Bulan november sinonim dengan lagu november rain.
Lagu kesedihan.
Hujan & air mata.
Begitulah yang aku rasa.
November 2013 ini betul2 tak menyebelahi aku.
Aku seorang peniaga.
Baru setahun jagung meniaga.
November benar2 mengajar aku.
Aku dilanda kesulitan yang aku rasakan agak pedih.
Perniagaan aku merosot pada bulan november.
Jika bulan2 sebelum ini makan nasi sepinggan penuh,bulan november aku hanya mampu makan separuh sahaja.
Mungkin november ini orang kurang makan luar.
Aku bersangka baik.
Duit adalah segala2nya.
Ya aku bersetuju.
Bulan november ini duit benar2 mencengkam aku..
Line telefon sebulan aku biarkan kena bar.
Aku perlu rolling duit yang ada.
Aku tumpang wifi kat rumah utk bukak fb,twitter,whatsapp & etc..
Org hantar voice msg kat wechat pkul 6ptg,aku reply pukul 11pm..almaklum kat warung takde wifi..
Org hantar sms aku tak reply,almaklum bil belum bayar.
Sebulan aku tak call sesiapa.
Sebulan..
Duit untung meniaga bulan november cukup2 utk bayar kereta & loan asb..
Cukup2..
Penghujung november,roadtax & insurans kereta tamat tempoh.
Aku takde duit nak pergi renew.
Abg aku cakap "roadtax & insurans u mati dah tu.."
Aku hanya pura2 senyum & jawab "relax dulu lah..tengah kumpul duit lagi nie"..
Abg aku renewkan roadtax & insurans pakai duit dia..
Dah siap dia hulur roadtax baru..
Aku pura2 senyum lagi sambil cakap "nanti i ada duit,i ganti"..
Balas abg aku "takpe..tak payah"..
Aku senyum,namun dalam hati aku menangis semahu mahunya..
Aku malu dengan diri sendiri..
Aku malu bila org tolong aku tahap mcm tu..
November adalah bulan dimana aku paling banyak buat fake smile.
Tak kira secara visual / maya.
November,segala senyum & tawa dari aku hanyalah palsu.
Sepanjang november,aku rasa seperti sendirian.
-ridzuanroslan-
1 december 2013.
4am.