Tuesday, 11 November 2014

Rabu,november 12,2014

Semalam hari yang sangat melankolik.
Sebelum mata terlelap,aku pasang lagu the smiths - asleep.
Aku ulang2 banyak kali.
Aku tatap skrin telefon bimbit.
Lihat gambar kamu.
Ya.kamu tetap sama.
Sama seperti apa yang aku lihat kali terakhir kita berjumpa.
Rasa seperti baharu saja mengenali kamu.
Aku impikan untuk mimpi berjumpa kamu.
Aku pejam mata.
Mimpi tidak hadir.
Aku bangkit dari tidur,wajah kamu masih terpampang di skrin dan lagu asleep masih terus berputar.

-ridzuanroslan-

Sunday, 9 November 2014

Wajah pada cermin

Kadang-kadang bila aku bangun pagi dan melihat ke cermin,aku hairan..
Aku seperti tidak kenal akan wajah dibalik cermin itu..
Seperti orang lain..
Tidak seperti wajahnya yang dahulu..
Ya aku mengerti apa yang telah dilalui oleh sang pemilik wajah dicermin itu..
Aku mengerti semua itu..
Kerana dia adalah aku.

-ridzuanroslan-