Friday, 30 May 2014

Perjalanan

31 mei 2014
12.40am.

Sebentar lagi aku akan melalui perjalanan mencari separuh lagi diri aku.

Jasad aku masih disini.

Motivasiku.
Inspirasiku.
Semangatku.

Semua diseparuh tempat itu.

------

Aku tahu perjalanan ini sia-sia.
Aku pun tak tahu.
Aku tak tahu.

-ridzuanroslan-

Wednesday, 28 May 2014

Pilih.

Kita semua mahukan yang lebih baik untuk kita.

Kita semua berhak memilih yang terbaik untuk kita.

"saya pilih ini sebab saya rasa ia paling sesuai untuk saya"..

"saya bahagia dengan pilihan saya"..

"ini sesuai dengan citarasa saya"..

------

Selalunya aku tak punya pilihan.

-ridzuanroslan-

Kita semua pendosa.

Aku banyak lakukan dosa.

Pada manusia.

Pada haiwan.

Pada dunia.

Aku berdosa pada kamu,kau,kalian.

Ya aku tak pernah lupa.

Atas sumua dosa & kesalahan aku.

Maafkan aku.

Aku tak pernah takut berdosa dengan Tuhan,sebab aku tahu Tuhan itu maha pengampun.

Aku takut dosa dengan manusia.

-ridzuanroslan-

Tuesday, 27 May 2014

Awak serupa ayam

Apa makna tudung itu bagi awak?

Apa makna maruah bagi awak?

Apa makna aurat bagi awak?

Apa makna orang sekeliling bagi awak?

Apa makna malu bagi awak?

Apa makna sentuhan lelaki bagi awak?

Apa makna pelukan bagi awak?

---

Awak,jika begini lah..
Pada saya,taraf awak tu jauh lebih rendah dari ayam.
Bukan ayam yang rm7.90/kilogram tapi ayam yang rm50/pancut.

Ayam tu kena bayar rm50 baru boleh pancut.
Saya yakin,kalau dengan awak,nak pancut hanya perlu modal sepinggan nasi ayam penyet.

Eh lupa nak cakap,rm50 tu harga ayam pencen.
Grip dah tak kuat.

-ridzuanroslan-

Sunday, 25 May 2014

Aku yang asing.

Dalam setiap satu ada cerita.

Puisi.

Lagu.

Kenapa kita dengar,

Kenapa kita baca,

Kenapa kita kongsi.

Puisi.

Lagu.

Kerana setiap satunya ada cerita.

Cerita tentang aku,kau,kita semua.

-----

Kau masih ingat lagu aku yang asing?

-ridzuanroslan-

Saturday, 24 May 2014

Korang takkan paham

Hari tu datang seorang member kerja lama..senang cerita geng sama2 naik.

Datang berborak pasal perkembangan hidup terbaru.

Sambil dia order burger ayam spesial cheese.

Tanya khabar,tanya perkembangan,tanya macam2..

Hujung2 keluar cerita pasal gaji.

Member 'sama2 naik' nie khabarkan 'harga basic' dia sekarang kurang lebih 4.5k sebulan.

Habis berborak semua,salam,peluk lepas tu dia pun beredar.

---------

Napi : jack,kenapa kau tak teruskan kerja?

Jack : aku nak cerita kat anak cucu aku yang aku dulu penah rasa susah meniaga.

Napi : sebab tu je?..sebab nak cerita tu je kat anak cucu kau?..macam tak relevan je alasan kau..

Jack : hahahha..betul lah..

Napi : jack...cakap lah kenapa kau tak teruskan kerja..aku tengok si #$%@ tu datang tadi hidup macam senang je..pakai vios..gaji besar..kalau kau teruskan kerja mesti kau pun macam dia jack..nape tak teruskan kerja dulu jack......

Jack : entah lah bang..korang takkan paham..

-ridzuanroslan-

Saya tak suka berebut

Saya tak suka berebut.

Kalau ada sepinggan nasi,takpe awak makanlah.

Bukan sebab saya kenyang,

Cuma bagi saya,bagi jelah kat orang tu kalau dia beriya sangat.

Takpe,pinggan awak saya boleh basuhkan.

Dah kenyang kan?

Sekarang,apa nilai kenyang yang awak rasa tu kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan saya tengok awak makan nasi yang saya suka?

-ridzuanroslan-

Thursday, 22 May 2014

Siapa lagi?

Kalau aku bukan memikirkan tentang kau,siapa lagi?

-----

Aku benci cerita cinta.

-ridzuanroslan-

Wednesday, 21 May 2014

Orang kata.

Orang kata,

Cara paling mudah untuk melupakan orang yang pernah kita sayang adalah dengan cara membenci dia.

Cari cara untuk membenci dia.

Jika tiada cara,cipta isu supaya kau membenci dia.

Jika sebelum ini,lesung pipitnya mungkin menjadi sesuatu yang amat kau sukai,cuba benci lesung pipit itu.

Jika sebelum ini hidung comel itu yang kau gila gilakan,cubalah benci hidung itu.

"Aku benci mengenali kau! "...
"Aku menyesal bertemu dengan kau! "..

Bencilah..
Benci..

Tapi tu orang katalah..
Orang kata..

Sampai akhir nanti kau menangis sendiri.

-ridzuanroslan-

Monday, 19 May 2014

Kau siapa?

