?

Ya Allah.
Kau beri aku segala-galanya.
Mata,akal,lidah,tangan kaki lengkap tanpa cacat.
Naluri rasa jiwa ini juga aku tahu milik kamu.
Ilham ini semua milik kamu.

Aku pergi dalam keadan jiwa yang cacat,aku pulang dalam keadaan jiwa yang tak sempurna.

Kau tahu dimana nak cari aku,namun aku rasa kau takkan cari.

-ridzuanroslan-

Wednesday, 18 February 2015

Jenayah

Sebelum ini semua biasa-biasa saja..

Semua elok,baik & okay..

Namun bila tiba-tiba dia meluahkan rasa cintanya pada kamu,kamu berubah..

Kamu tidak lagi memandang dia seperti selalu..

Kini kamu pandang dia dengan suatu pandangan benci / tidak suka..

Apa cinta itu jenayah?

-ridzuanroslan-

Hujan damai yang beratakkan

Dingin malam ini mencengkam aku.
Tuhan meniupkan angin menurunkan hujan.
Aku berteman puisi-puisi Rendra,sebatang rokok dan satu bejana kopi susu.
Aku rasa tenang damai indah.
Aku tahu ini nikmat yang Dia beri untuk setiap makhluk ciptaan-Nya.
Aku ingin kongsi rasa ini kepada yang aku sayang.
Yang pernah ada kemudian hilang.
Yang pernah jadi nombor satu dari dulu hingga kini.
Yang bukan seperti dulu lagi.

-ridzuanroslan-
19-2-2015

Wednesday, 11 February 2015

Kopi teh tarik

Kopi dan teh tarik sinonim dengan orang melayu.

Tapi kopi yang paling sedap dijual di kedai kopi orang cina.

Teh tarik paling enak pula semestinya dijual di kedai mamak.

Orang cina & india yang pandai buat air atau orang melayu yang tak pandai?

Sedangkan,air-air itu sinonim dengan kita!

-ridzuanroslan-

Sunday, 25 January 2015

Sakit

Mak aku ajar untuk buat semua benda dengan ikhlas & bersunguh-sungguh..

Kalau masak,biar betul2 masak..jangan alang2..senyum supaya masakkan tu lebih sedap..kalau buat air,jangan tawar2..biar manis..biar orang minum sikit,tapi terasa sedap..
Kalau sapu lantai,jangan cincai..kalau lap tingkap,bilas 3 kali supaya betul2 bersih..
Macam2 lagi..

Setiap yang kita buat ini dipanggil usaha..lepas kita dah usaha,biar tuhan yang tentukan..

Semua benda yang aku buat dalam dunia,insyallah aku akan buat bersungguh2 & ikhlas..

Ada satu benda nie aku buat dah lama..cukup lama..aku dah usaha,tapi tuhan belum izinkan..aku tak marah tuhan..cuma aku kecewa & rasa terluka..

'masa akan merawat luka'-andrea hirata.

Bagi aku masa.aku nak rehat.aku nak rawat.

-ridzuanroslan-

Tuesday, 20 January 2015

10 saat


1 hari = 24 jam
1 hari = 1440minit
1 hari = 86,400saat

Kita cuma perlu 10 saat dari 86,400 saat yang kita ada dalam sehari.
10 saat..
10 saat untuk tulis "apa kabar?"

10 saat yang biasa namun luar biasa.

-ridzuanroslan-