Pernah satu ketika,aku rasa penat.
Sungguh penat.
Waktu tu lynn ada.
Aku telefon lynn.
Sebab sehari sebelum tu sepatutnya aku ada di KL.
Tiket dah beli,beg dah siap kemas.
Lynn pun dah janji nak jemput aku.
Aku telefon lynn..
"weh panda..ada apa call aku nie?"
"Lynn,aku penat..aku penat..aku penat"..
"weh kau ok x nie?"
"entah lah..aku penat"..
Itu cerita bulan mei 2014.
Sekarang baru aku tahu.
Aku bukan penat.
Cuma aku hilang semangat.
Waktu itu,aku yakin semangat aku akan hilang.
Orang yang selalu beri aku semangat,tenaga baru & jiwa,aku yakin dia akan hilang.
Sebab semua benda berubah.
Rutin.kehidupan sosial.prioriti.
Semuanya akan berubah.
Dan aku tahu akan benda itu.
Kau mungkin hilang lagi.
Tapi aku tetap bawa kau kemana jua aku pergi.
Kerana setiap kali bangun tidur sehingga aku pejam mata untuk lena, aku selalu anggap kau ada.
-ridzuanroslan-