Hampir semua benda yang berlaku pada aku,
Aku ceritakan pada kau.

Hampir semua rahasia aku,
Aku beritahu pada kau.

Ada sesetengah cerita yang aku cerita,
Hanya kau sahaja yang tahu.

Kau bukan tuhan.

Siapa kau?

-ridzuanroslan-

Tuesday, 13 May 2014

Bila boleh aku lari?

Kadang kadang aku rasa nak lari.

Lari dari kesibukkan hidup.

Lari dari bayar hutang.

Lari dari facebook,twitter & instagram.

Lari dari mesin ATM.

Lari..

Lari dari dia.

Lari dari kamu.

Lari dari awak.

Lari dari mereka,,,ya..mereka mereka itu..

Yang tak pernah memahami..

Bila boleh aku lari?

Lari, atau dijemput pergi.

Sunday, 11 May 2014

Kesialan

Antara benda simple yang boleh menenangkan kesialan hidup kita.

"selamat pagi"
"apa kabar"
"are u ok?"
"apa yang aku boleh tolong?"
"ok sabar"
"takpa,cuba lagi"
"takpa,cuba lagi"
"takpa,cuba lagi"




"take care".

-ridzuanroslan-

Tuesday, 6 May 2014

Selamat hari perkenalan wahai kekaseh.

6 mei 2004.
Bermula sebuah cerita.
Yang mungkin tak berpenghujung.
Cerita yang seumpama fantasi atau mimpi.
Cerita impian dan angan angan.

Tak pernah aku menyesal mengenali kalian.
Tak pernah aku menyesal tergilakan kamu.
Kita semua pernah gila.
Dan mungkin juga masih gila.

Selamat ulangtahun perkenalan wahai
Kekaseh.
Kawan.
Sahabat.
Teman.
Rakan.

6 mei 2014.
Tahun kesepuluh.

-ridzuanroslan-

Bicara sama Yan

Yan seorang lelaki yang berusia lewat 20an..memiliki perniagaan katering & gerai yang maju..seorang yang gila membaca..seorang atlet yang mampu jogging 30km sehari..seorang yang pandai bermain biola,piano & gitar..
Namun,Yan masih bujang & belum punya kekasih hati..

Aku : Yan,bila kau rasa kau boleh hit 1st 1million?

Yan : aku target umur 35..pastu umur 40 aku nak bersara..aku nak hantar bini pegi keje,hantar anak pegi sekolah..

Aku : owh..hahaha..good good..kau umur dah tua..bila nak kawen?

Yan : hahha..umur 30 sekarang dah macam 20 bro..hmm..entahlah..aku baru lepas putus cinta..aku kena tipu dgn budak umur 22..

Aku : serius??

Yan : yelah..aku couple dengan dia 6bulan..tapi dia curang..dia ade lelaki lain..

Aku : perghhh..sakit dowh macam tu..

Yan : memang lah..at first aku tak tau..tapi ada kawan aku boleh hack twitter dia,whatsapp dia..so keluar lah semua cerita..padahal aku memang serius dengan dia..aku tak sentuh dia pun..sebab target nak buat bini..hahha

Aku : owh..perghh kesian dowh kau..

Yan : dulu last aku betul2 serius bercinta umur 21..pastu putus..nie 2nd time..kena tipu pulak..

Aku : makwe kau dulu melayu jugak?

Yan : tak..dia budak cina..aku sayang gila dowh awek aku dulu..dia punya best zaman tu,walaupun ada handphone,kita main balas2 surat beb!

Aku : bapak old school dowh!..hahhaha..dah macam mak & bapak aku dulu bercinta main tulis2 surat..

Yan : betul..best beb..seminggu 1 pucuk surat..sekali tulis,5 6 helai..bila dating kitorang lepak kat bowling..duduk2..aku suka cuddle dengan dia dowh..aku manja beb dengan dia..

Aku : dah tu macam mana boleh putus pulak?

Yan : bapak dia tak restu hubungan kitorang..masa aku belajar kat kuantan,dia pindah..tapi dia tak bagitau pun dia pindah..aku balik cuti sem,aku gi umah dia dah kosong..call sume tak dapat..

Aku : maknenye ko tak dapat cakap untuk kali terakhir dengan dia?

Yan : yes..

Waktu nie yan diam..termenung jauh..sedih agaknya..namun lepas tu dia sambung cerita balik..

Yan : aku frust gila2 babi..pastu balik kolej,roomate aku pulak meninggal..tambah2 sedih..aku extand 1 sem..aku tak boleh belajar..aku sniff gam..sampai ketagih..aku jadi sampah waktu tu..sedih dowh..serious aku sedih..lepas putus dengan budak cina tu,aku terus susah nak percaya perempuan..

Aku : owh..perghhh..gila lah kau..kenapa susah nak percaya perempuan?

Yan : entah lah..zaman sekarang nie aku tengok,perempuan yang betul2 aku nak jadikan isteri macam dah takde..

Aku : kalau kau jumpa balik perempuan cina tu kau buat apa?

Yan : seriously,aku terus ajak dia kawen..haha

Aku : selain putus cinta,apa lagi yang sakit yan?

Yan : pada aku,tengok orang yang kita sayang,bahagia dengan orang lain,tu lagi sakit bro..hahhaha

Aku : setuju.

-------

-ridzuanroslan-