Friday, 27 June 2014

Mudahnya cinta.

Mudahnya kau jatuh cinta.

Mudahnya kau bercinta.

Mudahnya kau mencinta.

Tolong ajari aku tentang cinta.

-ridzuanroslan-

Saturday, 14 June 2014

Yang tersemat

Aku memandang kamu dalam kesemuaan hidupku..
Kau berada disetiap pelosok nafas..
Apa yang aku pikir..
Apa yang aku dengar..
Apa yang aku lihat..
Biasanya ada kamu..

Dimanakah aku dalam kamu.
Kerana kamu tak pernah hilang dalam aku.

-ridzuanroslan-

Monday, 9 June 2014

Lu pernah main dengan pelacur?

Tulisan dibawah ini mengandungi unsur-unsur lucah & seksual..sila guna pertimbangan sewajarnya..

-----
Selesai mengisi perut di kedai celahan lorong-lorong gelap itu,kami berjalan berdua..

"ah boi...mau ayam?..murah-murah saja..ada offer"..seorang apek tua mendatangi kami dengan menawarkan khidmat seks

"berapa pek sekali servis?"..aku bertanya penuh minat..

"rm140,siap bilik..boleh pilih mau cina ka,vietnam ka,indon ka"..

"ohhh..takpa lah pek..duit gua cukup2 beli rokok saja..sorry haa pek"..aku meninggalkan apek yang nampak gigih mencari pelanggan..

"beb,rm140 mahal beb..ini semua bukannya ayam clean..ini semua ada penyakit nie"..aku membuka bicara sambil mata melilau memandang kiri kanan

"yeke?..ade lagi murah ke?"..padi buka bicara..

"kat depan sana,ada nama hotel tu ocean paradise..aku pernah masuk sana..5 tingkat beb!..semua penuh dengan ayam..paling murah rm35..paling mahal rm65..pun siap bilik jugak"..

"baekkkk tak?"..

"ok lah kot..yang rm35 pun xde lah tua sangat..lebih kurang milf lah"..

"pergh..tu betul-betul syurga tu beb..haha..ko buat apa masuk situ?"..padi bertanya seolah olah curiga

"saja survey"..jawabku ringkas

"reggae,lu pernah main dengan pelacur?"..

Aku terdiam seketika..terdiam dek soalan yang diajukan padi..

"weh jawablah..pernah tak?"..tanya padi memaksa aku jawab

"soalan lu nie,gua rasa gua tak payah jawab & gua tak nak jawab"..

Angin johor bahru meniup dingin pukul 3pagi..

-ridzuanroslan-

Saturday, 7 June 2014

Lu brader sejati gua

"gua tau lu ada masalah,tapi lu cuba cover..lu ada masalah apa reggae?"..

-------

Aku berjaya tipu ramai orang..tapi tak yang ini..dia tau apa yang aku siratkan..

Lu brader sejati gua.

-ridzuanroslan-

Thursday, 5 June 2014

Siapa kita?

Yang jadi ulat tiket kat stesen bas siapa?
Kita.

Yang sapu sampah kat tepi pejabat majlis daerah siapa?
Kita.

Yang jadi broker lesen dipejabat JPJ siapa?
Kita.

Yang jadi conductor bas lubang-lubangkan tiket tambang siapa?
Kita.

-----

Kita canang kita hebat.

Kita canang kita kuat.

Kita pesan pada dunia,kita ini ada ketuanan..
Umpama harimau tidur jangan dikejutkan,jangan disentuh kelak merana badan.

Rupa-rupanya lepas cebok taik,kita lupa cuci tangan.

-ridzuanroslan-

Wednesday, 4 June 2014

Antara garisan

Hidup kita nie umpama berada diantara dua garisan.

Pemisah yang sangat halus.

Kita tak tau apa yang akan jadi.

Mungkin digarisan yang baik?
Atau digarisan yang buruk.

Pemisahnya sangat halus.

Boleh jadi 30 tahun kita baik,tapi sesaat sebelum mati kita kufur.

Atau 30 tahun kita kufur,sesaat sebelum mati kita taubat.

--------

Nikmati hidup.
Jangan cuba menduga tuhan.

-ridzuanroslan-

Tuesday, 3 June 2014

Hujan

Hujan lebat disini.
Tiba-tiba aku teringat satu situasi.

Situasi romantik.

Sepasang kekaseh,berjalan dalam hujan.
Macam dalam cerita yasmin ahmad.
Yang sharifah amani berlakon tu.

Romantik.
Sama-sama jalan dalam hujan.

Tapi.....

Aku rasa lelaki mana yang tak suka tengok sekujur tubuh wanita basah dihadapannya.
Tubuh basah lencun.

Lelaki mana yang tak suka?

Waktu tu,dah tak pikir pasal romantik.
Tak pikir langsung.

Tapi tu aku rasa lah..
Orang lain rasa lain,mana aku tau..

-ridzuanroslan-

Aku cari bahagia.

Terasa lama sudah tak merasakan bahagia.

Aku cari bahagia.

Dalam membaca,tak jumpa..

Dalam mendengar,tak jumpa..

Dalam flora,tak kekal lama..

Dalam pengasingan,makin derita..

Mana kau bahagia?

Mari sini ku peluk erat erat ku dakap rapat rapat.
Supaya kau tak hilang lagi.

Atau mungkin,kau hilang ini supaya aku mampu kerjakan apa yang aku kerjakan sekarang ini?

-ridzuanroslan-

Monday, 2 June 2014

Emosi

Emosi aku terganggu pada jam 5.30pagi,
Tiket ditangan,beg cuma 3 langkah dari aku.

"sial lah"..

"sial lah"..

"sial lah"..

Aku termenung sekejap.

Aku tahu perjalanan itu nanti sia2..

Aku tahu jika aku pergi,semangat aku tak mungkin ikut aku kembali.

Lantas,
Aku tangguhkan perjalanan itu.

-ridzuanroslan-