Monday, 29 July 2013

Lol

Lol..atau juga ditulis lol..

Abad ke-21 ini seringkali aku berhadapan dengan perkataan lol ini..

Jika dirujuk kepada pak lebai google,lol ini adalah sejenis slanga internet / bahasa internet..

Lol ini kadangkala membawa maksud laughing out loud atau lots of laugh atau juga ada yang mentafsirkannya sebagai lots of love (ini untuk mat jiwang cintan)..

Maafkan aku..

Kerana sering kali merujuk perkataan 'lol' ini sebagai bahalol..

Ya..aku anggap perkataan 'lol' ini sebagai bahalol..

Tak tau apa itu bahalol?..

Tanya pak lebai google..:)

-ridzuanroslan-

Sunday, 21 July 2013

Beri

"kau nie bodoh kau tau x?..
buat ape dok buang masa gi kejar perempuan tu lagi?..
die taknak kat kau lah!!..
Gi r carik pompan lain.."

Aiman diam..diasak bertubi2..
Keliling meja aiman di 'tibai'..
Diketuk2 meja makan itu dengan jari jamarinya..

"Kitorang bukan ape man..
Kitorang kesian tengok kau..
Perempuan tu tak pandang kau lah..
Penat je kau kejar dia"..

Aiman diam lagi..riak mukanya seakan berfikir..

"macam nie"..

Aiman tiba2 bersuara..

"Aku tau ape yg aku buat..
Memang betul,nampak macam sia2..
Tapi aku tau ape yg aku buat..
Aku happy macam nie..
Soal dia tak pandang aku,tak kesahkan aku,tak hargai aku tu,biarlah..tu masalah dia,bukan masalah korang.."

Yang lain diam..seakan putus asa melayan kedegilan aiman..

"hmm..suka hati kau lah man.."
Halim bersuara mewakili rakan2 lain yang seakan sudah 'tak kuasa' nak melayan perbualan dengan aiman..

"Kita kena buat apa yg kita suka..
Soal pulangan tu,itu kerja tuhan..
Yang penting kita usaha..usaha kena istiqamah..
Lagi 1,nak ambik rm20 nie..korang minum arinie aku belanja..aku mintak diri dulu..chow.."

Lantas aiman terus bangkit meninggalkan kawan2nya..

Jadilah seperti lilin,membakar diri untuk membahagiakan orang lain.kerna itu sifat paling mulia.

-ridzuanroslan-

Wednesday, 17 July 2013

Hati mau riang

Satu hari nanti aku coretkan..
Sejarah kedamaian..
Waktu harta tak mampu merobah..
Waktu damai yang beraja mimpi..

Genderang riang aku tarikan
Sekeping hati yang hauskan damai

Ini semua milik dia..
Kita ini buih lautan..
Bisa impikan sejuta harapan..

Tak mampuku sentuh hanya ku melihat..
Kau yang tak mampuku robek gugat..

Genderang riang aku tarikan
Sekeping hati yang hauskan damai
Bebaslah..
Bebaslah..
Wahai hati mau riang..

Sekujur malam

Bawah sinar rembulan.
Dipayungan gemawan.
Aku mengerti tuhan.
Satu yg abadi.

Aku melayan nafas sendu
Dibawa angin malam lalu.
Menyanyi dalam nada riang.
Bergema alam meribut kencang.

Inikah dia nilai kebebasan?
Inikah dia yg diimpikan?
Sebujur hati dambakan mimpi.
Mimpi yg nyata mimpi yg pasti.

Ayuh kawan.
Pecahkan rasa yg mencengkam ini.
Ikutku lari.
Dibawah sinar rembulan.
Dipayungan gemawan.
Aku mengerti tuhan.
Satu yg abadi.

-ridzuanroslan-

Pertengahan tahun 2013 yang mengejutkan.

Jika tahun 2012 berakhir dengan agak mendukacitakan,tahun 2013 ini lain ceritanya..

Sudah menjadi impian aku,untuk memiliki perniagaan sendiri..
Aku letak target umur 30 aku nak mula meniaga..
Namun,kuasa tuhan kita tak tahu..
Aku berjaya memiliki perniagaan sendiri seawal umur 22..

Dulu,saat kawan2 berebut nak masuk universiti,
Aku dah mula kerja.
Kini,saat kawan2 mula nak carik kerja,
Aku dah meniaga.
Syukur kepada-Nya atas limpahan nikmat ini.

Namun,resam manusia..bila kita mula nak meniaga, orang dah pandang serong..
Lagi pulak bila dapat tau kita nak bukak warung,lagi dipandang 'low class'..
Macam hina sangat meniaga nie..
Namun,syukur aku dikelilingi insan2 yg terus menerus menyokong aku..
Yang xhenti2 bagi semangat,nasihat,doa..
Walau seringkas "goodluck nanti meniaga" aku hargai..
Terima kasih..

Bila ditanya
Kenapa berhenti kerja?
Aku jawab
Sebab nak meniaga.

Aku kerja bidang oil & gas.
Pelantar minyak tercanggih setakat ini (gumusut kakap),
Aku dah penah buat.
Oil storage terbesar di johor setakat hari ini (ATB tanjung bin),
Aku dah buat.
Nak kerja apa lagi??..cukuplah..

Now nak rasa tukar angin pulak..

Meniaga nie best..
Sekarang baru aku tau kenapa nabi Muhammad (selawat & salam keatas baginda) suruh umatnya meniaga..
Walaupun sikit yg kita dapat,nikmat dia lain..

Dua hari lepas,seorang kawan datang makan warung aku..
Sampai2 je dia cakap "bro,amacam?..nie ko punye impian kan?"..
Dengan bangga aku jawab "yeah..ini kalilah!!"..hahha

Namun jauh disudut mata abah & mama,aku tau dorang risau..
Mak bapak mana yang suka tengok anak cari makan tepi jalan???
Mak..abah..rilek..
Anak mana yang nak selama2nya cari makan tepi jalan???

Kejayaan bermula dengan angan2..

Untuk dapat apa yang kita tak pernah dapat,
Kita kena buat apa yang kita tak pernah buat.

-ridzuanroslan-

Sunday, 14 July 2013

Kesayangan

Pagi jam 1.25am..
Mp3 seperti tahu..
Lagu yang diputarkan sedap2 belaka..

Saat dan ketika ini
Aku merindui insan yang bernama,

KESAYANGAN.

-ridzuanroslan-

Saturday, 6 July 2013

Terkadang,aku pun koyak.

Bukan setiap hari kita boleh senyum..
Ada hari hari tertentu,kita koyak jugak..
Yang jadi susah,bila orang rasa kita nie tak boleh sedih..
Dia nampak kita selama nie okay je..
Senyum je..
Gelak je..
Tiba tiba saat kita koyak pun,dia nak bersuka..

Itulah dunia sekarang..
Mungkin terlalu banyak emoticon / smiley yg kita guna dalam seharian sampai lupa perasaan sebenar kita..
Contohnya,kita tengah marah giler nie,tapi bila tulis mesej kita letak smiley " :) "..
Secara automatik kita dikira happy..walaupun sebaliknya tidak..

Tak ramai yang ada untuk aku saat aku rasa jatuh..
salah aku juga sebab tiba tiba rasa jatuh..
Takpa,dunia memang macam nie..

Juga seperti tulisan2 ini..agak2 ada masalah,bukak lah blog ini..dan menulis..menulis untuk apa?..aku menulis untuk aku..

Tidur & haraplah supaya bila bangun nanti,semuanya akan kembali ok..

-ridzuanroslan-

Cebok berak

Perbualan sepasang makwe & pakwe..
Makwe (m)
Pakwe (p)

M : abangg..awak sayang saye x?..
P : hmm..sayang..

M : sayang banyak ke sikit?..
P : bole tahan jugak..

M : banyak macam mane tu?
P : hmm..kalau kira ikut ranking,awak nombor 3..

M : hah?!?!..nombor 3???..nombor 1 & 2 siapa??
P : 1st mak & 2nd kakak saye..

M : owh..okay..
P :  awak rase,kenape ranking dorang tinggi sikit dari awak?

M : hmm..ntah..sebab darah daging kot?
P : hmm..salah..sebabnye dorang penah basuh berak saye..awak x pernah lagi..hehheheh..

M : bengong!!!!
P : awak..saye sakit perut r..

M : haa..gi r toilet..
P : awak taknak tolong basuh???..nanti ranking boleh naik..

M : $#%/@& !!!!!
P : hahhahh..:)